Home » , , , , , » HIDUP | Sekarang Dah Tak Sama Macam Dulu...

HIDUP | Sekarang Dah Tak Sama Macam Dulu...


HIDUP | Sekarang dah tak sama macam dulu... Permulaan 2015 dimulakan di sebuah organisasi besar yang dikenali ramai. Hidup di alam pekerjaan pada waktu itu segalanya indah belaka pada dasarnya pada awalnya...Semuanya nampak manis-manis ajer dan nampak indah-indah belaka. Faedah pun boleh tahan... Masuk bulan kedua, hidup di alam pekerjaan itu semakin penuh dan padat dengan pelbagai perkara. Ianya sebuah institusi yang bagus, dikenali ramai dan juga ternama. Tetapi di sebalik keindahan itu tidak semuanya indah ok? Muahahaha... Sebiji epal yang ranum dan nampak ranggup di luarnya tidak semestinya isinya tidak dimakan ulat kannn??? 

Rakan sekerja semua bagus, tiada masalah di dalam komunikasi ataupun di dalam apa jua perkara. Cumanya, perjalanan hidup di alam kerjaya di situ adalah agak getir sedikit di mana sejak bermulanya tiada "proper handover" yang dilakukan, Farah terpaksa "struggle" dan "juggling" sendiri untuk memahami "workflow" dan cara budaya mereka bekerja. Farah terpaksa berkayuh sendiri seorang diri di dalam banyak perkara, tiada arah yang tepat dan bahagian Farah tiada rakan sekerja yer...Muahahaha... Seorang diri jadi "lone ranger"... "Confidential Secretary" mana nak ada "sparring partner" yer tak? Bidang tugas "top secret" sangat kaedahnya...Bha ha ha... Semakin lama semakin sibuk, semakin lama semakin awal datang, seawal 7.00 pagi dan semakin lama semakin lewat pulang ke rumah, selewat 9.00 malam. Dah tu? Bila masanya nak nampak muka anak? Bila masanya untuk keluarga? Oooo tak boleh, tak boleh... 

Perangainya Farah, bila Farah rasa sesuatu itu tidak seiring dan Farah tak nampak bagaimana positifnya keadaan itu boleh berubah... Farah sendiri akan mengambil tindakan drastik sebelum ianya jadi melarat. Bukannya takut dengan cabaran, bukannya diri bermasalah, tetapi sebelum Farah mula tidak menampilkan prestasi yang baik ataupun sebelum Farah mula kebosanan serta dah ada perasaan tak ley gi dah...Rasanya baiklah ambil keputusan untuk melangkah kaki dari situ kann??? 

Setelah berfikir semasak-masaknya... sewaktu di dalam proses pencarian yang baru... Tepat 31 Julai 2015, Farah keluar dari situ. Perasaan? Ha ha ha... Lega oiiii... Sangat-sangat lega... Lepas satu bebanan... Gembira sangat-sangat...Akhirnya kulepaskan jua... Kalau ada yang bertanya, jika mereka mendapat tawaran tersebut... He he he, jawapan jujur Farah adalah... Kalau RM6,000 sebulan sekalipun gaji bulanan yang ditawarkan...Silalah fikir semasak-masaknya...Faham kannn??? Ha ha ha... Tak guna gaji tinggi melangit tetapi hati tidak gumbira bila bekerja oiiii... 

1 Ogos 2015, secara aktif memulakan pencarian. Kehidupan di waktu itu? Bangun pagi selesai kerja rumah apa yang patut, kemudiannya luangkan masa bersama Ash dan kemudiannya bila dia tidur di waktu tengah hari, Farah akan keluar ke kafe siber untuk kerja-kerja blog dan juga meneruskan pencarian. Tidak lama selepas itu, Alhamdulillah rezeki Ash agaknya... Bertalu-talu panggilan temuduga yang masuk. Tinggal  nak pilih jer mana yang nak mana yang tidak. Sebelum memilih, haruslah buat sedikit "research" tentang sesebuah organisasi itu. Oooo... Itupun, ada kalanya apa yang terlihat di laman web itu tidak sama apa yang sebenarnya yer? Jadi jangan rasa bila dah buat "research" tu anda tidak tertipu. Fokus pada waktu itu adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang baru... Uhukss...kakak ada komitmen dan kakak ada mulut yang nak disuap oiii... Bukannya kakak "single mingle" dan tak ada komitmen. Keutamaan adalah kebajikan Ash dulu, keperluan Ash dulu... Biarlah apa pun keadaannya janji anak semua cukup... Gittew... 

Ogos 2015, Farah mula bekerja di sebuah organisasi yang kelihatan macam tak ada apa di luar dan tawarannya memang menarik. Siap ada bilik sendiri lagi ko...Bha ha ha... Sebab kerja memang berkait rapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut. Perghhh, memang "frontage" tip top lah "chuolls"... Nampak semua indah-indah dan menjanjikan kemanisan beserta dengan tawaran gaji yang boleh tahan. La la la... Tapi entah kenapa, pada waktu itu walaupun telah mula bekerja, hati masih tidak mahu berhenti mencari dan mengharapkan peluang lain tiba. Ahakss...bukan tak reti bersyukur, serasa seperti macam ada sesuatu yang tak kena... Naluri Farah tidak pernah menipu oiiii.... "Judgement" mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Nak tau tak? 

Dari rakan-rakan sekerja...mereka beraya dengan gaji bulan Jun 2015, gaji bulan Julai 2015 masih belum dibayar lagi. Dan ada juga di antara mereka yang bergelar jurutera, gaji bulan Mac 2015 baru sahaja dibayar. Masih berhutang lagi baki gaji-gaji bulan-bulan yang seterusnya sehingga yang terkini. Bila ditanya...ada masalah bayaran dari klien sedikit. Huk aloh, sampai giteww sekali sangkutnya...Tapi Farah pujilah, mereka yang "stay" lama di situ memang tahap kesabaran mengharungi dugaan hidup tu tinggi. Tapi bagi Farah pula berbeza, kenapa perlu meletakkan kepala di mulut buaya jika kita sudah tahu keadaannya... Bagi memastikan ada sedikit pendapatan di samping pendapatan dari blog... Farah "stay" sampai akhir bulan dan sehingga mendapat pembayaran gaji untuk bulan Ogos 2015. Pro-rata lah pun, sebab tarikh mula kerja adalah pada minggu kedua Ogos 2015. 

Selepas pembayaran gaji yang pertama dan terakhir itu...ha ha ha, kembali duduk di rumah dan meneruskan kehidupan seperti sebelumnya... Waktu-waktu begini memang dimanfaatkan dengan kerja-kerja blog yang ada, serta pencarian kerja. Alhamdulillah, pada waktu-waktu macam tu, kerja-kerja blog sebenarnya banyak membantu meringankan apa-apa yang patut diringankan serta memenuhi komitmen yang perlu dipenuhkan. Tup tup tup... satu hari terima panggilan dari "Miss A" - "boss" baru Farah sekarang ini, untuk menetapkan tarikh temuduga melalui telefon. Pada tarikh yang ditetapkan kami pun melalui sesi temuduga melalui telefon. 

Tidak lama selepas itu, dapat pula panggilan temuduga kedua dari sebuah organisasi yang memerlukan khidmat Farah secepat mungkin walaupun pada hakikatnya Farah menunggu panggilan telefon kedua dari "Miss A" beserta berita gembira. Ha ha ha... Disebabkan memerlukan, Farah menerima tawaran dari organisasi tersebut buat sementara waktu. Tidak sampai seminggu di organisasi tersebut, panggilan yang ditunggu dan dinanti tiba jua akhirnya dari "Miss A". Taklah kata "confident" seratus peratus Farah dapat tawaran, tapi hati seolah-olah berbunga riang. Sememangnya sasaran Farah ingin sertai organisasi tersebut yang mempunyai seramai 65,000 orang pekerja di seluruh dunia. Organisasi tersebut telahpun beroperasi sejak 89 tahun yang lalu. 

Rupa-rupanya "Miss A" membuat panggilan untuk "invite" Farah ke sesi temuduga muka ke muka kerana Farah telah berjaya di peringkat saringan yang pertama. Ini peringkat saringan yang kedua. Ambil cuti tanpa gaji dan hadiri sesi temuduga muka ke muka tu. Sedikit pengalaman ketika menghadiri sesi temuduga tersebut. Farah telah ditemuduga oleh Pengarah Urusan "Mr. H.E." , Pengurus Kewangan, Pengurus Sumber Manusia dan Pengurus Korporat. Tu diaaa... sekali sekumpulan...Hamik ko... Sesi berjalan dengan lancar...Alhamdulillah, kata hati mengatakan Farah akan dapat tawaran...Hamboiii ko fikir ko hebat dan boleh yakin sangat ko dapat tawaran? Ada satu "statement" dari "Mr.H.E"... "Where do you get those flare and accent in good English?"... Habis tu ko ghase ko nak jawab apa? Sebab diri ini taklah rasa hebat mana pun...Wakakakaka... Jawapan selamat... "I mixed a lot, I've experienced working for expatriate before and I love to reads English Novel and some English Literature books"... Dah habis cerita... Hu hu hu... 

Sesi berakhir dengan lancar...Alhamdulillah, dapat tawaran bekerja keesokkan harinya...Sujud syukur mak nokss.... Terima kasih Allah atas rezeki ni...Rezeki Ash... Tawaran gaji? "Private and Confidential"lah...tetapi ianya satu permulaan baru yang bagus... Makanya, HIDUP sekarang ni dah tak sama macam dulu lagi dah... Walaupun 2015 mencabar, tetapi Alhamdulillah, Allah terus beri kekuatan serta ketabahan untuk Farah lalui dan Alhamdulillah, Farah berjaya tempuh fasa itu... Sabar itu memang indah dan sabar itu memang manis... 

HIDUP, sekarang dah tak sama macam dulu kerana kini tanggungjawab perlu digalas dengan sebaik-baiknya sebab Allah dah berikan apa yang Farah impikan, apa yang Farah hajatkan...Peluang keemasan tidak datang selalu... Peluang yang baik bukannya senang nak dapat...Di sini, bermulanya perkembangan kerjaya yang Farah harapkan...Doa dan harapan agar semuanya menjadi semakin baik dan baik dari sehari ke sehari... Pengakuan jujur yang Farah boleh katakan, di sini hanya Farah dan juga seorang lagi rakan kerja yang berbangsa Melayu di pejabat...Yang lainnya... 50% adalah dari Jerman, 30% berbangsa Cina dan 20% berbangsa India. Yang menariknya, di sini tiada langsung unsur perkauman, semangat berpasukan, sangat "friendly", "resourceful" dan suka mengajar orang baru...Sedikit pun tidak lokek ilmu...Sungguh..Bukan Farah buat-buat cerita... Memang ini kenyataannya... Farah dapat suasana "happening" yang Farah nak tu dan setiap hari melangkah ke pejabat dengan perasaan yang berbunga-bunga dan riang di hati...Seronok jer rasanya bekerja...Saat mula bekerja sehingga tamatnya waktu kerja tak rasa langsung waktu tu lambat berjalan... Alhamdulillah... Positif dan terus positif... Owhhh... Pengarah Urusan sebaya Farah seorang yang berbangsa Jerman, rakan-rakan di dalam pejabat pun di dalam lingkungan umur yang sama... Ha ha ha...Jadi memang sekepalalah kan? Ini memang tempat yang terbaik dalam banyak-banyak tempat yang Farah pernah bekerja... 

Nak bina keluarga dah terbina dah keluarga tu...Cuma perlu "maintenance" jer agar kekal terjaga segala keperluan dan kebajikan...Sekarang ni dah tiba masa untuk fokus kepada Ash yang semakin membesar, perkembangan kerjaya dan yang tak pernah tinggal adalah Bubblynotes.Com...Mana boleh tinggal kannn??? Sesibuk mana pun, Farah tetap akan mencari ruang dan peluang untuk menyediakan hidangan di Bubblynotes.Com... ;-)

*Syukran Ya Allah di atas rahmatMu dan juga rezeki yang Engkau berikan... Semoga ianya terus mekar dari sehari ke sehari... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel HIDUP | Sekarang Dah Tak Sama Macam Dulu... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. fuhhhh habis fiza baca kak . Alhamdulillah, Allah selalu bersama orang yang SABAR . Semoga kakfarah selalu dilimpahi rezeki dan berjaya dunia akhirat .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah seronok baca farah dah dapat apa yang dicari. Moga farah terus happy mencari rezeki & menimba pengalaman disitu. Kalau ada vacancy, rogee roger akak ye hehe

    ReplyDelete
  3. moga terus berjaya dan bahagia kak farah.alhamdulillah dapat kawan pejabat yg supportive.

    ReplyDelete
  4. pengalaman mengajar erti hidup kan,semoga terus sukses dan di permudahkan segala urusan selepas ni...ingat kesenangan juga adalah ujian,sentiasa lah kita bersyukur dan ingat waktu2 susah kita sebagai panduan dan pengajaran...itu yang sue pegang dlm hidup...

    ReplyDelete
  5. Mcm2 penglmn selagi hidupkan...moga lbh seronok di tmpt baru...

    ReplyDelete
  6. all the best farah kat tempat baru ;)

    ReplyDelete
  7. FUhh..memang emncabar sangat rasanya perjalanan kerja yang akak lalui..semoga akan seindah selamanya dan kekal sampai bila-bila.. Aida pun nak mencari jugak macam akak..semoga ketemu yang abik baik juga..Amin!

    ReplyDelete
  8. akak...ade vacancy tak??kalau ade halo-halo lah nory...hihihih

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Rezeki Allah tu tersedia untuk orang yang tak putus asa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Dia

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY