Yang Mommy Cemburu...

Farah Waheda Wahid
9

Yang Mommy dia sewaktu zaman-zaman anak dara dulu, sibuklah pakai bulu mata pelesu semata-mata nak bulu mata lentik ala-ala Che' Ta...Muahahahaha... Gigih hari-hari pakai bulu mata palsu bila nak pergi pejabat, nak pergi "outing"... Itu dululah dulu, sekarang tidak lagi...Ahaksss... Sekali-sekala jer bila ada keraian ataupun keramaian gittew...Kalau sempat dan kalau rajin... Bila zaman kemalasan nak memakai bulu mata palsu dah tiba dan zaman memakai bulu mata palsu tu dah menjadi zaman Paleolitik, timbullah pula kegigihan menggunakan "lash curler" sebelum mengenakan maskara... 

Semuanya semata-mata kerana? Semata-mata kerana nak bulu mata Che' Ta. "Envy" sangat dengan bulu mata Che' Ta tu tau... Tapi bila lahir-lahir jer Iman Firash, tak payah "lash curler", bulu mata dia walaupun tidaklah selebat mana sangat tetapi tetap panjang-panjang, tetap lentik-lentik... Dushhh... Cemburunyaaaa.... Ha ha ha... Dengan anak sendiri pun nak cemburu... Kalau ikut Mommy dia memang bulu mata sikit dan tak lentik ler kan kalau tak dilentikkan... Tapi Mommy dia tau, dia ikut siapa... Jeng jeng jeng... Sebab sewaktu Mommy dia mengandungkan dia suka sangat tenung bulu mata seseorang tu... Sebab bulu mata seseorang tu memang semulajadi lentik... Ekekekeke.... 

Siapa tu? Orangnya adalah Abah Ash...Orang mengandung suka makan beraslah, gigit kukulah atau tabiat-tabiat lain, tapi Farah? Suka sangat tenung bulu mata Abah Ash... Hobi sewaktu mengandung... Hamik!!! Terus melekat pada Ash...Tapi tak apalah kannn? Sesuatu yang baik bukannya tak baik... Dan dah tentu-tentu harus Ash mewarisi serba sedikit "features" Abah dia. Dah namanya pun Abah dia... Ok ok paling tak sanggup nak dengar bila ramai juga yang kata Ash fotostat Abah dia...Huaaaaa... Tak kannn? Tak kannn? Ash dengan Mommy kan fotostat? 

Hari-hari dok "admire" bulu mata anak sendiri...ko dah kenapa? Muahahaha...Tapi Farah memang suka tengok orang yang ada bulu mata dan mata yang cantik... Tak kira bayi, kanak-kanak ataupun dewasa... Ada tak yang sama dengan Farah? Suka tengok orang bermata cantik dan dalam hati teringin nak anak sendiri ada mata serta bulu mata yang cantik? 

Sumber dari Google
Perghhh ini betul-betul cantik... Sebenarnya kannn, nak kongsi nih... Ada satu petua yang Farah terserempak di SINI, tapi khusus untk ibu-ibu yang ingin melentikkan bulu mata anak anda dan ibu yang menyusukan anak-anak kecil mereka dengan penyusuan susu ibu. Bagaimana caranya? Sapukan bulu mata anak anda dengan susu ibu setiap kali selepas menyusukannya. Amalkan selalu dan anda akan dapati bulu mata bayi anda semakin lebat, lentik dan cantik. Adoiii, kalau tau dulu sewaktu Ash masih menyusu seketika tu, terus sapu...Ha ha ha...Punyalah suka tengok bulu mata lentik kannn???

Hah..Apa lagi, sesiapa yang nak anak bermulu mata lentik tu, silalah cuba...Ekekekeke... Ada yang komen di artikel tersebut, petua ni memang menjadi...Jadi bila ada yang mencuba dan menjadi, tak salah kann kiranya anda mencuba??? 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. haaa...nak try kat Naura dan fiyah la...tapi fiyah dah ada bulu mata yang panjang dan lebat...cuma tak lentik je..

    ReplyDelete
  2. alolo..yg yang buat mkn berknan kat ash..hihi

    ReplyDelete
  3. Guna susu ibu untuk lentikkan mata bini orang macam Sha nih boleh tak kak farah?? hahhahaa ! Ada gak baca petua sapu Vaseline gel...

    ReplyDelete
  4. cuba jangan tak cuba..ibu2 pun kalau dah terdesak boleh cuba la sapu susu sendiri kat bulu mata..ekekek...mana la tau kot2 menjadi jugak..ada akar2 bulu mata yang kembali aktif..siapa tau..kan?/hahah

    ReplyDelete
  5. lentik macam bulu mata mommy dia tu.. :d

    ReplyDelete
  6. Haha.. Klau buat kat maknye sendiri jadi tak petua nih..

    ReplyDelete
  7. Hahaha... I know how you feel... I pun ada perasaan itu juga bila tengok bulu mata anak saya... terutamanya bila bulu mata saya pendek sesangat... huhuhu ;((

    ReplyDelete
  8. Kawan kt ofis ni pulak ada kata sapu minyak buah keras. Bagi lebat bulu mata, kening, rambut suma. Hehe

    ReplyDelete
  9. patut la farah selalu tenung mata i is... hahahhaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !