Home » , , , , , , , , » MatariShop.Com | Baju Sekolah Bebas Kedut Dengan Harga Berbaloi!!!

MatariShop.Com | Baju Sekolah Bebas Kedut Dengan Harga Berbaloi!!!


Musim membeli-belah untuk sesi persekolahan 2016 kini bermula!!! :-). Walaupun tidak tergolong di dalam kategori ini lagi buat masa sekarang, tetapi Farah percaya pasti ramai di kalangan ibu bapa yang sudah mula sibuk berkira-kira bajet dan juga membeli-belah barang kelengkapan persekolahan anak-anak anda untuk sesi persekolahan tahun hadapan kan? Sekolah bermula pada bulan Januari 2016 bukan bermaksud perlu menunggu sehingga akhir Disember 2015 baru hendak membuat segala persiapan kan? Waktu tu pasti terkocoh-kocoh nak menyiapkan segala bagai benda. 

Dalam setiap hal, Farah selalu percaya kepada perancangan serta persiapan awal agar lebih sistematik dan tersusun. Sistematik dan tersusun itu memang sudah seakan sebati dengan Farah dah punnn... Itulah Farah, dan Farah boleh membayangkan bagaimana awalnya Farah pada masa akan datang di dalam menyediakan segala keperluan sekolah Iman Firash. Ahakss...Jauhnya pandangan... Bubblynotes.Com selalunya akan datang dengan berita baik yang mengembirakan semua ibu bapa dan sedikit sebanyak Farah cuba untuk membantu semampu mana yang terdaya... Farah faham, sekarang ni segala kos tinggi dan ibu bapa perlu betul-betul membuat perkiraan atau bajet yang kompetitif untuk memenuhi segala keperluan. Lebih-lebih lagi jika ibu bapa tersebut mempunyai bilangan anak yang agak ramai. Jika boleh berjimat, mestilah nak berjimat kan? Sedangkan Farah sendiri pun, kalau boleh jimat RM5.00 semasa membeli barangan Ash pun dah cukup gembira, inikan lagi ibu bapa yang sibuk menyiapkan segala kelengkapan persekolahan anak-anak di luar sana. Mungkin pada sesetengah orang tu, RM5.00 tak ada apa-apa, tetapi bagi kita? Yang tak berapa nak tebal poket ni? Semestinya ianya sesuatu yang sangat berharga dan bernilai. 

Bersedia atau tidak? Ibu bapa tetap perlu membeli kelengkapan persekolahan anak-anak. Awal atau tidak itu bukan persoalannya. BERITA BAIK BUAT SEMUA IBU BAPA DI LUAR SANA??? 

KHAS BUAT SEMUA IBU BAPA YANG MERUPAKAN PEMBACA BUBBLYNOTES.COM:

 ANDA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HARGA DISKAUN ISTIMEWA KE ATAS PEMBELIAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK ANDA DI MATARISHOP.COM DENGAN HANYA MEMASUKKAN KOD DISKAUN:

BUBBLY

Sesuatu yang sangat gembira untuk Farah kongsikan dengan semua pembaca Bubblynotes.Com dan sesuatu yang boleh Farah lakukan untuk semua pembaca Bubblynotes.Com nikmati sesuatu dari Bubblynotes.Com dan juga pihak Matarishop.Com.

Sedikit perkongsian melalui pengalaman Farah sendiri mengenai kualiti dan apa yang istimewanya pakaian sekolah yang ditawarkan oleh pihak Matarishop.Com


Kira-kira 2 minggu yang lepas, Farah telah menerima bungkusan dari pihak Matarishop.Com yang berisi dengan sepasang baju sekolah. Sehelai baju berlengan pendek dan juga sehelai seluar panjang sekolah berwarna biru untuk anak yang bersekolah rendah. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, HARUS DAN WAJIB Farah kongsikan pengalaman serta pandangan Farah terlebih dahulu kepada anda agar anda mendapat "the clear picture" dan dapat membayangkan apakah yang sebenarnya. 

Untuk seluar kanak-kanak lelaki ini, material kain dan kualiti jahitan adalah "unbeatable"! Saat Farah membuka bungkusan dan memegang dengan tangan Farah sendiri, ianya memang adalah dari kualiti yang terbaik dan dari kain yang terbaik. Jahitan kemas dan dari penilaian Farah, ia adalah sesuatu yang jika Farah beli untuk Ash untuk persekolahannya, Farah sangat berpuas hati. Itu seluar, jom kita lihat tentang baju pula! 


Untuk ibu bapa di luar sana, SILA AMBIL PERHATIAN RAPAT-RAPAT DAN KETAT-KETAT... Jenama baju sekolah dari Matarishop.Com ini juga adalah "unbeatable" dari apa yang terdapat di pasaran di luar sana. Kenapa? Ianya adalah merupakan baju sekolah BEBAS KEDUT yang terbaik di Malaysia. Haaaaa... ibu-ibu yang selalu kesuntukan masa hendak menggosok baju persekolahan anak tu, mesti suka kannn? Ia adalah sesuatu yang memudahkan anda, sesuatu yang menjimatkan masa anda! Anda pasti akan suka dengan produk baju sekolah ini. Farah sendiri telah cuba menjalankan eksperimen ringkas demi nak menunjukkan kepada anda pembaca di Bubblynotes.Com... 


Mula-mula kita renyuk-renyukkan baju sekolah itu dengan harapan supaya ianya berkedut seribu sepertimana baju sekolah yang biasa terdapat di pasaran. 


Kemudian kita bukakan genggaman tangan untuk melihat apakah betul ianya BEBAS KEDUT??? Jawapannya, YA, IANYA ADALAH BEBAS KEDUT. Jadi ibu-ibu tak perlulah risau terlebih-lebih kalau anak-anak anda berkemungkinan besar memakai baju kedut seribu ke sekolah kan? Kainnya panas? Takkkk... KAINNYA RINGAN, TIDAK PANAS DAN MENYERAP PELUH DENGAN BERKESAN. Sejuk kain ni... Bagus betullah...Alahaiii, kenapalah sewaktu zaman-zaman persekolahan Farah dulu tak ada??? 


Bukan sekadar baju sekolah rendah sahaja yer? Terdapat juga seleksi yang ditawarkan untuk sekolah menengah. Harganya??? Harganya juga "unbeatable" jika anda merasa dan melihat sendiri kualitinya. Barang berkualiti tahan lama yer tak? Itu yang kita cari! PAKAILAH KOD DISKAUN YANG FARAH MAKLUMKAN DI ATAS TU... PASTI BERBALOI...CUBALAH! 

Ada sesuatu yang lebih bermakna selain anda dapat membeli pakaian sekolah yang BEBAS KEDUT dan juga berkualiti tinggi ini... Matarishop.Com bukanlah sekadar syarikat yang menjual pakaian seragam ataupun uniform persekolahan semata-mata...tetapi ianya adalah merupakan syarikat CSR. Sebahagian daripada pembelian anda akan DIDERMAKAN kepada mereka yang memerlukan, bukan di dalam TUNAI tetapi di dalam bentuk BAJU SERAGAM SEKOLAH. Sambil membeli sambil beramal. Anda sendiri jika mengenali sesiapa yang mempunyai kesusahan untuk memiliki pakaian seragam persekolahan yang baru untuk sesi persekolahan yang akan datang, boleh menghantarkan maklumat kepada pihak Matari untuk tujuan aktiviti amal ini.Bagus kannn? 


Sedikit perkongsian mengenai Matari:

MATARI is a Malaysia 1st Wrinkle-Free school uniform brand. 

MATARI School Uniforms's selling point is "Wrinkle-free, Protracted Whitening, Silky Hand-Feel, Comfortable", it definitely will meet your needs.

MATARI cares every parent as you care for your children, thus they are always come out the new products and services which could serve you better. 

MATARI is not only a school uniform company, they are CSR company. 




Bagi pembelian pula, anda boleh lakukan sama ada melalui atas talian ataupun dengan melawat sendiri ke lokasi Matarishop.Com. Nilai wang penghantaran sebanyak RM10.00 adalah bagi pembelian di bawah RM150.00 dan jika pembelian anda melebihi ianya adalah PERCUMA.

Untuk Maklumat Lanjut:


Matari Shop
Matari Uniform Centre Sdn Bhd
2795,2796,2797, Jalan Rozhan
Taman Industri Cherok Tokun
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia

Telefon:
016-520 6725

Lokasi Kedai Matari.Com:
Matari Shop
Ding Feng Trading Sdn Bhd
2795, Jalan Rozhan
Taman Industri Cherok Tokun
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel MatariShop.Com | Baju Sekolah Bebas Kedut Dengan Harga Berbaloi!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Fuhh kt Penang ye...ju suka beli baju anak fitting terus, kalau beli online kena hati2 tang saiz...tp suka tgk material kain tu...sangat selesa

    ReplyDelete
  2. wah bagus ni utk ibu2 yg bekerja...

    ReplyDelete
  3. memang tengah mencari baju sekolah untuk kakak dan adik ni, paling penting tak berkedut sebab ibunya ada sikit malas nak menggosok hehehe :D

    ReplyDelete
  4. Kalaulah ada baju ni dedulu kan best...now, shila nak share dengan kengkawan post farah ni. Supaya dorang dapat manfaatkan. Untung membeli, menang memakai..ecewah!

    ReplyDelete
  5. wah kena save entry ni..sbb mak-mak bekerja ni skrg kena cari baju sendiri dan baju anak yg tak kedut Jom beli airfryer murah sempena Black Friday Sale

    ReplyDelete
  6. menarik ni farah. tq.
    kebetulan next week aida ke bkt mertajam, anta adik balik UiTM.
    aduhai... tq so much!
    akan carik ni.
    code bubbly tu utk online aje ke? offline boleh aida guna?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY