Home » , , , , , , » Jadual Tambang Komuter Mulai 2 Disember 2015

Jadual Tambang Komuter Mulai 2 Disember 2015

Sumber dari Google
Sepatutnya semalam lagi Farah dah "publish" entri ini dan mungkin juga ramai yang telah mengetahui tentang kadar kenaikan tambang komuter yang telah dijadualkan untuk bermula pada 2 Disember 2015 nanti. Tak ada apa yang tak naik sekarang ini. Semuanya naik. Itulah hakikatnya Malaysia sekarang ini. Kos sara hidup semakin hari semakin tinggi kan? Tidak kira pada yang memandu kenderaan sendiri mahupun yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. 

Menurut laman-laman akhbar utama yang melaporkan, rata-ratanya Farah baca dan melaporkan bahawasanya punca kenaikan kadar tambang baru komuter ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaraan yang telah meningkat setiap tahun. 

Sedikit informasi mengenai kadar kenaikan tambang komuter pada 2 Disember 2015 adalah: 
  • Tambang KTMB Komuter akan naik dari 4 sen satu kilometer (KM) dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. 
  • Kadar kenaikan tambang baru ini adalah mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.
  • Diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch'n Go). 
  • Diskaun sebanyak 24 peratus bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus untuk tiket bulanan. 
  • Pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pangajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus.
  • Tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikekalkan iaitu 50 peratus daripada kadar tambang tunai manakala kanak-kanak berumur bawah 2 tahun adalah percuma. 
Sebenarnya ok tambang komuter dinaikkan bagi Farah kerana kali terakhir bagi KTM komuter melakukan pelarasan tambang adalah pada bulan Februari 2013. 

Jadual Tambang Komuter Secara Tunai


Jadual Tambang Komuter Tanpa Tunai


Sumber : Malaysia Kini

Bila menyediakan entri tentang komuter, rasa macam nak bawa anak teruna tu naik komuterlah satu hari ni nanti.... Sibuk hari-hari dengan "teinnn...teinnn"... Yang bermaksud "train"... Bagi dia rasa naik komuter pula, asyik naik kereta pun bosan juga yer tak? Ha ha ha...sesekali cipta kelainan dari kebiasaan... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jadual Tambang Komuter Mulai 2 Disember 2015, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, November 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. sedihnyaa sayaa....gaji camtuh j....makan lagi...pergerakan lagi...bila nk bergerak dengan public transport...kena kerja keras lagi laa mcm ni....bila nak kahwin ni.... hailaaa.....kenapa laaa semuanya naik waktu aku nak kumpul duit kahwin...huuuuuu....kereta belum ada lagi....waaaaaa

    ReplyDelete
  2. kecian kat rakyat.. nak jimat tol dan minyak..naik pulak pgangkutan awam nye tambang huhuh

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY