Tidur-Tidur Ayam...


Alaaa... Biasalah ni, cerita mak-mak yang ada bayi ataupun anak-anak kecil. Cerita berjaga malam. Ihiksss... Berkali-kali dah juga ber-entri tentang jadi burung pungguk ataupun tidur yang tak berapa nak berkualiti nih. Ha ha ha... Ada bayi, ada anak kecil, adatlah tu... Tak ada yang pelik dan tak ada yang nak macam "oh wowww" gittew. Semua orang yang bergelar ibu dan bapa pasti merasa "moment" ni... Dan setiap dari kita pasti ada pengalaman masing-masing dan seorang ibu yang bergelar blogger pasti tidak lari dari menceritakan perihal pengalaman ini. Tak banyak sedikit pasti ada. 

Kakak pun sama jer... Ha ha ha... Sewaktu Ash baru lahir, pada 3 bulan pertama tu agak teruk juga. Bila malam jer bawa ke 3 pagi memang berjaga mengendoi Ash dalam pangkuan dan dakapan. Ha ha ha... Sampai Abah Ash berbunyi... "Ni kenapa ni anak bujang Abah yang sorang ni? Anak orang lain semua dah tidur tau..."... Nak buat macam mana? Sewaktu dalam perut pun memang aktifnya pada waktu malam... Yang maknya pula memang berjaga malam sampai ke Subuh leka dengan blog. Mengikutlah dia yer tak? 

Masuk 4 bulan ke atas, Alhamdulillah secara beransur-ansur waktu antarabangsa dia tu dah mengikut waktu Malaysia. Muahahaha... Sehinggalah sekarang ni dia elok jer ikut waktu Malaysia. Cuma sesekali bila dia rasa nak ikut waktu antarabangsa tu adalah juga "once in a blue moon" kaedahnya. 

Jadi dah berkualiti ke tidur sekarang? Tak jugaaa... Tidur-tidur ayam juga. Ahaksss... Selagi tak berhenti menyusu selagi itulah tidur-tidur ayam yer... Berbeza dengan ibu-ibu yang menyusukan anak melalui penyusuan ibu yang mana di malam hari jika anak mahu menyusu terus sorong jer dan anak di dalam dakapan... Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak melalui susu formula atau susu bancuhan seperti apa yang Farah berikan pada Ash... Ada kerja tambahan sedikit yer... 

Apa kerja tambahan tu? Iyalah rezeki kita nak menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif tak panjang dan anak kita pun tidak berapa nak berkenan sangat dengan susu ibu kerana selepas usia 2 bulan jer, jika diberi susu ibu dia akan muntah balik sampai hampir birat mukanya... Bila dia dah tak mahu makanya produktiviti susu tu semakin lama semakin hilanglah kannn? Terjadilah kerja tambahan dan bila malam menjelma tak dapatlah nak sorong terus kalau anak nak menyusu. Kerja tambahannya adalah anda harus gagahkan diri bangun ke dapur untuk membancuh susu anak. 

Dalam mamai-mamai, penat macam mana pun, mengantuk macam mana pun tetap perlu bangun juga yer. Bancuh susu anak tu. Kesian anak nak menyusu. Takkan nak biar anak lapar susu pula malam-malam kan? Gigih tak? Gigih tak? Ha ha ha... Salah satu perkara dan pengalaman yang menarik sebenarnya. 

Berapa kali pula Ash menyusu malam-malam dan Mommy dia bangun membancuh susu??? Agak-agak berapa? Pukul 12.45 am sekali, pukul 2.45 am sekali, pukul 3.50 am sekali, pukul 5.30 am sekali... Itu kadar biasa bermaksud 4 kali dalam semalam. Akan tetapi jika dia kurang makan nasi atau tak nak makan nasi langsung untuk hari tersebut... Boleh jadi sejam sekali menyusu di waktu malam... Bergantung kepada keadaan... 

Ash ni siangnya menyusu tak berapa kerap... Malam memang kuat menyusu. Bancuhlah Mommy oiii selagi boleh nak membancuh... Esok-esok rindu saat membancuh nih... Ha ha ha... Tapi... Cara Ash menyusu sedari usia 7 bulan... Selepas menyusu dia secara automatik akan minta air suam. Bilas dengan air suam gittew. Tak ajar tetapi itulah Ash. 

Anggaran Farah lah, tidur-tidur ayam ni akan berlangsung bergantung selama mana Ash belum bercerai dengan botol susu. In Shaa Allah, sampai masa dan ketikanya Ash akan dilatih untuk minum susu dari cawan khas dia sebelum tidur. Sekarang ni pun sebenarnya, Farah dah mula kurangkan penggunaan botol secara berperingkat-peringkat tetapi tidak ketara ibarat menarik rambut dalam tepung... rambut tak putus dan tepung tak berserak... Tiada paksaan tetapi secara perlahan-lahan... Farah tak nak memaksa... Tetapi menggunakan pendekatan secara perlahan-lahan... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tidur-Tidur Ayam..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, October 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. uih...Banyak kali la mommy kena bangun kan..Berbanding awfiyah,masa dia berumur 3-12 bulan la rasanya,banyak kali jugak.But now malam sekali je..ataupun terus pagi ummi nak gi kerja,buatkan untuk dia..

    ReplyDelete
  2. huhu..mesti letih sgt kan mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  3. anak2 ble dh pndai main memang tidur kejap je..kita la kdg2 nak naik tension..sbb nnti kalau die tak cukup tidur..buat perangai, merengek..kita la yg penat

    ReplyDelete
  4. Hehe...dahaga sungguh ash di malam hari ye...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY