Tips Berhadapan Dengan Tangisan Anak

Sumber dari Google
Ingat keseorangan tak kena sakat ke? Ha ha ha... Sedih sangat muka dan epik sangat perangai anak manja Mommy tu haaa... Asal sedih jer, asal tersentuh jer, asal menangis jer, terus pergi ambil telefon Mommy dan rakamkan video dia mengadu domba... Bha ha ha... Siapa lagi kalau bukan kerja Mommy dia yang menyakat dia... Kami kan rakan sepermainan, rakan belajar, dan rakan karib... Usik mengusik tu adatlah... Kasi riuh sikit rumah sesekali dengan tangisan... 

Ahaksss...lepas tu Mommy kena marah dengan Nek Ma sebab menyakat anak... Alaaa...sesekali... Bukan menangis sebab marah pun... Tapi dia menangis sebab Mommy dia sakat dia tak nak tukar saluran Disney Junior sebab dia nak tonton Little Einsten... Berlaku sewaktu semua orang nak menonton berita... Bha ha ha... Cuba lihat dia mengadu domba... 
He he he... "Naughty" tak Mommy menyakat anak??? Bukan selalu... Sesekali... Bila dah bukakan saluran tu senyaplah dia. Saja kannn??? 

Bercerita tentang tangisan anak ni... Ibu bapa punya cara yang berbeza di dalam berhadapan dengan tangisan anak. Orang tu cara dia begitu, orang ni cara dia begini. Bergantung pada individu... Tangisan anak ni pula, boleh jadi sekejap dan boleh jadi meleret... Bila dah jadi meleret masa tulah ada sesetengah ibu bapa yang boleh jadi pening dan ada yang boleh dari elok-elok nak memujuk terus anak kena marah... Hurmmm...

Menurut artikel di SINI, ianya adalah merupakan satu situasi normal yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Namun jika keterlaluan, ia boleh menimbulkan tekanan kepada ibu bapa. Ada cara yang lebih bijak dan efektif untuk menangani anak kecil yang sedang menangis. Ingin tahu bagaimana caranya? 

Bagi sesetengah ibu bapa, mereka akan rimas dan bengang bila melihat anak kecil menangis terjerit-jerit kerana inginkan sesuatu sewaktu berkunjung ke pusat membeli-belah. Bagi anak kecil pula, tangisannya itu adalah salah satu 'senjata' untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya. Ada ibu bapa yang sudah hilang idea untuk menangani situasi ini lalu membiarkan anaknya menangis. Tidak kurang juga, ada yang mengambil jalan mudah dengan memukul atau mencubitnya sambil memberikan amaran dengan nada suara yang keras. Tapi malangnya tindakan sedemikian tidak membantu. Sebaliknya, tangisan si kecil itu mungkin menjadi bertambah kuat! Orang sekeliling pula mula memerhati.

Sikap memukul atau mencubit bukanlah satu tindakan yang bijak. Sebagai individu dewasa si ayah atau si ibu perlu menanganinga dengan tindakan lebih bijak. Apakah yang dimaksudkan dengan tindakan bijak itu? Faktor utama yang harus diberi perhatian ialah emosi anda! 

Ibu bapa perlu bersikap lebih tenang dan tidak mudah gelisah apabila berhadapan dengan tangisan si anak. Jangan biarkan emosi 'tertekan' menguasai diri anda. Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila anda tidak mampu mengawal emosi sendiri.

Contohnya, jika si anak menangis sambil melempar botol minumannya, ibu bapa boleh berkata kepada si anak, "Ash boleh menangis, Mommy tahu Ash sedih sebab Mommy tidak membelikan mainan itu untuk Ash, tapi jangan sampai membaling barang. Kalau botol itu terkena pada orang lain macam mana?"

Cari Punca
Bagi memastikan anda membuat tindakan yang tepat sewaktu menangani si anak yang sedang 'mengamuk' kenal pasti situasi sebenarnya terlebih dahulu. Contohnya; si anak bersedih kerana tidak dibelikan permainan, si anak marah kerana tidak diberi kebenaran untuk bermain dengan rakan-rakannya, atau pelbagai sebab lain lagi.

Sebagai ibu bapa, anda perlu jelaskan kepada anak mengapa permintaannya itu tidak dapat dipenuhi. Misalnya, si anak merengek meminta dibelikan mainan baharu dan anda tidak mahu membelikannya. Jelaskan kepada si anak bahawa permainan yang diingininya itu sudah ada di rumah atau hari tersebut bukan masa yang sesuai untuk membeli permainan baru. Jika situasi sebegini berlaku di rumah pimpin tangan anak menuju ke biliknya. Katakan padanya; "Ash perlu duduk di dalam bilik ini sehingga hati Ash betul-betul tenang dan tidak marah pada Mommy lagi." Inilah cara terbaik untuk menunjukkan kepada si anak bahawa anda adalah pemimpinnya.

Ekspresi Diri
Biarkan si anak untuk mengekspresi dirinya. Izinkan dia meluahkan apa yang dia sedang rasakan. Lazimnya, apabila si anak berhenti menangis si ibu atau bapa akan marah kepada si anak untuk menyuruhnya diam. Ketika anda memarahinya, perasaan si anak akan jadi bertambah sakit. Si anak mula terfikir bahawa ibu atau bapanya itu tidak memahami perasaannya. Malah, ketika si anak menangis ibu atau ayah tidak boleh mentertawakannya. Apa yang boleh anda lakukan ialah, tunjukkan ekspresi muka bahawa anda sangat tidak suka dengan perbuatannya itu.

Jangan Memukul
Berpeganglah dengan prinsip, "boleh marah, asalkam jangan merugikan orang lain!" Sewaktu si anak meraung-raung sambil melempar barangnya, katakan kepadanya bahawa tindakannya itu sangat merugikan dirinya atau orang lain. Contohnya; si anak membaling buku miliknya. Mungkin balingan tersebut boleh terkena kepada orang yang ada disekelilingnya. Katakan kepada si anak, "kalau buku itu rosak Mommy perlu menggantikan dengan buku yang baru pula nanti. Bukankah ia satu pembaziran?". Beritahu juga kepada si anak bahawa tibdakannya itu boleh menarik perhatian orang lain sekaligus akan memalukan dirinya. "Ash...semua orang memerhatikan tindakan Ash ni. Ash tak malu ke?" Biasanya dengan cara ini si anak boleh merendahkan sedikit suara tangisannya itu.

Buat Perjanjian
Sebelum keluar ke mana-mana, apa kata anda buat perjanjian dengan si anak terlebih dahulu. Jelakan kepadanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya di destinasi yang bakal ditujunya itu. Contohnya, anda mengajak si anak menemani anda ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan rumah. Tanyakan kepada si anak , apakah yang ingin dibelinya nanti bila sampai di sana. Peruntukkan tempoh masa tertentu di pasar raya tersebut agar si anak tidak bermain terlalu lama di sana. Setelah membuat perjanjian, anda juga perlu membuat hukuman seandainya perjanjian tersebut diingkari oleh si anak. Tindakan ini boleh mengelak sekaligus menutup peluang si anak untuk meminta hal yang lain kepada anda. Jika sejak dari awal si ibu atau bapa sudah mengatakan 'TIDAK', seharusnya sikap sedemikian harusnya konsisten. Jangan sesekali mengikut kehendak si anak kerana anda tidak tahan melihat dia menangis. Jika anda melakukan perkara ini, anda akan 'KALAH' buat selama-lamanya dengan si anak.

Selesaikan Secara Damai
Apabila si kecil berhenti menangis, dekatinya dan duduklah di sisinya. Kalau boleh, panggil si anak untuk duduk hampir dengan anda. Dengan tenang, berbincanglah dengannya tentang situasi yang telah berlaku itu. Ketahui apa alasan si anak menangis, mengapa ibu atau bapa tidak menuruti kemahuan si anak, mengapa anda tidak mahu memahami, jelaskan kepadanya bahawa dia tidak boleh bersikap memaksa dan mungkin anda boleh membuat perjanjian dengannya bahawa suatu hari nanti permintaannya itu boleh dipenuhi.

Jelaskan juga kepada si anak bahawa tindakannya itu boleh meninggalkan kesan negatif buat dirinya. Contohnya, tubuhnya menjadi letih kerana menangis dan menjerit atau anda dan dia menjadi malu apabila diperhatikan oleh orang sekeliling. Bahkan, anda juga boleh menyelitkan pesanan bermoral kepada si anak dengan mengatakan, "cuba Ash ingat semula, sewaktu Ash menangis dan marah tadi pasti Ash terfikir tentang perkara-perkara yang tidak baik? Bukankah Allah SWT tidak suka dengan fikiran buruk seperti itu?"

Apabila si anak mampu mengawal emosinya dan jujur dengan apa yang dirasainya, pujilah dia. Katakan kepadanya, bahawa tindakannya itu adalah betul. "Mommy gembira bila Ash tidak menangis dan marah-marah lagi. Itu tandanya Ash sudah semakin besar." Kemudian jangan ragu-ragu untuk meminta maaf dengan mengatakan, "Mommy juga minta maaf ya, sebab tidak boleh membelikan Ash permainan itu buat masa sekarang. Ash faham kan?"

Jujur diakui, dalam peringkat usia Ash sekarang ni, ada perkara yang masih Ash tak faham lagi. Kedengaran bunyi mungkin tak patut Farah buat macam tu... Ha ha ha... Hakikatnya kalau Ash menangis dengan sebab yang Farah tak boleh terima, contohnya... Nak juga barang yang tak diberi... Farah diam jer... Buat tak pandang. Lepas tu dia sendiri akan berhenti menangis. Tak sampai hati memang lah sebab anak manja Mommy kannn??? Biasanya selepas dah tersedu-sedu tu, cepat-cepat ambil dan peluk dia, sapu air mata yang berlinang-linang tu dan pujuk dia. Lepas tu??? Ok kembali aktif dan ceria seperti biasa! ;-P 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Berhadapan Dengan Tangisan Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. betul.. jgn sekali-kali angkat tngn..

    ReplyDelete
  2. memang rimas kalau anak menangis..biasanya saya buat tak tahu je..pujuk2 tak jalan ,biarkan je..lama2 dia ok sendiri..tapi kalau ada orang usik2 anak2 saya saja2 bagi menangis orang tu yang kena ..haha..jangan sentap lepas tu dah la..ekekek

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY