Home » , , , , , , , , , , , , » "Note To Self" | Jaga Diri Sendiri...

"Note To Self" | Jaga Diri Sendiri...

Sumber Dari Google
Risiko ada di mana-mana, jenayah ada di mana-mana juga. Setiap hari, semua orang terdedah kepada risiko sebagai mangsa jenayah. Kita pula tak boleh yakin sepenuhnya bahawasanya kita tidak terdedah kepada risiko menjadi mangsa kegiatan jenayah. Tidak kira kanak-kanak, tidak kira lelaki mahupun wanita. Manusia sekarang memang tangkas dan pantas mengambil kesempatan atas sesuatu kelemahan yang tidak disedari oleh manusia lain. Itulah hakikatnya dunia sekarang ini. Apakah kita semua sudah tidak selamat? 

Salah satunya kes rompak, rogol dan bunuh. Ini bukanlah kali pertama kes seumpama ini berlaku. Biarpun mungkin ramai yang telah men-viral-kan tentang tips keselamatan ini terutamanya bagi wanita, sebagai tanda ingatan kepada diri sendiri dan juga semua wanita-wanita di luar sana... Farah rasa tak salah sekiranya Farah berkongsi lagi sekali.

Untuk diri sendiri yang bergelar wanita... 

Sila Kurangkan "Selfie"
Untuk mak-mak macam kakak ni, tak taulah kiranya ada yang berminat yer tak? Tapi lelaki ada yang bukan kira semua tu... Makanya tetap kena berhati-hati. Anak-anak dara sila ambil perhatian serius... Kita tidak tahu kalau-kalau selama ini setiap kali kita "post" gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Owhhh... Kakak memang sentiasa diperhatikan punnn... Bukan kerana perasan diri popular ataupun apa... Kakak tak rasa pun kakak popular dik non oiii... Jauh sungguh nak capai popular tu... Dan memang tak popular lah... Ada yang jenis "sex maniac" dia mungkin dah lama jatuh cinta dengan awak, dah lama membayangkan nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil ok? Zaman sekarang ni manusia makin gila. 

Ok ok..."note to self" sila kurangkan "selfie"... Melainkan pada waktu-waktu yang memerlukan... Ermmm ni masalah gak ni... Diakui Farah di antara yang ada di luar sana yang suka sangat "selfie"... Fikirlah sendiri Cik Puan Farah oiii... Nak kata tak akan ada "selfie" langsung selepas sendiri "up" entri ini memang mustahillah kan? Farah tak mau kata selepas ni Farah jarang dah ber"selfie" dan nanti ibarat seolah-olah cakap tak serupa bikin pula. Cuba kurangkan... Katanya cuba kurangkan... In Shaa Allah lah... Cuba yang terbaik. "See???" kurang-kurang kakak tak hipokrit ok? Kakak mengaku kakak memang suka "selfie". 

Jangan "Check-In" Rumah Sendiri
Masa zaman-zaman mula pakai telefon pintar yang pertama dulu iaitu Blackberry Bold... Masa tu Foursquare tengah "up" dan masa tu memang rajin "check-in" kalau ke mana-mana termasuk rumah sendiri. Lama kelamaan rasa macam ermmm tak sepatutnya dedah... Tolonglah jangan "check in" atas alamat rumah sendiri. No.3 Jalan Mayang. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak oiii... 

Jangan "Up" Status Tinggal Seorang Di Rumah
Dahlah "check in" alamat sendiri, siap beritahu dunia tengah sorang-sorang di rumah. Contohlah contoh yer... "Husband out station lagi. Bosannya... Tinggal dengan anak-anak jer!" Haaaa, jap lagi kalau ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah "check in" alamat sendiri pun perlu elakkan beritahu awak tengah keseorangan. Sebab apa? ADA KAWAN DI LUAR ALAM MAYA YANG TAHU RUMAH AWAK DAN TAK SEMUANYA BAIK. 

Jangan "Post" No Plat Kereta
Iyaaa, tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak "post" gambar sekurang-kurangnya tutup no plat kereta tu. Bahaya. Dari no plat kereta boleh tau semua maklumat peribadi kita. Kalaulah maklumat tu dapat pada orang jahat? Rasanya yang ini semua orang pun maklum...Heee, kalau-kalau ada yang sibuk nak dok tayang no plat kereta yang cantik yang dibeli dengan harga ratusan atau ribuan ringgit tu tak taulah pula kann???

Jangan Sibuk Nak "Check In" Semua Tempat Yang Awak Pergi
Sampai pejabat "check in" tingkat 73 KLCC. Makan tengah hari "check in", kedai mamak belakang KLCC. Habis kerja pergi "jogging check in" Taman KLCC. Nak balik rumah "check in" jem di AKLEH sambil "selfie" nampak muka cantik dan lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah "check in", sampai dah rumah manis rumah No. 38-4-7 Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, KL. Nak "selfie" tu "selfie" jer diam-diam dan cakap benda lain, tak perlu nak "check in" sangatlah... Biasanyalah kannn... Apa yang Farah buat, macam "add location" di Instagram tu, selepas Farah selesai di sesuatu tempat dan berlalu pergi dari situ. Kena "play smart" juga kadang-kadang. Tapi kalau kerja-kerja yang melibatkan blog tak boleh nak kata apalah... Heee... Terpaksa juga... Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau statu tu "setting PUBLIC". Satu dunia boleh tengok oiiii!

Hadkan Apa Yang Perlu Dikongsi Di Media Sosial
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam Mami Jarum, tak perlu nak "post" di media sosial. Dapat bonus RM10k seeloknya jangan "up" di media sosial. Jangan terlalu pamerkan kemewahan kaedahnya... Kalau ada-ada pun buat sederhana jer... Tak perlu nak tunjuk ada-ada sangatlahhh... Pasal riak tu isu lain, pasal bersaing-saing tu isu lain...Tapi demi keselamatan awak...

Muhasabah diri, muhasabah diri, kita ni manusia kadang-kadang "drifted away" atas sebab-sebab dan perkara lain... Tapi disebabkan "drifted away" tu kita mendedahkan diri kita kepada sesuatu yang tidak sepatutnya... Kan? Kan? Kan? Peringatan kepada diri sendiri dan juga semua wanita di luar sana tu... Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Note To Self" | Jaga Diri Sendiri..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. semua tu sebenarnya mmg fakta...tak semua yg kita fikir tu selamat kan kak..take note jugak utk diri sendiri

    ReplyDelete
  2. Thank you kak Farah sebab ingatkan. Nani pun selalu jugak share location yang dekat Instagram tu,.

    ReplyDelete
  3. sekarang kita dah ada pengawal media sosial aka en suami tiap2 hari check hahahaha...

    ReplyDelete
  4. takut jugakkan..skang ni mcm2 holeh berlaku..note to myself too..thanks dear!

    ReplyDelete
  5. noted ! zaman sekarang bahaya sgt hm

    ReplyDelete
  6. yes ni aida ada baca kat fb.
    aida sgt follow rules tu.
    and kebetulan asben pun gitu.
    sgt bahaya ekk kalau share sgt2.
    kat blog pun aida cuba tidak share maklumat lengkap.
    moga Allah lindungi la kita dari bahaya malapetaka apa2 kan...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY