"Ash's Morning Drive"...


Muka tak gosok gigi tapi dah basuh muka dan salin lampin pakai buang di waktu pagi seawal 7.30 pagi. Cantik jer "timing" dia bangun dan macam bau-bau jer yang Mommy nak gerak pukul 8.00 pagi ke pejabat. Sejak-sejak Farah mula bekerja di tempat yang baru ni, waktu bergerak ke pejabat tu memang lewat juga dari sebelum-sebelumnya. Kalau dulu, seawal seusai Subuh dah "shoot" ke pejabat disebabkan nak mengelakkan Lebuhraya Persekutuan yang semakin hari semakin teruk kesesakkannya tu, kini tidak lagi. Farah tak perlu sakit dada menahan berbagai-bagai perasaan tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan lagi dah. 

Sekarang ni jika bergerak ke pejabat pukul 8.00 pagi, 8.30 pagi - 8.45 pagi memang dah sedang-sedang elok sampai ke pejabat kerana waktu bekerja bermula pada jam 9.00 pagi. Jujurnya, Farah rasa lebih baik dari dulu. Tidak terlalu lama menghabiskan masa di atas jalan lagi dah. Iyalah, mungkin faktor umur pun ya, bila umur dah semakin meningkat, dah tak mampu rasanya nak berlama-lama sangat terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas. Ahaksss bunyi macam dah kertu sangat dah usia yer tak? Walhal baru nak cecah 33 tahun pada 24 November 2015 ni. 

Sebenarnya bagus juga Farah dapat keluar ke pejabat dengan masa begini. Bukannya apa terfikir, Ash semakin membesar, sampai satu ketika nanti, dia akan pergi ke sekolah. Bila dah pergi ke sekolah, sekurang-kurangnya Farah sendiri dapat menghantar Ash di waktu pagi dan mungkin di waktu tengah hari, ataupun petang Atuk dia boleh ambil dia dari sekolah. Lebih kurang macam tulah perancangan Farah. Jadi seorang ibu seperti Farah yang berjauhan dari suami kebanyakan pada masa memang perlu fikirkan perkara-perkara seperti ini dengan lebih awal. Kemampuan untuk "predict", merancang dan "come-up with contingency plan" tu perlu sentiasa ada. Sebab, Farah mahu segalanya tersusun dan teratur buat Ash. Kira-kira macam ala-ala tak "hick-up" lah... Farah ok jer... Tak ada masalah pun bagi Farah sebab sememangnya Farah dah terbiasa berdiri di atas kaki sendiri pun selama ini tanpa mengharapkan atau terlalu ada keterbergantungan kepada sesiapa pun. Sebab Farah selalu ingatkan diri Farah, dalam apa pun keadaan kita kena tahu bagaimana untuk "survive" sendiri sebab tak semua orang akan ada bersama kita di saat-saat kita sangat memerlukan. Jika ada, syukurlah Alhamdulillah... "You are blessed..." gittew... Kena biasakan diri sebegini untuk Farah, jadi jika terjadinya apa-apa yang tidak dijangka kita tahu bagaimana untuk mengendalikan serta mengatasi serta tidak menyalahkan orang lain semata-mata di atas ketidakmampuan mereka untuk menghadirkan diri ketika kita rasa kita begitu amat memerlukan... 

#ehhh ini macam dah jadi cerita lain jer ni??? Ha ha ha... Ok, berbalik kepada "Ash's Morning Drive"... Al-kisahnya, sekarang ni, naik lemak dah pandai dah... Pagi dia akan tetapkan masa untuk bangun dari tidur pada antara pukul 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi. Perkataan pertama yang muncul dari bibir comel itu... "Meee..."... Makanya, Mommy pun terpaksalah cuci muka dia, salinkan lampin pakai buang dia dan kemudiannya bawa dia mengelilingi taman perumahan sekali dengan 2 stesen. Pertama, belikan Nek Ma dia sarapan pagi dan kedua singgah ke 7-E belikan dia air Vitagen sebotol. Dapat upah dah lah... Hantar dia semula dan barulah Mommy boleh bergerak... 

Seronok kan dia kan? Dalam jadual dia dah ada "morning drive"... Dia macam tau-tau ajer... Itulah, itulah yang dimaksudkan ... "You are not answerable to anyone with regards to your life arrangements"... Manusia memang suka mempersoalkan dan cuba mengorek dan bermain teka-teki semata-mata nak tahu sisi kehidupan orang lain..Hik hik hik... Tapi hakikatnya, mereka tak tau pun apa alasan atau sebab di sebalik sesuatu tindakan seseorang itu. Mereka rasa mereka tahu, tetapi sebenarnya mereka tak tahu. Mereka cuba meneka, tapi malangnya tekaan itu tidak tepat. 

Macam kisahnya Farah mencari pekerjaan lain dan bertukar kerja lain...Bukan kerana suka sangat nak melompat-lompat kerja atau suka-suka...Ketahuilah, setiap pergerakan Farah, setiap kelakuan Farah, setiap percakapan Farah dan setiap apa yang Farah ceritakan ada sebab di sebaliknya bukan sekadar suka-suka...Dan sebab itu takkan ada sesiapa pun yang akan dapat agak selagi tak keluar cerita dari mulut Farah sendiri... Dengggg...;-) "Don't be quick to judge and don't be quick to make your own conclusion"... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Ash's Morning Drive"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Semakin tembam Aish ni tau..
    Rasa auntie nak cubit2 jer pipi tu :)

    ReplyDelete
  2. kemain ash sekarang eeeee bila la cik sue nak cubit lagi dia ni grrr hahahah

    ReplyDelete
  3. hahah..wajib setiap pagi ye farah..bijak Ash ni..tunggu dah besar sikit lain pulak benda yang dia minta selain vitagen..

    ReplyDelete
  4. Ank mnja mommy ni hihi...best apa r
    D bawa round2 kan walau sekejapan

    ReplyDelete
  5. pagi pagi cukai ummy dulu ea..hihihi...

    ReplyDelete
  6. beruntung nyer ash. ada morning drive. ada umah vitagen :)
    aida ni pun kan, farah. if ada masa, memang akan amik peluang anta anak2.
    tapi apa kan daya, now hanya dpt anta kakak2 ke skola.
    bcoz kena kuar awal utk sampai ke opis yg jauhnya 80 km dari umah.
    ijat ayah dia yg incharge.
    if not dulu kala, ketiga2 diorang tu aida la yg uruskan.
    dari diorang kecik hingga la besar :)

    ReplyDelete
  7. Labuh pipi dia... Mak selalumakan cekodok ke ash.. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY