Home » , , , , , , , , » Tiket VIP HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 Percuma Untuk Anda!!!

Tiket VIP HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 Percuma Untuk Anda!!!


Bulan Ogos 2015, Farah ada berkongsi tentang Hi-5 House of Dreams Live in Concert, Kuala Lumpur 2015, yang mana, Farah berkongsi sekadar untuk memberi cadangan aktiviti kepada ibu bapa untuk menghiburkan serta mengisi masa terluang anak-anak di musim cuti sekolah. Al-maklumlah, rancangan Hi-5 ini adalah kegemaran ramai kanak-kanak di seluruh dunia kan? Terutama kanak-kanak yang berusia dari 2 tahun sehingga ke 8 tahun. Usia-usia peminat-peminat rancangan Hi-5. 

Kalau di rumah Farah tu, rancangan Hi-5 ni memang direkodkan sirinya setiap hari dan WAJIB dipasang setiap hari atas permintaan Ash. Memang Hi-5 adalah merupakan salah satu rancangan kegemaran Ash. Siapa sangka, ada juga rezeki Ash apabila Ash berpeluang untuk menonton konsert Hi-5 secara lansung pada 10 November 2015 ini bertiketkan VIP. Alhamdulillah, rezeki buat Ash...Mommy tumpang gembira jer... 

Hi-5 bagi Farah bukanlah sekadar rancangan muzikal biasa, tetapi ianya adalah "interactive showcase" untuk anak-anak belajar. Belajar memahami masalah dan juga menyelesaikan masalah. Dengan prop yang dihiasi dengan warna-warna ceria dan juga ahli-ahli Hi-5 seperti Stevie, Mary, Dayen, Tanika dan Ainsley ianya memang mudah untuk menarik perhatian kanak-kanak. Farah akui, Farah sendiri suka melihat warna-warna ceria di dalam rancangan Hi-5. Hi-5 ni pun bukanlah sesuatu yang baru di dunia kanak-kanak. Ianya sememangnya dikenali oleh kanak-kanak di seluruh Eropah, Amerika Utara, Asia dan juga Amerika Latin. Siri Hi-5 secara konsistennya telah menjadi antara "top-three most successful pre-school television shows worldwide". Hi-5 juga telah memenangi 3 Logie Awards for Most Outstanding Children's Program, 5 ARIA Awards for Best Children's Album, 5 Australia n DVD and Video Industry Awards, 1 APRA Award, 1 AMIA Award dan 1 Helpmann Award. Hi-5 US pula telah dicalonkan bagi 3 Daytime Emmy Awards. Manakala, Jump and Jive with Hi-5 CD telah memperoleh anugerah berprestij Parents Choice Award 2004.

Tu diaaa penangan Hi-5, banyak sungguh anugerahnya...

Berbalik kepada HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ni... Ash bukan nak pergi sorang-sorang jer tau? Ash nak ajak kawan-kawan Ash ataupun kakak-kakak atau abang-abang di luar sana untuk turut sama menonton HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ini SECARA PERCUMA!!! Diulangi SECARA PERCUMA!!! Akan tetapi tentu-tentulah melalui blog Mommy iaitu Bubblynotes.Com yer? Haaa... Akhir tahun, Ash dan Mommy nak bagi hadiah sedikit kepada semua pembaca Bubblynotes.Com... Bagaimana caranya?


Khas untuk pembaca Bubblynotes.Com sahaja!!! Ash dan Farah, ingin mencari 5 PEMENANG BERTUAH UNTUK MEMENANGI 4 TIKET VIP YANG BERNILAI RM 1,216.00. Tapi-tapi-tapi...bukan setakat menang tiket VIP sahaja yer? Para pemenang berpeluang untuk berjumpa dengan kelima-lima krew Hi-5 juga! Bolehlah bergambar kannn? Dan tak adalah pergi dengan tangan kosong... He he he... Secara "up, close and personal" gittew! Siapa tak nak kannn??? 

Sebelum tu, meh sini nak kongsi susun atur kerusi penonton supaya anda jelas di mana kedudukan kerusi VIP untuk konsert ini! 


Hanya ikuti syarat mudah untuk memenangi GIVEAWAY HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ini dari Bubblynotes.Com:

1. Muat turun video anak sedang menari ataupun menyanyi lagu Hi-5 ATAU hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak anda gemari di media sosial (Facebook / Instagram).

2. Lengkapkan ayat, "Saya layak untuk memenangi tiket ini kerana..." (20 patah perkataan atau kurang) - Bahasa Melayu. 

ATAU 

Dalam Bahasa Inggeris - Caption it with a simple sentence, "I deserve to win these tickets because..." (in 20 words or less)

3. Pamerkan penyertaan anda di BLOG, FB dan Instagram secara TERBUKA atau "PUBLIC" dengan menggunakan "hashtag" #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior

(Peserta TIDAK DIWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada. Peserta boleh menghantarkan penyertaan melalui apa sahaja medium media sosial yang ada. Sama ada di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris)

4. Sila hantarkan pautan atau "link" penyertaan seperti URL BLOG, URL FACEBOOK, URL INSTAGRAM atau TWITTER di ruangan KOMEN di bawah entri ini. 

Itu sahaja!!! Mudah kan? Apa yang anda perlu lakukan untuk memenangi tiket VIP ini adalah... VIDEO ATAUPUN GAMBAR dimuatnaik ke media sosial beserta dengan ayat dan juga "hashtag". Semudah itu!!! 

"Giveaway" ini dibawakan oleh Program Enrich Junior, Malaysia Airlines iaitu usahasama terbaru dalam perkongsian terkini dunia muzik kanak-kanak. Program Enrich Junior ini adalah program berdasarkan mata ganjaran sama seperti mata ganjaran dewasa. Ahli Enrich juga berpeluang untuk mendapatkan 10% diskaun untuk harga tiket HI-% HOUSE OF DREAMS TOUR IN MALAYSIA 2015. Hanya gunakan kod promo enrich10.

Hadiah "Giveaway" Yang Ditawarkan:

5 ORANG PEMENANG akan menerima EMPAT (4) tiket HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.

Tarikh:
10 December 2015

Masa:
10.30 pagi

Lokasi:
Istana Budaya, Kuala Lumpur

Pakaian:
"Smart-Casual"

Terma & Syarat:-

1. "Giveaway" ini akan berlangsung dari 11 sehingga 23 November 2015.

2. Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh pihak MALAYSIA AIRLINES.

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan PALING KREATIF. Penyertaan yang mempunyai VIDEO HI-5 ANAK MENYANYI ATAU MENARI akan mendapat peluang lebih tinggi untuk menang.

4. Keputusan pemenang akan diumumkan di blog www.bubblynotes.com pada 28 NOVEMBER 2015.

5. Pengambilan tiket akan bermula dari tarikh 30 NOVEMBER 2015 sehingga 9 DISEMBER 2015.

Jangan lupa lawati, "like" dan "follow":-

Twitter : @MAS 

YouTube : malaysiaairlines 

Hashtags 
#todayishere, #malaysiaairlines, #EnrichUrLife, #EnrichJunior

SELAMAT BERJAYA SEMUA!!!  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tiket VIP HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 Percuma Untuk Anda!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, November 23, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. menarik! kakak dan adik suka jugak tengok hi-5 ni!

    ReplyDelete
  2. K.Sal join ya:

    https://www.instagram.com/p/97w3O0BdUo/?taken-by=salina_johari

    ReplyDelete
  3. Wahh...bestnya...tahniah kat Ash....

    ReplyDelete
  4. Dulu kecik2 layan ngak Hi5 nie..hehehe

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaa.. Murah rezeki akk dpt pergi.. Jelesnyaaa.. Ena dah besar ni pun suka layan high5 ni

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan sis..

    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  7. alah nak join tapi tak ada anak nak menari wat video huhuhu

    ReplyDelete
  8. Anak2 yg layan cerita ni mesti teruja..kita sbeagai ibu mesti doble happy bila tgk anak happy kan. Tp anak ena x suka plak hi5 ni. Hehe

    ReplyDelete
  9. salam, mudah mudahan ada rezeki Nur Dinni...

    https://www.facebook.com/call.car.two.s.pocket/videos/1199312593430556/

    ReplyDelete
  10. terbaik...tapi rancangan ni di KL kan? semoga berjaya siapa yang turut serta

    ReplyDelete
  11. https://www.instagram.com/p/9-BXqGo1Bp/?taken-by=kelkatuspoket924

    yeayyy.. suami saya dah join untuk si kecil kami.. harap rezeki kami dapat gembirakan si kecil ni..

    ReplyDelete
  12. https://www.facebook.com/azrea.syazwan/posts/10154280684364325:0

    Hi!!!! Alisya would love to be at Hi5 concert & dance her little feet off to her favourite songs and her favourite 5 person in this whole wide world!

    ReplyDelete
  13. https://instagram.com/p/-AbV6EN2mg/

    Yey!!!!! Hope to win definitely!!!

    ReplyDelete
  14. Ni klu dekat nak juga joint sebab damia minat sangat siri hi-5 ni.
    Apa2 pun good luck to all :D

    ReplyDelete
  15. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. klu dapat tu mmg best giler lah fara

    ReplyDelete
  16. Wah...Menarik nih..Qaisara mmg suka Hi-5..Tapi malu nk menarik dpn camera..hoho

    ReplyDelete
  17. Salam, nak try jugak hehe..Eva suke, hope adela rezeki dia hehe..

    https://instagram.com/p/-YnwXGF3aT/

    instagram : evathechoms
    blog : http://ourrandomrainbow.blogspot.com
    :)

    ReplyDelete
  18. Salam, nak try jugak hehe..Eva suke, hope adela rezeki dia hehe..

    https://instagram.com/p/-YnwXGF3aT/

    instagram : evathechoms
    blog : http://ourrandomrainbow.blogspot.com
    :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY