Tips Elak Anak Rasa Kurang Dihargai

Farah Waheda Wahid
5

Bukan setakat jiwa mak-mak jer yang mudah sensitif dan sentap. Jiwa anak-anak kecil pun mudah sensitif dan sentap juga. Kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun lebih suka tarik perhatian dan cepat cemburu kalau tak diberi perhatian. Caranya Ash, sekarang ni dah pandai menangis tanpa air mata tapi ngongoi jer lebih. Walhal, tak ada apa-apa yang berlaku pun sebenarnya. Sajaaa... Nak tarik perhatian isi rumah supaya tumpukan pada dia. Alaaa...Ash kan sememangnya manja sebab dia tahu dia tak ada "rival" yang nak bersaing dengan dia...Segala tumpuan dan fokus memang secara terperinci kepada dia seorang jer... Berlaku terutama-tamanya ketika isi rumah sibuk menonton televisyen...Ahakss sebab dia dengki, dia kena main sorang-sorang waktu tu... Sebab tu, Mommy dia ni, mana pernah boleh nak "concentrate" menonton kalau dia jaga, sebab tu, Mommy dia ni terpaksa rekod dulu rancangan yang nak ditonton dan bila dia dah tidur baru boleh tonton dengan aman, sebab tu Mommy dia ni adalah orang yang tidur paling lambat setiap hari. Ha ha ha... 

Faktor besar penyebab cemburu timbul adalah sebab si kecil sudah terbiasa rasa hanya dia milik ibu bapanya atau isi rumah. Tapiii, jangan risauuu... fasa anak cemburu ini sebenarnya bukan sesuatu yang buruk. Anda boleh atasi masalah anak ini dengan beberapa cara untuk elak dirinya rasa kurang dihargai sebagaimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI

Ibu Bapa
Kalau anak cemburu ibu atau bapanya bermesra, itu normal. Dia cemburu kerana tidak turut serta ketika ibu dan bapanya sedang berdua. Macam Ash pula, kebanyakan pada masa dia akan tersenyum dan menunjukkan dia suka... Ha ha ha... Pelik atau tidak, itu bergantung kan?

Cara Atasi: 
Ketika ibu bapa sedang melakukan aktiviti bersama, ajaknya bersama. Kalau bapa memeluk ibu, ajak anak masuk dalam pelukan. Ini sebagai tanda bahawa dia juga disayangi. Jika ibu bapa mahu waktu berdua untuk sementara, pastikan anak faham dan kena pandai curi masa bagi elak si kecil rasa dipinggirkan. 

Adik Baru
"This does not apply to Iman Ash" buat masa sekarang... Ha ha ha... Kehadiran bayi di rumah menjadi perkara baru untuk diri anak-anak kecil. Seakan-akan ada yang menyainginya di rumah. Apatah lagi dia akan melihat anda seakan-akan lebih memberi perhatian kepada adik baru. Dia belum memahami bahawa adiknya masih memerlukan banyak bantuan. 

Cara Atasi:
Sebenarnya perkara ini pernah Farah kongsikan di dalam entri Farah yang bertajuk Cemburu Rupanya Dia... "Well" maklumkan kepada anak bahawa dia sudah menjadi abang atau kakak. Elok, kenalkan adik baru kepada anak pertama yang dia sudah punya adik sejak anda hamil. Ajar dan libatkan anak saat anda mengasuh bayi. Ajak dia bermain bersama adiknya. Jangan lupa, selalu mengucapkan terima kasih dan memberinya pujian sebagai kakak atau abang yang baik. 

Cara menghadapi rasa cemburu anak adalah dengan mendekatkan mereka. Usahakan untuk luangkan waktu khas setiap anak-anak secara bergilir. Anda kena tahu, anak masih belum memahami dan masih belajar berkongsi.

Haiwan Peliharaan
Memelihara haiwan peliharaan mampu mengurangkan tekanan. Anda juga boleh menyayangi haiwan selagi tidak menjadi punca kepada alergi terhadap bulu haiwan ataupun masalah fobia pada haiwan seperti Farah...Ha ha ha... 

Cara Atasi: 
Didik anak menyayangi binatang peliharaan di rumah menjadi salah satu cara agar dia tidak terus cemburu pada haiwan peliharaan. Ajaknya turut serta ketika anda bermain dengan haiwan kesayangan. Dalam kes Farah, bukan Mommy yang ajak Ash, Ash yang ajak Mommy... Ha ha ha... 

Datuk dan Nenek
Datuk dan nenek terutamanya yang kurang berkeupayaan tentu memerlukan banyak bantuan. Begitu juga jika datuk dan nenek sedang sakit. Anak akan melihat datuk dan neneknya seakan-akan merebut perhatian anda. Bagaimana cara mengatasinya? 

Cara Atasi:
Perkara ini sangat bergantung pada bagaimana datuk dan nenek berinteraksi dengan anak. Lebih menyenangkan jika anak boleh bermain dengan datuk dan nenek. Menceritakan pelbagai kisah boleh menjadi satu pilihan. Dalam kes Ash, dia memang sangat-sangat terbiasa dengan Nek Ma dan Atuk dia, jadi tak ada masalah di situ.

Gajet
Jangan terlalu fokus gajet depan anak-anak oiii, nanti si kecil juga akan rasa anda abaikan dirinya. Haaa...pesanan untuk mak-mak blogger juga nih... Abah-abah blogger pun yer...Ha ha ha... Tolonglah, ibu bapa kena ubah cara hidup ini. Silap sendiri juga kalau tengok anak mula memberontak, sebab anak akan rasa objek itu lebih penting dari dia.

Cara Atasi:
Ehemmm, setakat ni belum ada masalah dengan ni lagi, sebab Farah cuba sebaik mungkin untuk imbangkan. Bertempat dan berwaktu. Jika anda menggunakan gajet untuk urusan pekerjaan, terangkan kepada anak keperluan tugas anda. Ash selalunya dia sendiri akan ambil telefon pintar Farah bila berbunyi What's App ataupun apa-apa "notification" dan dia akan serahkan kepada Farah suruh tengok. Hu hu hu... Beri jangka waktu untuk anda menyelesaikan tugas dan tepati janji anda. Ini merupakan proses pembelajaran dan pemahaman bagi anak bahawa anda tidak boleh diganggu pada waktu itu. Ash faham... "Mommy work".. 

Iya, kekalkan manja walaupun untuk memiliki anak itu cukup mudah bagi anda. Ini antara cara terbaik yang dicadangkan yang mana ibu bapa perlu amalkan bagi mengelakkan anak memberontak. Moga hubungan kita dengan anak-anak kita dan pasangan tetap terjaga walaupun sibuk mencari rezeki di luar. ;-) 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bgs jugak tips nie.. :)

    www.jiwasyok.org

    ReplyDelete
  2. terbaik ni farah.
    kita kena manja kan anak2.
    tapi ada batas la.
    jgn sampai dia rasa kurang dihargai, kan?
    sian dia... boleh ganggu emosi dia.

    ReplyDelete
  3. terbaik ni farah.
    kita kena manja kan anak2.
    tapi ada batas la.
    jgn sampai dia rasa kurang dihargai, kan?
    sian dia... boleh ganggu emosi dia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !