The Last Witch Hunter

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Ini petang semalam punya hal-lah ni... Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas daripada waktu pejabat, macam biasa, tersekat di Lebuhraya Persekutuan seketika. Sewaktu sedang tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas tu macam biasa, kalau mata tak pandang telefon pintar, mata memandang ke arah sekeliling... Melilau-lilau mencari pemandangan menarik yang boleh dipandang. Ahaksss...Apa yang menariknya jerebu-jerebu nih? Wakakakaka... Tiba-tiba mata tertancap pada satu poster wayang. #ehhh Vin Diesel... Ha ha ha...Bukan perasan tajuk filem tu dulu, perasan Vin Diesel tu dulu. 

Abang Vin Diesel ni walaupun botak tetapi dia botak yang "smart" ok? Ha ha ha, kakak memang suka kalau dia berlakon. Apa sahaja yang dilakonkan oleh dia setakat ini semua kakak akan tonton ok? Tak kira cepat ataupun lambat, di panggung ataupun di rumah. Kalau di ASTRO tu, ada jer filem lakonan Vin Diesel ditayangkan cepat-cepat kakak rekod. Iyalah, jadi mak-mak ni mana ada masa nak menghadap televisyen sangat. Ada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Kadang-kadang berebut siaran dengan Iman Ash. Ishhh...dia memang dah pandai dah...sebutnya... "Karrr...Karrr..." bermaksud tukar... Tengah sedap-sedap orang menonton sesuatu tayangan tu, alih-alih ada bos kecil pula yang beri arahan untuk tukar saluran...Dush dush dush... 

Ok, berbalik kepada poster filem tu kannn...Sebenarnya itu adalah filem terbaru Vin Diesel yang bakal ditayangkan pada penghujung bulan Oktober ini iaitu The Last Witch Hunter... Macam best jerrrr... Gigihlah pergi ke YouTube dan mencari "trailer" filem tersebut... 


Bila dah tonton "trailer" lagi rasa nak tengok filem penuh...Ha ha ha, tapi kena tunggu penghujung Oktober 2015 ni lah kan...Dan semestinya, pemburu ahli sihir perempuan yang terakhir itu adalah Vin Diesel...Sedikit sinopsis yang boleh dikongsikan dari sumber di SINI

The modern world holds many secrets, but the most astounding secret of all is that witches still live amongst us; vicious supernatural creatures intent to unleashing the Black Death upon the world. Armies of witch hunters battled the unnatural enemy across the globe for centuries, including KAULDER, a valiant warrior who managed to slay the all-powerful QUEEN WITCH, decimating her followers in the process. In the moments right before her death, the QUENN curses KAULDER with her own immortality, forever separating him from his beloved wife and daughter in the afterlife. Today, KAULDER is the only one of his kind remaining, and has spent centuries hunting down rogue witches, all the while yearning for his long-lost loved ones. However, unbeknowst to KAULDER, the QUEEN WITCH is resurrected and seeks revenge on her killer causing an epic battle that will determine the survival of the human race. 

Antara para pelakon lain selain dari Vin Diesel adalah Elijah Wood, Rose Leslie, Olafur Darri Olafsson, Julie Engelbrecht dan Michael Caine. Macam harus tengok jer nih? Ha ha ha, walaupun tak ada siapa yang kata wajib tonton kan? Sebab apa, sebab jalan ceritanya agak menarik dan pasti penuh dengan misteri dan aksi nih... 

Errrr...siapa nak "date" dengan kakak pergi tonton The Last Witch Hunter ni nanti? ;-P

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sempat eh...hehehehe...akak pun minat gak Vin Diesel ni..nak-nak dia berlakon citer Fast Furious...ensem...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Farah,
    Lakonan Vin Diesel biasanya tak menghampakan.. :-?

    ReplyDelete
  3. Orait. dah nampak 1 filem best nak nonton. Hehehhe. terima kasih ya!

    ReplyDelete
  4. Memang tak miss la kalau citer omputih ni.. Hehe

    ReplyDelete
  5. ni kira antara orang botak yang handsome >.<

    ReplyDelete
  6. sukaaaa Vin Diesel! Sado & sora macho, cair dengaq hehe

    ReplyDelete
  7. Saya dah tengok citer ni semalam . Memang saya suka . Lebih bagus dari Mission Impossible. Filem macam ni la yang saya tunggu. Supernatural. Saya juga suka citer2 bunuh pompuan jahat macam bunuh witch dalam citer ni. Kalau saya ada power pun saya akan bunuh pempuan jahat jugak, hehe... filem terkini

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !