Home » , , , , , , » Tanda Anda Merasa Selesa Dengan Pekerjaan Anda...

Tanda Anda Merasa Selesa Dengan Pekerjaan Anda...

Sumber dari Google 
Aura positif dan suasana yang positif sangat Farah pentingkan di dalam sesebuah organisasi yang Farah "attached". Bila ada aura positif ianya membuatkan diri kita selesa untuk bekerja. Mana ada sesuatu pekerjaan apabila kita bekerja dengan sekumpulan manusia tidak ada politik? Tidak ada aura negatif? Setakat nilah melalui pengalaman Farah sendiri, tidak banyak sedikit pasti ada perkara-perkara yang membuatkan Farah rasa kurang selesa. 

Nak dapat keserasian tu, nak dapat keselesaan yang kita idamkan tu bila bekerja bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semua pejabat yang kena dengan jiwa kita, tidak semua pekerjaan yang akan membuatkan kita selesa seterusnya mendorong kita untuk tahu mana arah tujuannya perkembangan karier kita untuk jangka masa panjang yang akan datang. Jodoh serasi tu memang memakan masa. Bagi yang bernasib baik, cepatlah jumpa destinasi pilihan untuk "settle down" dan tak perlu kalut malut mencari pekerjaan lain yang kita rasakan sesuai buat diri kita. Bagi yang kurang bernasib baik, perlulah terus mencuba sehingga mendapat sesuatu pekerjaan yang besesuaian dengan kita. 

Konflik kerjaya tidak akan pernah selesai apatah lagi yang baru membina tapak di alam pekerjaan. Pernah terfikir sama ada pekerjaan anda sekarang sama ada faktor tempat kerja, suasana, rakan sepejabat malah gaji sekarang berbaloi dan cukup untuk menanggung diri? Adakah kerja yang anda lakukan sekarang adalah pilihan tepat walaupun ada kalanya masih ragu-ragu? 

Kajian sekumpulan pakar psikologi antarabangsa menurut artikel di SINI mendapati beberapa keadaan dan suasana yang mampu meyakinkan pekerja generasi muda  untuk merasakan keputusan yang dibuat adalah betul. Tujuh tanda rasa selesa di tempat kerja sekali gus menjadikan pilihan anda adalah terbaik untuk membina kerjaya:

Tidak Rasa Bekerja 
Tanda yang paling mudah dilihat adalah bagaimana anda boleh bekerja tanpa rasa bekerja. Lambakan kerja di atas meja terasa boleh dikawal, ada cabarannya tetapi terasa sebagai sesuatu yang sangat menyenangkan dan menambah pengalaman. Tidak pernah sedikitpun anda rasa sia-sia melakukan kerja sekarang.

Tidak Pernah Berkira
Setiap kali menghasilkan sesuatu atau menyiapkan tugasan walaupun masa kerja sudah habis, anda tidak pernah merungut. Ia semata-mata untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang. Tidak pernah terlintas untuk cemburu dengan kerja orang lain yang lebih mudah atau lebih sedikit. Malah anda terfikir untuk menghasilkan lebih baik lagi. Anda menikmati pengembaraaan dan pengalaman dalam setiap pencapaian yang dilakukan di dalam pekerjaan seharian. 

Hubungan Rakan Seimbang
Pekerjaan yang dilakukan sekarang sesuai dengan anda. Anda tidak menghadapi sebarang masalah di antara kehidupan peribadi dengan rakan sekerja, apatah lagi hubungan antara keluarga. Aura positif dan sokongan orang sekeliling mampu buatkan diri rasa mudah untuk hadapi cabaran walaupun kerap muncul saat getir.

Ada Masa Bercinta
Bila kerja terlalu lama, ia secara tidak langsung boleh mengongkong kehidupan sendiri sehingga tiada masa untuk bercinta. Mungkin anda perlu menyusun semula masa yang ada atau mencari pekerjaan yang tidak mengganggu urusan peribadi, walau sesibuk mana sekalipun perlu juga asingkan waktu peribadi selain kesibukan kerja.

Tidak Menyesal
Paling jelas, sesuatu pekerjaan yang menyenangkan dan sesuau dengan anda akan membuatkan diri swntiasa bermotivasi dan ingin melakukan lebih daripada yang diminta. Ertinya, walaupun sudah sekian lama bekerja, tidak pernah terdetik untuk diri berasa buang masa. 

Rasa Puas 
Juga penting, diri akan merasa puas setiap kali berjaya melakukan sesuatu. Meskipun keinginan membuak untuk terus memperbaiki diri namun anda berasa bahagia dengan apa yangvsudah anda lakukan. Bahkan kadang-kala diri berasakan pekerjaan ini sesuatu yang boleh anda nikmati pada bila-bila masa mahupun ketika masa lapang.

Semangat Kembangkan Idea
Dalam rutin kerja seharian, apabila anda merasa bersemangat dan sentiasa berusaha untuk lahirkan idea baru, ertinya anda selesa dan menyukai bidang pekerjaan itu. Anda tahu bahawa setiap pekerjaan pasti ada risikonya, namun tidak penat untuk membangunkan diri dan menyumbangkan idea dalam setiap usul baru yang syarikat umumkan.

Memandangkan Farah adalah jenis yang mementingkan kepuasan serta keselesaan di dalam bekerja... Iya Farah akui, itulah ciri-ciri yang Farah selalu timbangkan di dalam memutuskan sama ada sesuatu pekerjaan itu adalah bersesuaian buat Farah ataupun tidak. Politik pejabat salah satu faktor tetapi bukan faktor yang utama kerana selalunya Farah adalah "IGNORANCE" dan mengelakkan diri dari terjebak dengan politik pejabat. Ahaksss, "this means... I only listen to all the gossips and do not involve in gossiping about the office.". Dengar boleh, lepas tu habis takat tu jerlah tak bawa ke mana-mana punnnn.... 

Lompat kerja atau "job hopping"? Budaya di Barat... lompat kerja ni adalah sesuatu perkara yang biasa yang tidak perlu dihairankan sangat dah zaman sekarang ni kerana dalam zaman kos sara hidup yang semakin meninggi dari sehari ke sehari manusia lebih tertarik kepada pekerjaan yang menawarkan sesuatu yang lebih kepada mereka. Bunyi macam materialistik tetapi itulah kenyataannya. Di sini pula keadaannya, ada syarikat yang kisah dan ada syarikat menerima dengan keterbukaan minda tentang budaya lompat kerja. Jika ada yang menawarkan sesuatu yang lebih kenapa tidak mengambil keputusan untuk berhijrah yer tak? Ambil cabaran itu dan hadapinya... 

Tetapi jika nak lompat kerja pun janganlah sebulan dua bulan di syarikat A selepas itu sebulan dua bulan di syarikat B kemudian C dan D dan seterusnya. Jika anda jenis yang suka melompat kerja, sekurang-kurangnya susun strategi anda bagi cantik sedikit, contohnya 4 tahun atau 5 tahun. Kalau anda rasa ingin setia pada sesuatu syarikat kerana berasa positif dan yakin serta selesa teruskan. Jangan lepaskan sesuatu yang baik demi sesuatu yang lain yang belum tentu lagi. Tidak ada salah tidak ada betul di dalam pilihan untuk melompat kerja atau tidak. 

Ada orang selagi tidak bertemu apa yang dia mahu dia tidak akan berhenti mencuba. Ada orang yang selesa sekiranya setia. Ianya adalah bergantung kepada individu. Yang penting anda tahu apa yang anda lakukan untuk perkembangan kerjaya anda sendiri. Bukannya mengikut apa yang orang lain lakukan atau katakan kepada anda walaupun ada kalanya anda perlu kutip pendapat yang ketiga. Yang melalui, yang menghadapi adalah diri anda dan bukannya orang lain. Jadi, "you gotta know your own standings"! ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tanda Anda Merasa Selesa Dengan Pekerjaan Anda..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Bagus semua diatas tu farah, julia pun salah seorang warga kerja parlimen yang sedang merasa selesa disini, itu yang tak minta tukar tu wpun masa padat mlm bertemu tengah pagi seakan rasa bila nak jumpa waktu siang cerah hahahha...i love my job!

    ReplyDelete
  2. Bila ada aura positif memang seronok bekerja :D

    ReplyDelete
  3. Bila ada aura positif memang seronok bekerja :) Happy Working kak Farah :)

    ReplyDelete
  4. Hmmm... Selesa ke tak eh dengan kerja yang ada... Apa pun suka dgn kerjaya guru, tapi side kerja selain mengajar tu ygbuatkan diri ini tak suka kengkadang..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY