Shoo, Shee, Shore, Aishhh, Cik...


Dia duduk sedang bermain a.k.a. memunggah set Playdoh dia. Mommy duduk bersila berhampiran dia, melayan manis-manisnya tayangan Hello Mr.Perfect sementara menanti berita jam 8 malam. Sambil-sambil tu memantaulah kannn??? Biarkan dia melakukan apa sahaja "as he please" tanpa membiarkan... Muahahaha... Faham kan maksud Farah? 

Bila dia memunggah set Playdoh dia, dia akan menyusun bekas-bekas Playdoh seperti menara tinggi-tinggi. Tetapi kali ini berlainan sedikit dari bunyi ayam belanda yang biasa dia keluarkan. Kali ini bunyinya sebutir-sebutir dan jelas kedengaran... Shoo (two), shee (three), shore (four), aishh (five) dan cik (six)... Mula-mula seakan tak percaya tapi hati dah melonjak kegembiraan kerana ini satu perkembangan baru yang baik... 

Kemudian dia ulang lagi sekali... Sayangnya tak sempat merakam cuma terpahat di memori ini dengan jelas. Alahaiii Ash, jujurnya tak tergambar perasaan Mommy nih haaa... Jika sebelum ini sebutannya melompat-lompat... Kali ini dia sudah menyebut dengan lebih teratur... Begitu juga dengan huruf roman...2 hari yang lepas Farah memakai baju Mickey Mouse dengan tulisan Mickey 1928... Dia duduk menghadap Farah dan menyebut secara berterabur sambil menunjuk-nunjuk dengan jari telunjuk dia huruf dan nombor tersebut... Emmm (M), Shoo (two), ek (eight) dan Y untuk Y... Dia dah mula kenal... 

Teruja? Tentulah teruja sebab bukan membebani fikiran anak dengan sesuatu yang tidak berkadaran dengan usianya tetapi mencuba mendidik secara santai yang kini telah terlihat sedikit demi sedikit keberkesanannya. Harapan tu tinggi, tapi tidaklah pula memaksa... Jika Ash boleh kenal huruf dan angka serta huruf hijaiyah seawal ini, Farah lebih bersemangat untuk terus berusaha mendidik Ash. Jika dapat membaca di usia awal...Alhamdulillah... Mudahlah Farah ke peringkat yang seterusnya di dalam didikan Ash. 

Farah mempunyai misi Farah yang tersendiri untuk Ash bukan untuk sesiapa atau agenda apa-apa. Farah tak berani nak kata misi Farah akan berjaya, tetapi Farah berusaha sebaik mungkin dan tidak sesekali memaksa Ash. Ia bergantung kepada penerimaan, pencernaan serta penghadaman Ash. Biar dia "absorb" dengan cara dia tetapi Farah terus berulang-ulang melakukan tanpa memaksa Ash langsung. Farah percaya sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang akan membuahkan hasil tidak cepat, lambat, tidak lambat, cepat. In Shaa Allah segalanya dengan keizinan Farah. 

Pendidikan Ash adalah salah satu fokus Farah dan salah satu yang berada di dalam "top priority list". Bukannya mahu menunjuk-nunjuk ataupun merasakan diri hebat ataupun mengatakan Ash hebat. Biar Farah letak "disclaimer" terlebih dahulu. Namun, pendapat manusia ni berbeza-beza, tiada apa yang Farah dapat lakukan untuk menghalang jika ada yang berfikiran sedemikian. Terpulanglah hak masing-masing. Apa yang Farah catatkan secara maya, apa yang Farah luahkan di Bubblynotes.Com hanyalah sekadar coretan maya yang satu hari nanti apabila Farah membacanya kembali, Farah akan tersenyum dan sebagai kenang-kenangan perjalanan di dalam kehidupan seorang ibu yang manis serta tidak mungkin dapat dilupakan di dalam membesarkan Iman Ash. :-). 

Jika ada yang merasa jelak, mual atau berpusing bebola mata anda membaca entri ini... Maaf... Walaubagaimanapun, itulah yang sebenarnya terjadi di dalam perjalanan sebagai seorang ibu ini. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Shoo, Shee, Shore, Aishhh, Cik..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Comel jer bila tgk gambar Ash semoga bila besar nanti jadi seorang anak yang baik..Ronda ronda Pagi sambil belek belek blog :)), kalau berminat jom sama sama sertai kontest terbaru nie http://kenny977.blogspot.my/2015/10/write-review-contest-anjuran-lynk-dot-my.html. Hadiah keseluruhan bernilai RM4k.

    ReplyDelete
  2. Yeay!!!! Ash dh pandai menngira..mesti comel aje Ash mengira kalo ade video..huhu

    ReplyDelete
  3. Setiap parents ade perancangan utk anknya sendiri... Farah xyah fikirkan apa yg org akan fikirkan... Teruskan yg terrbaik utk Ash... caiyok Ashhh...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah ash..tahniah mummy..ceeee mee..kep ceeee pleaseeee..hehe..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY