Cara Ukur Kaki Anak Sebelum Beli Kasut...


Kasut ni dulu adalah pemberian Atuk Pink Panther Ash... Errr, tiba-tiba teringat Pink Panther... Entah kenapa semenjak dua tiga menjak ni asyik teringat pada Pink Panther. Untuk yang tidak tahu, Pink Panther ni adalah "boss" Farah sewaktu Farah bersama dengan "medical company" dulu... Dia memang banyak belikan Iman Ash barangan, dari baju, sehingga ke kasut sehingga ke makanan dan juga permainan. Setiap kali dia pergi ke luar negara, pasti ada buah tangan untuk Iman Ash... Sayangnya jodoh bekerja bersama Pink Panther tak panjang. 

Dari pemberian dialah Farah kenal dengan jenama See Kai Run ini. Bermula dari situ, Farah memang suka dengan jenama See Kai Run ini disebabkan? Ciri-ciri keselamatan yang ada pada kasut ni dan juga rekabentuk kasut ni yang pada Farah cantik. Sekarang ni dah tak muat dah kasut ni, tetapi Ash tetap ambil dari simpanan dan suruh pakaikan. Sayang betul dia kepada pemberian Atuk Pink Panther yang ini. Berkenan lettew pada dia tu...Ha ha ha... Sebab tu jugalah Farah sibuk juga mencari jenama ni sekarang untuk gantikan... Tadi sempat jugalah kerling-kerling di laman web, rasanya ada di Mothercare... Wahhh bolehlah guna keahlian Mothercare begini... ;-) ... Sebab belum rasmi lagi keahlian Mothercare tu... Dengan keahlian boleh ada diskaun... Ihikss... 

Kasut kanak-kanak yang ada di pasaran memang semua menarik rekaannya. Yang menarik tentang See Kai Run, ianya ada tapak yang "grip" dengan kuat, jadi risiko tergelincir itu memang kurang dan rekaan memang "one of it" yang "unbeatable"... Jangan beli kasut hanya semata-mata tertarik dengan harga dan rekaan sahaja yer? Akan tetapi yang lebih penting adalah keselesaan anak anda sepertimana kasut Clarks yang terkenal dengan kriteria memastikan keselesaan dan keselamatan kanak-kanak terjamin. Sebelum membelikan anak anda kasut ada beberapa langkah yang mesti dilakukan sepertimana yang dikongsikan oleh artikel dari SINI

Suruh Anak Anda Berdiri
Untuk mendapatkan ukuran saiz kaki yang betul, kanak-kanak mesti berdiri tegak. Pastikan kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi tegak, kerana adakalanya kanak-kanak suka membengkokkan ibu jari mereka. Pastikan anak anda memakai stokin. Ini akan memberikan sedikit ruang ketika mengukur dan beranggapan yang anak anda akan sentiasa memakai stokin setiap kali menyarung kasut tersebut.

Gunakan Pembaris Untuk Mengukur Kaki
Ketika mengukur saiz kedua belah kaki anak anda gunakan pembaris. Ukur kedua kaki anak daripada tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki mereka. Oleh kerana setiap kaki mempunyai saiz yang sedikit berbeza anda boleh tambah sama ada 1/4 inci (6.35mm) hingga 1/2 inci (1.27cm) dalam ukuran untuk menganggarkan tumbesaran si kecil. Kemudian gunakan ukuran spesifik untuk menentukan saiz kasut yang sebenar. 

Gunakan Ibu Jari Untuk Menentukan
Semasa proses menentukan saiz sebenar kaki anak, gunakan ibu jari anda untuk menentukan sekiranya ibu jari kaki anak melebihi hujung bahagian dalam kasut. Sentiasa lebihkan ukuran kira-kira 1/2 inci di antara ibu jari dengan hujung kasut. 

Suruh Anak Berjalan
Sebelum membeli kasut yang diukur, suruh anak anda berjalan dalam kawasan kedai supaya anda boleh melihat bahagian tumit kaki anak. Jika bahagian tumitnya agak longgar dan kasut akan bergerak ke atas dan bawah, kasut tersebut akan menyebabkan kakinya melepuh. 

Pilih Kasut Yang Sesuai
*Pastikan kasut untuk anak anda adalah fleksibel. Membeli kasut yang sempit membuatkan anak sukar membongkokkan kaki mereka serta tidak sihat atau tidak selesa. 

*Pilih kasut yang mempunyai kelebaran besar. Tulang kaki anak sangat lembut sebelum mereka mencecah usia 4 tahun, jadi kasut yang lebar memberikan ruang kepada kaki mereka untuk membesar dengan betul.

*Pilih kasut yang diperbuat daripada material yang boleh menyerap peluh seperti kanvas, kain atau kulit. Kasut ini membolehkan peredaran udara lebih baik semasa kaki anak berada dalam kasut.

*Pilih kasut yang mempunyai bunga (tapak) yang baik dan elakkan daripada memilih kasut yang bertapak licin untuk menjauhkan risiko anak anda terjatuh dan tergelincir. 

Tips Beli Kasut Anak Kecil... boleh dibaca melalui pautan yang telah Farah pautkan di dalam tajuk yang Farah "bold" kan... Ianya entri Farah pada sebelum ini... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Ukur Kaki Anak Sebelum Beli Kasut... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 26, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Alamak tak pernah tahu pun jenama ni sis..... huhu.... duk hutan....

    ReplyDelete
  2. Pestime dgr jenama kasut ni..yg pnting keselesaan kan sis

    ReplyDelete
  3. Kite dlu cr brand kiko aje.. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY