Kebaikan Anak Bermain "Kotor"...

Sumber dari Google
Ada segelintir ibu bapa yang kurang selesa atau tidak suka jika anak kecil mereka mula mencuit-cuit atau mengusik-usik kemudiannya menguli pasir yang kotor. Secara logiknya, disebabkan pasir tersebut terdapat banyak kotoran najis, sisa sampah dan bermacam jenis bakteria yang pasti boleh membawa jangkitan penyakit kepada anak anda. Tetapi? Menurut artikel di SINI, sebenarnya kotoran itu bagus kepada si kecil.  Setakat ni Ash belum lagilah bermain pasir atau dibawa bermain pasir... Ha ha ha, In Shaa Allah, ada rezeki akhir tahun 2015 ataupun awal tahun 2015 akan main pasir juga budak kecil tu... 

Kenapa sebenarnya kotoran itu bagus kepada si kecil? 

Elak Daripada Penyakit
Menurut kajian, membiarkan anak bermain dengan kotoran akan mengelakkan mereka terkena penyakit seperti asma dan alahan. Penyelidikan yang sama juga mendedahkan kanak-kanak yang tiada alahan adalah kanak-kanak yang membesar dalam rumah yang terdedah kepada alergen dan bakteria  berbanding mereka yang terlindung daripada kotoran ini yang cenderung menghidap alahan dan asma. Ini kerana kanak-kanak yang berada dalam persekitaran steril tidak dapat membina kekebalan badan seperti mereka yang terdedah kepada "bahaya" tersebut.  

Pengalaman Penting
Sebenarnya pengalaman bermain sama ada dalam atau luar rumah adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kini berlaku penurunan dalam bilangan kanak-kanak yang melibatkan diri pada aktiviti bermain di luar rumah. 

Anak Semakin Aktif
Semakin meningkat usia anak anda bermakna semakna bijak dan aktif. Aktiviti luar banyak memberi peluang kepada kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan aktif yang penting untuk pembangunan kemahiran motor kasar mereka. Antara aktiviti tersebetu seperti berjalan, mengimbangi, mengejar, membuang dan menangkap. 

Proses Pembelajaran
Bermain secara aktif boleh merangsang dan mencipta peluang untuk kanak-kanak mempelajari dan membangunkan kawalan diri. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkeyakinan adalah yang cenderung melibatkan diri untuk bermain fizikal dengan kawan-kawan. 

Membina Sistem Imun
Bermain secara aktif juga membina sistem imun badan anak membesar sebagai anak yang sihat dan cergas.

Interaksi Sosial
Kanak-kanak yang biasa bermain di luar rumah bersama kawan-kawan lebih cenderung untuk membangunkan kemahiran interaksi sosial mereka dengan kawan-kawan.

Apa yang nak dimainkan? Bermain di luar rumah adalah tempat yang ideal untuk kanak-kanak bermain dalam "permainan kotor" yang melibatkan alam semulajadi, misalnya bermain dengan daun, pasir, air, cat, batu bata, batu, kulit kayu, tumbuh-tumbuhan dan bunga.  

Di mana mereka nak bermain? Jika rumah anda ada halaman, biasakan si kecil bermain di situ seperti berkebun, bermain air dalam kolam besar, bermain buih sabun. Jika tiada halaman anda boleh bawa anak ke taman permainan yang menyediakan pelbagai aktiviti semula jadi untuk meransang deria mereka. Akan tetapi bila membawa anak kecil ke taman permainan...silalah teliti dan jaga betul-betul keselamatan mereka... Boleh juga rujuk di entri lama Farah yang bertajuk Keselamatan Anak Di Taman Permainan...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kebaikan Anak Bermain "Kotor"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. anak akak kalau masa kecil dulu mmg tak boleh kotor2 gini..mula lah kaki dia menjengkek..skrg ni main bola tgh pdg bsh pun dia redah je.

    ReplyDelete
  2. Salam wbt. :)

    Kanak² sekarang lebih banyak main gadjet.

    Badan pun lemah. Mata cepat rosak.

    Main kat luar memang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Anak saya lelaki ,rumah pulak kat bawah..memang benda2 ni tak boleh nak elak..petang2 ada je benda dia buat..cabut pokok bunga..angkat pasir letak dalam kasut..kadang2 pening tapi nak larang pun tak elok..hahah..

    ReplyDelete
  4. setuju. even sy xde anak lg pun sy rasa bagus utk tumbesaran otak.

    ReplyDelete
  5. betul...

    sebab kita masa kecik2 lagi champion main kotor...main uli tanah main panjat pokok ...masuk longkang semer hahahah sebab tuh skrg jadi bijak pandai hahahha eh tetiba kannnnnnnnnnnnnnn hahahha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY