Tarik Mengkarung, Simpul Biawak...

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Ya ampunnn... Yucksss, sungguh Farah geli tengok sisik mengkarung ni! Walaupun gambar ni cantik resolusi dan juga "angle"nya... Tapi tetap geli! Ha ha ha, dah tau geli lagi nak tempek gambar ni yer tak? Bukan nak cerita tentang mengkarung pun sebenarnya... Dan boleh jangka dah kan dari tajuk entri ni pun sebenarnya nak cerita tentang apa???

Tentang ni haa...

Sumber dari Google 

Ini kalau kena boleh nangis ooo... Sakit!!! Orang kata wanita hamil selalu kena nih! Tapi ketahuilah bahawasanya wanita yang tidak mempunyai isi di dalam perut pun kerap juga terkena. Contoh paling dekat adalah Puan punya Bubblynotes.Com. Dah jadi macam hidap-hidap dah oiii.... Selalu terkenanya adalah pada bahagian betis... Ya Allah, seksanya rasa... Tak tau nak cakap macam mana. Siapa yang dah pernah mengalami tu taulah macam mana kan? Sakit dia tu, perghhh susah nak digambarkan... Wakakaka... Redha dan pasrah jer lah bila dah terkena... Kalau sejuk yang mana dah tentu-tentulah sejuk setiap malam suhu bilik kami kerana Iman Ash tak kira hujan lebat ke, petir dan kilat sabung-menyabung ke tetap nak suhu sejuk dari penghawa dingin. 

Kalau sejuk tu dah boleh jangka dah mesti terkena. Dalam erti kata lain memang kerap Farah terkena tarik mengkarung atau simpul biawak nih! Kalau salah teknik menggeliat pun boleh terkena juga. Haihlahhh... Dan teringat juga masa Iman Ash masih di dalam perut dulu... Masa dia belum lahir. Kena sesekali dia datang tarik mengkarung atau simpul biawak ni... ya ampunnn... Dulu ke sekarang ni ke kalau terkena ada masa-masa tu kannn... Leleh ooo air mata nih... Masa ngandung Iman Ash tu bila kena, masa sorang-sorang pula tu... Masa suami tak ada... Ha ha ha, adoiii derita merana rasa... Ambillah minyak panas sendiri, sapulah kat kaki sendiri pada tempat-tempat yang terjangkau... Yang tak terjangkau tu tak boleh nak buat apalah kan? Nak buat macam mana... Orang perempuan ni macam mana pun nak kena berdikari sendiri... 

Alhamdulillah jugalah masa tu Nek Ma Ash akan kerap jenguk bila Farah tidur malam-malam. Kadang-kadang dia yang sapukan minyak panas dan urut sampai Farah terlena dan kemudian bangun-bangun pagi, tengok-tengok ada stokin tersarung di kaki. 

Secara saintifiknya, tarik mengkarung atau simpul biawak, atau "muscle cramp" ini terjadi sebab otot-otot kita berada dalam keadaan ketat ("tight") akibat aktiviti cergas, kemudian tidak dilonggarkan atau direnggangkan terlebih dahulu sebelum kita berehat. Walaupun semasa kita berehat, badan kita memang relaks tetapi otot masih kekal dalam keadaan ketat. Ditambah dengan kekurangan air dalam badan dan juga asid laktik pada otot tidak dinyahkan, menyebabkan otot akan mengalami kesakitan. Biasanya, ia terjadi bila kita melakukan aktiviti sukan, contohnya main bola, tanpa melakukan regangan terlebih dahulu. 

Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin berlaku di bahagian-bahagian lain seperti peha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama? Adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. 

Dululah Farah pernah terbaca satu artikel senarai cara untuk menghilangkan atau menyahkan mengkarung atau biawak tu dari terus bersimpul kat urat kita... He he he... 

1. Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekaligus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

2. Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan yang mana Farah memang selalu buat yang ini. Pada peringkat awal semestinyalah ianya amat menyakitkan namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera. 

3. Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak hujung tapak kaki. 

4. Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah belu dalam otot yang menyebabkan ia berlarutan. Alhamdulillah setakat ni tak pernah seserius ini. Hu hu hu. 

5. Tuaman menggunakan ais juga boleg melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot. Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya. 

6. Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukupnya juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot. 

Itu apa yang pernah Farah baca... Syukurlah dan untunglaaa siapa yang tak pernah merasa serangan tarik mengkarung atau simpul biawak tu... Yang pernah terkena dan sering terkena, bila dah lama-lama pasti boleh jangka apa tanda nak terkena... Macam Farah ni haaa, kadang-kadang tak jadi nak menggeliat bila tiba-tiba ada naluri nak terkena... Ha ha ha... 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nice sharing!
    betul..org ckp preggy mommy je salu kena.
    n org ckp sakit .

    but rasanya solution (atas) sgt mmbntu utk kurgkan kesakitan :)

    ReplyDelete
  2. hadoi... sesekali kena time pregnen tu, sakit nyer ya Allah :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !