26.11.2015 | "Officially 2 Years Old!!!"


26.11.2015 | Secara rasminya Iman Firash Bin Husaini berusia 2 tahun. :-) Besar dah anak manja Mommy yer? Sungguh sekejap masa itu berlalu meninggalkan kita. 2 tahun yang penuh dengan warna dan Ash melengkapkan lagi hidup Mommy. Susah, senang, suka, duka, gembira, bahagia, turun, naik, berjaya kita tempuhi bersama dengan tenang kerana Ash adalah penguat semangat Mommy dan juga pendorong utama Mommy. Untuk Ash apa sahaja Mommy tak lakukan? Semua Mommy redah dan semua Mommy lalui. :-). 

Selang sehari jer dengan ulangtahun kelahiran Farah. Farah 24.11 dan Ash 26.11. "Perfect timing!"... Ngeee... Sebenarnya kalau boleh dulu nak "gynae" bedah 24.11.2013. Barulah serentak kan? Akan tetapi disebabkan doktor kata terlalu awal dan paru-paru walaupun dimatangkan melalui suntikan Dexamethasone, risiko amat besar buat Ash maka kita turutkan aturan Allah SWT dengan Farah melalui pembedahan pada 26.11.2013. Pssst, secara jujurnya memang kami mengira kalau hamil bila-bila-bila dan bila-bila-bila pula waktu jangkaan bersalin. Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan kami. Syukur. Ash lahir di bulan yang sama dengan Farah dan jaraknya sangat dekat! :-).

Sambutan ulangtahun kelahiran Ash yang kedua ini sememangnya bersifat minimalis. "Not to fancy and no birthday party". Berkadaranlah dengan keadaan Farah yang baru sahaja mula bekerja di pejabat kembali kannn? Sederhana itu cukup jika ia sudah cukup membahagiakan. :-). 


Kasih Atuk Ash dan kasih Nek Ma Ash... Kek aiskrim dibelikan. Ash kan suka aiskrim? Maka kek aiskrimlah menjadi kek sambutan ulangtahun kelahiran buat Ash. Alhamdulillah, rezeki Ash dari Atuk dan juga Nek Ma dia. Bolehlah Mommy tumpang sekaki dua kaki kan? Ha ha ha, Mommy kan pengemar aiskrim tegar? Saat kek aiskrim dibeli dengan melihat bungkusannya saja pun Ash dah terlebih-lebih teruja. Sibuk suruh buka. Tak sabar sangattt dah tu. 


Bila bungkusan kotak dibuka di rumah jer... Secara automatik bunyi yang keluar dari mulut dia, "ooooo wowwww". Wow-lah sangattt kannn Iman Ash??? Yang benarnya dia teruja tengok "animals" atas kek tu. Allahuakbar, kalau anda sendiri tengok bagaimana telatah Ash pada waktu itu, mungkin anda juga akan tersenyum melihat keterujaan dia. 


Jujurnya disebabkan Ash dah terlampau teruja, tak sempat tunggu matahari terbit dah. Malam 25.11.2013 jugalah dia tidur lewat selewat-lewatnya. Nak tak nak pukul 12 tengah malam kami berempat memenuhi kehendak dia, nyalakan lilin. Bila lilin dinyalakan barulah dia berhenti dari jadi becok! 


Nampak tu nampak? Tahan mata dia... Macam tau-tau jer semalam adalah hari ulangtahun kelahiran dia, sengaja tidur lewat kannn??? Tapi ok juga sebenarnya sambut seawal mungkin sebab Mommy tak cuti khas untuk Ash tahun ni kan? Sebelum Mommy pergi kerja, dapat juga sambut seawal mungkin bersama. 


Nak potong sendiri ok? Atuk ke? Nek Ma ke? Mommy ke? Jangan cuba-cuba nak pegang! Nanti dia menjerit. Biarlah kek hari lahir dia, buatlah sesuka hati Ash. Selepas dia dah konon-konon potong, Mommy ambil pisau potong kek dari tangan dia dan Mommy potongkan untuk Atuk, Nek Ma dan dia. Habis licin sepotong kecil dia kerjakan dan minta lagi! Aiskrim kannn? Sukalah dia... Puas hati dia dapat "blow candle" walaupun tak terpadam satu tu, hanya terpadam dengan bantuan Mommy... Ha ha ha dan dapat potong kek yer? 



Alhamdulillah, dia gembira! Alhamdulillah, dah 2 tahun dah dia. Doa Mommy untuk Ash yang tak pernah berhenti... Semoga anak manja Mommy ni sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT, dimurahkan rezeki, membesar sebagai anak yang soleh, mentaati Allah, diberikan kesihatan tubuh badan, kejayaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat hendaknya. In Shaa Allah, Amin. Juga semoga Ash sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. 

Mommy bagi hadiah apa untuk Ash? Haaa itu cerita nanti... 'Surprise!!!'... Kena tunggu dulu hujung minggu ni "which is tomorrow" sebab belum terjadi lagi kannn??? Tak jadi lagi mana boleh kongsi atau cerita... Kena tunggulah dulu... ;-) "Don't kill the excitement!"... Tak "best"lah kannn? Nanti tak lah jadi "surprise"... Ihiksss... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 26.11.2015 | "Officially 2 Years Old!!!", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, November 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Sanah helwah Ash yang makin comel dan hensem! Moga menjadi anak soleh untuk abah dan mommy dunia akhirat ye. Dah besar dah kak long tengok Ash ni, tapi maintain bambam dan sihat hehe alhamdulillah. Sedap kek tu ... untuk kak long takde Ash?? haha :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semoga menjadi anak yang boleh membanggakan mommies ye...happy bday Ash

    ReplyDelete
  3. hepi belated besday!

    sedapnye tgk kek tuuu

    ReplyDelete
  4. Wahh kek aiskrim dapnya..da bsr da Ank mnja mommy ni

    ReplyDelete
  5. salam ulangtahun kelahiran yang ke dua Iman Firash..moga menjadi khalifah yang berbakti pada agama,ibu bapa dan negara..moga setiap perjalanan ash dirahmati Allah SWT..amin...amin..amin.. *sebak la pulak*

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY