Tengok-Tengok Harga Atas Talian...

Farah Waheda Wahid
6
Selagi ada ruang untuk berjimat, selagi itu akan cuba di"survey" harga-harga yang ditawarkan di pasaran. Tak kiralah sama ada di kedai ataupun di atas talian. Bila beranak kecil dan nak "cope up" dengan harga barang yang tinggi selari dengan poket yang tak berapa nak berkepok-kepok sangat, bijak berbelanja itu sememangnya sangat dituntut. 

Tengok-tengok harga di atas talian ni terjadi bukannya sebab apa tetapi atas dasar melihat kalau-kalau ada pilihan yang lain yang lebih murah, lebih menjimatkan harga dan lebih mudah untuk dicari. Terutamanya, lampin pakai buang Ash yang berjenama Huggies Ultra. Selalunya, Farah akan pergi ke mana-mana AEON yang berdekatan yang mana di kawasan rumah Farah tak ada AEON dan di Shah Alam pun AEON belum lagi dibuka. Masih di dalam proses pembinaan. Pergilah sejauh Bukit Raja ataupun mana-mana AEON yang ada di dalam laluan perjalanan Farah. 

Kenapa AEON? Kerana AEON menawarkan harga untuk Huggies Ultra yang "average" berbanding tempat lain kebanyakan pada masanya. Cunanya, lampin pakai buang Huggies Ultra ni bergantung kepada stok. Kadang-kadang di rak tu cuma tinggal 2 atau 3 jer tak banyak. Kadang-kadang tak ada langsung, ho ho ho. Terfikir pula nak membeli secara pukal di atas talian jika ada. 

Atas talian apa yang tak ada? Semua ada jer. Dannn... Apa yang Farah temui, membuatkan Farah mungkin mendapatkan lampin pakai buang Ash di atas talian pada hujung bulan ini. In Shaa Allah. 


Nampaknya seperti berbaloi harga yang ditawarkan. :-). Menarik ni. Lagipun pek lampin pakai buang Huggies Ultra bersaiz L ni yang mengandungi 50 keping lampin pakai buang ni bukan mudah untuk ditemui. Selalunya yang melambak-lambak di pasaran adalah pek yang mengandungi 34 keping dengan harga RM36.60 sepek. Kira oklah bagi Farah jika menemui pek yang mengandungi 50 keping dengan harga sebegini. "Why not" kannn? 


Bagi susu formula pula, pilihan bagi Farah masih agak mahal berbanding harga di pasar raya. Untuk itu, bagi susu formula Ash, Farah masih lagi "prefer" untuk membeli melalui pasar raya berbanding atas talian. He he he... Dapat membeli dengan harga RM50.89 setin pun dah cukup membahagiakan Farah dah. Owhhh semalam di Giant USJ harganya RM50.89 setin. Ada promosi. Jika normal, harganya RM 60.40. Kira oklah tu kannn? 

Mak-mak mana pernah berhenti "survey" harga barang anak? Mana ada yang murah itu yang kita "grab" yer tak? Kalau boleh jimat nak jimat lagi. Dengan kos sara hidup yang amat tinggi serta komitmen yang kita semua ada, itu menjadikan kita sebegini. Gali dan gali mana yang boleh kita dapatkan dengan harga yang lebih murah. ;-)

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Susah sikit la nak komen kat page baru ni. Hi hi hi

    Akk pulak ada masa survey ada masa beli je terus. Bagus la farah rajin survey. Jimat belanja

    ReplyDelete
  2. BARU NK SURVEY HARGA SUSU NGN PAMPERS FIYAH KT AEON HARI NI

    ReplyDelete
  3. Barang anak biasa terus je beli direct... Tapi barang mak rajin je belek online..

    ReplyDelete
  4. bagus juga ni kan..tinggal tunggu aje

    ReplyDelete
  5. Betul...walau jimat seringgit duakan..kalau byk kuantiti dibeli..byk juga dpt jimatnya..

    ReplyDelete
  6. mmg perbelanjaan tiap2 bulan pampers ni kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !