Ya!!! Buat-Buat Kuat Walau Hakikatnya...

Farah Waheda Wahid
2

Amboiii tajukkkk kemain meraih bunyinya. Tapi jangan silap sangka ini bukanlah entri meraih namanya. Ha ha ha... Ini entri hakikat seorang ibu yang tiba-tiba rasa nak diomelkan memalam buta nih. #ehhh pepagi buta. Silap pula...Ahaksss...

Seperti yang digebang-gebangkan melalui status Facebook, Ash kurang sihat dari malam 30 September 2015 hari tu. Demamnya kebah di siang hari dan di malam hari memuncak pula seperti yang dikongsikan di dalam entri sebelum ini Jaga Malam??? Biasalah Tu... Bacaan tak lari 39.2, 38, 37 di waktu malam, siangnya 36. "I am not that superstitious" sampai nak fikir yang bukan-bukan sekiranya ada perkara lain dan tidak mahu melatih pemikiran sikit-sikit fikir lain, sikit-sikit fikir lain. Positif saja dan sangka yang baik-baik saja. Tetapi kakak berdasarkan logika. Kalau tak kebah-kebah selama lebih seminggu tu mungkinlah kena mencuba rawatan alternatif secara Islamik di Darul Syifa' sepertimana sewaktu dia kena "fits" dulu tu bilamana dah keluar hospital, demam disahkan kebah tapi bila tiba waktu malam demam panas yang amat. Menangis-nangis bila dipasangkan ayat ruqyah dan bila Farah bacakan surah Al-Quran. 

Owhhh, itu cerita lain yang perlu diketepikan dulu. Tapi secara rumusannya dekat 2 minggu lebih jugalah menanggung. Hurmm, tak apalah. "Let by gone be by gone"... Biarlah suami, sahabat terdekat, ibu bapa Farah saja mengetahuinya. 

Ok bersambung, bila dah demam tu, merengeknya, meragamnya dan "clinging"nya lain macam gayanya. Terlebih sikitlah kannn??? Tak boleh lepas langsung. 1 Oktober 2015, baru mula menjejakkan kaki ke pejabat semula. Bila dah lama tak ke pejabat, haruslah semangat tu berkobar-kobar nak "perform" kembali. Serba-salah juga nak ke pejabat sebenarnya tetapi tidak boleh tidak Farah mesti ke pejabat juga. Seperti yang diceritakan juga siang harinya Nek Ma membantu menjaga Ash seketika. Perasaan??? Huishhh, toksah cakaplah bergelodaknya macam mana. 

Bila pulang ke rumah, memang dia tak lepas Farah. Tahan ajerlah. Ha ha ha. Ko letih macam mana ke? Lesu macam mana ke? Anak tetap anak... Lebih-lebih lagi tak sihat. Dah jadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan? Selama 2 malam berturut-turut juga tidak tidur langsung. Memang "win" betul. Sebab Ash tak mahu sesiapa melainkan Mommy di waktu malam. Jaram dengan air daun Bunga Raya Putih yang diramas. Letak Kool Fever, tuala basah, bagi makan ubat mengikut masa dan juga tak lupa sumbat sebiji "suppository". 

Wahhh hebatnya sampai tak tidur 2 malam? Amboiii tak naklah mengaku hebat sebab diri ini tak adalag sehebat mana punnn... Ya!!! Buat-buat kuat walaupun hakikatnya 1 Oktober 2015, hari pertama masuk pejabat, tekak dah mula terasa perit dan badan mula rasa tak selesa. Malam pula diserang selsema... Kalau hidung tu dah mengalir ibarat air sungai yang deras. Wakakakaka... 

2 Oktober 2015 iaitu semalam di pejabat, keadaan semakin bertambah teruk. Mata dah mula terasa panas dan "BINGO"!!! Kakak demam adik-adik. Tetapi masih bekerja seperti biasa. Lawan penyakit tu. Cuti sakit??? Memang dari sekolah selagi boleh bangun selagi itulah diteruskan. Balik rumah seperti biasa, teruskan tugas menghadap Ash yang masih kejap panas, kejap sejuk. Walaupun hakikatnya taklah gagah mana tetapi tetap buat-buat kuat. Demi anak yang lebih memerlukan. 

Rasa mata nak letak mancis ke sebab dah tak larat nak buka, rasa nak baring jer ker kalau boleh, rasa lapar ke? Semua diketepikan demi anak walau orang kata diri sendiri pun nak kena jaga. Sebab? Ash lebih memerlukan Mommy. Tak adalah pula emosi ke? "Blues" ke? Atau nak cakap apa-apa kan? Alhamdulillah, terima ujian Allah dengan hati terbuka. Bukan buta perasaan, muahahaha, tapi memang Alhamdulillah Allah bagi ketenangan. Jujur... Sejujur-jujurnya itu apa yang Farah rasa... 

Cuma di sini nak beritahu, seseorang ibu itu ada masanya tidaklah sekuat mana kederatnya bila diri sendiri juga dalam keadaan yang tak berapa nak sihat, tak cukup tidur dan tak cukup makan. Tapi, seseorang ibu itu, tidak kira ibu mana-mana pun, bukan Farah sahaja yer? Akan secara automatik menjadi lebih kuat dari apa yang dijangkakan tanpa merasa apa-apa atau terasa apa-apa demi anak-anak. Di depan mata dan kotak pemikiran adalah agar anak sejahtera jer. Lain-lain memang tak fikir dah... Itulah dia seorang ibu, demi anak bagaimana pun akan digagahi tanpa sebarang rungutan. 

Lebih-lebih lagi, budak ni memang ada sejarah kena "fits" kan? Jaga tu memang ekstra sikit bila demam melanda dan memang tak lepas walau sesaat. Yang penting bagi Farah, cari solusi dan berusaha serta bertawakal kepada Allah agar insiden hitam itu tidak akan pernah berulang lagi. Kecut perut oiii... In Shaa Allah tidak...Amin... 

Alhamdulillah, hari ini badan sudah mula sejuk seperti biasa, tidak "clinging" sangat, dah mula menyepah (ya, Mommy rindu itu) dan mula becok serta berlari ke sana ke mari di dalam rumah seperti kebiasaan. Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Sujud syukur kakak tau! Lega rasa hati... Ha ha ha... Sekarang tiba masa Mommy pula layan demam, sakit tekak dan selsema Mommy nih.... 

Tapi demam tak demam pun tugasan hakiki dan tugasan sampingan tetap perlu dijalankan seperti biasa. Kalau tidak dapur tak berasap oiii... Hu hu hu... Demi anak juga nih... Pastinya bukan Farah seorang jer melalui situasi dan keadaan ini bila bergelar ibu. Ramai juga di luar sana kan? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !