Home » , , , , » Tanda Pakaian Anda Terlalu Banyak...

Tanda Pakaian Anda Terlalu Banyak...

Sumber dari Google
Kata tak ada pakaian yang nak dipakai, kata dah bosan asyik-asyik pakai pakaian yang sama ajer... Akan tetapi sebenarnya kannn...Kadang-kadang kita ni tak sedar yang pakaian kita sebenarnya banyak... Kita rasa tak, tapi hakikatnya ya, pakaian kita sebenarnya banyak. Bila rasa macam tak ada pakaian yang boleh kita pakai selain pakaian yang sama jerrr... Mulalah kita ni nak menambah koleksi kan? 

Haaaa...siapa macam ni? Farah adalah salah seorang yang tidak terkecuali melalui situasi ini dan menghadapi situasi ini. Sehingga ke saat ini pun masih terasa perkara yang sama. Nek Ma Ash lah yang selalu membebel bila Farah membeli pakaian baru. Hua hua hua... Ada satu ketika tu sampaikan rod di dalam almari pakaian boleh patah. Uhuksss... 

Apa tandanya sebenarnya pakaian anda tu terlalu banyak??? Menurut satu artikel yang Farah terbaca di SINI...

Almari Tidak Boleh Ditutup
Bukannya sebab pintu rosak, tetapi kerana terlalu banyak baju yang disumbat. Sampai kadang, buka pintu baju-baju terus jatuh tergolek di bawah.

Gembira Jumpa Baju Yang Lama Tidak Dipakai
Sesekali hujung minggu, anda berpeluang untuk susun baju di dalam almari. Tiba-tiba boleh jumpa baju yang 2 tahun sudah tidak dipakai di ruang yang paling ceruk dan bawah. Bukan ke rasa teruja? Ya, itu sebab banyak koleksi dalam almari.

Asyik Beli Penyangkut Baju
Beli baru sebab nak sangkut baju yang tidak boleh dilipat. Terus sangkut di mana yang sesuai. Itu tanda paling nyata yang baju anda sudah banyak!

Susunan Baju Tidak Teratur
Main letak dan janji masuk dalam almari. Anda sebenarnya kena beli almari baru bukan main sumbat. Nanti kalau pasangan cari barang dia tak jumpa, lagi jadi parah.

Kena Asingkan Ikut Jenis
Tiba-tiba anda rajin susun jenis pakaian antara yang kecil dan besar. Sebab kalau bercampur boleh jadi 'pakaian kecil' hilang setiap hari. Banyak sangat dah tu baju...

Ambil Masa Pilih Baju
Siap dengan termenunh dan gali balik bajj yang disusun menyebabkan anda buang masa untuk bersiap. Bukan ke ini satu bukti yang anda sudah terlalu banyak ada baju?

Ada Semua Warna
Setiap kali ada jamuan makan atau memerlukan anda pakai ikut tema, anda punya baju. Semua jenis warna ada cuma bezanya jenis potongan dan jenama. Banyak sungguh ni!!! 

Baju Baru Tak Muat
Banyak sangat koleksi yang dibeli sampai kadang diri sendiri lupa ada baju baru yang belum dipakai. Sampai masa, nak cuba pakai baju itu pula tidak muat. Tak rasa kecewa ke? Daripada anda membazir, lebih baik anda fikir dulu sebelum beli pakaian baru. Tapi ikut sukalah kan? Ha ha ha... Duit anda masing-masing... Siapa ada hak nak larang? 

Buang Yang Lama, Dapat Yang Baru
Sampai terpaksa buat jadual untuk membeli-belah dengan pasangan. Ya, elok juga sebulan sekali anda kemas almari dan sedekahkan baju kepada orang yang lebih memerlukan jika anda jenis suka pakai baju baru.

Kenal Dengan Penghantar Baju
Ink pun sebab dah terlalu banyak sangat pesanan atas talian, penghantar barang pun sudah boleh cam muka anda. Pelanggan tetap, katanya... Heee...

Sebenarnya kadang-kadang kita sedar hakikat yang pakaian kita terlalu banyak dan buat-buat tak sedar sebab nak sedapkan hati sendiri nak terus membeli baju baru... Nafsu tu nafsu... Bha ha ha... Tapi tulah pakaian tak banyak pun susah, banyak pun susah.. Sebab pusing-pusing kot mana pun mesti akan menghadapi keadaan dan situasi di mana, anda tak tau nak pakai yang mana satu... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tanda Pakaian Anda Terlalu Banyak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, October 26, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Akak pun sama..kdg baju tu elok lagi tapi bila ternampak dlm gambar..eh..mcm dah ada 2 3 kali pakai baju yg sama utk function @ holiday tempat berlainan...

    ReplyDelete
  2. sy da x tau kt mana nk sumbat dgn baju2 yg dah byk sgt tu. nak kasi kat org, org pun mungkin x nak nk buang syg nak hntr ke rumah ank yatim... mmm... sudahnya pening sendiri ;-)

    ReplyDelete
  3. sebijik mcm sya,,, kena lelong baju separuh...

    ReplyDelete
  4. Hahahhaha terkena batang hidung sendiri...sebenarnya ju baju banyak tapi tak muat hahahhahah tu je, rasa nak sedekah je kat sapa2 baju tu huh

    ReplyDelete
  5. hahaha macam terkena kat anum nie
    hehe

    ReplyDelete
  6. kena buat prelove sale la kalo dah byk sgt btl x? hehe

    ReplyDelete
  7. huhuhu.. rasa kalau almari besar lagi byak baju. :d

    ReplyDelete
  8. setuju sangat...siap ada drawer yang lobos...huhuhu...

    ReplyDelete
  9. hahaha.. yg 1st tu betul sgt... tapi tulah kan, kita pompuan ni cepat bosan bila dah pakai bj sama je hehe alasan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY