Teknik Mengajar Anak Sejak Bayi

Sumber dari Google
Pegang ajer label ibu, label bapa memang nahhh senarai perkara yang perlu dilakukan untuk anak-anak. Bukan sekadar memegang label sahaja telah menjadikan kita sebagai ibu bapa yang berjaya. Banyak perkara atau kerja yang perlu dilakukan bagi memastikan keperluan, perkembangan serta kebajikan anak itu terjaga. Pegang label ibu, pegang label bapa semua orang boleh yer tak? 

Anak-anak ni memang perlu dididik semenjak bayi lagi sebab itulah ada pepatah mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi bagaimanakah teknik untuk kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak sejak bayi? 

Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. 

Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti span pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang bermanfaat.

Jangan Berbahasa Bayi! 
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ianya sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap.

Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap dengan orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan "nenen" yang mewakili susu atau "mamam" untuk makan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata, 'pandai' sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadangkala, bayi anda mungkin akan menggigit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek disekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun, anda kena bersabar untuk nelakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia peganag dan boneka kecil untuk dia melihat. Namun, pastikan ruang penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan selamat.

Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukanlah sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukannya dengan baik sekali.

Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yangvterlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah masa untuk melakukannya. Jangan biar dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang oendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Sumber: SINI

Betul setiap anak itu berbeza tahap penerimaan serta kemampuan namun itu bukan tiket untuk kita redha dan berserah semata-mata setakat mana yang terbaik yang mampu anak berikan. Tidak salah jika kita turut sama berusaha membantu supaya anak mampu mengeluarkan potensi sebenar diri mereka yang mungkin terselindung dan mereka tidak tahu bagaimana caranya nak "drive towards the best that they could achieve". Anak-anak memerlukan bantuan ibu bapa terutamanya di dalam perkara ini kerana mereka sendiri masih belum mampu untuk mengenali potensi diri mereka yang sebenar. Selain guru, ibu bapalah orang yang paling penting di dalam perkembangan anak-anak.

Jika sudah berusaha dengan sebaiknya dan anak hanya mampu mencapai satu-satu tahap... In Shaa Allah... Sabar... Pasti ada cara lain atau jalan lain untuk membantunya. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Teknik Mengajar Anak Sejak Bayi, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, October 30, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. sekarang ni tengah dok ulang2 bab warna dengan mikhail..sebab warna ni dia mudah sangt lupa..padahal 123,ABC tu boleh je ingat..pelik betul..jadi hari2 dok ulang pasal warna..

    ReplyDelete
  2. Very good tips! InsyaAllah ada anak nanti akan cuba amalkan.:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY