Setelah Hampir 2 Tahun...

Farah Waheda Wahid
1

26 Oktober 2015 - Hari ni genap 1 tahun 11 bulan Iman Ash. Besar dah anak manja Mommy ni yer? Syukur Alhamdulillah atas segalanya. Bayi yang dilahirkan seberat 2.86kg melalui kaedah pembedahan disebabkan oleh komplikasi Plasenta Previa Tahap 2. Walaupun tidak bertarung nyawa menahan kesakitan kontraksi dan mengumpul sepenuh tenaga meneran untuk mengeluarkan dia tetapi tetap bertarung nyawa antara hidup dan mati berbekal darah dari tabung darah sebagai persiapan bersiap sedia sekiranya si ibu mahupun si bayi kehilangan banyak darah. 

Kesilapan yang sedikit akan mengundang kehilangan nyawa... Suntikan dexamethasone diambil sebanyak 2 kali untuk mematangkan paru-paru kerana terpaksa dibedah terlebih awal pada peringkat sebelum kematangan. Larangan memandu kereta sendiri untuk tujuan pemeriksaan di saat-saat akhir tetap tidak dihiraukan. Tawakal pada Allah semata-mata. Alhamdulillah Allah bantu dan Allah mendengar doa ini. Syukur. Terima kasih Ya Allah. 

Sebelum masuk ke dewan bedah perasaan tu susah nak digambarkan. Bercampur baur... Mendoakan dan berzikir banyak-banyak supaya segalanya dipermudahkan dan segalanya selamat. Masuk dewan bedah pukul 11.00 pagi, 11.25 pagi selesai dan 11.40 keluar menuju ke wad kembali. Itulah pertama kali selama seumur hidup masuk ke dewan bedah dan menjalani pembedahan major. 

Sampai ke wad, mulut tak henti meminta dibawakan Iman Ash. Nak tengok dia! Nak tengok dia! Dan nak tengok dia! Satu-satunya harta Mommy yang paling berharga dan tidak dapat digantikan dengan satu apa pun! Sakit? Allah beri kekuatan untuk lawan dan lupakan rasa sakit tu. 

Berapa lama sembuh luka tu? Tak berapa nak pasti... Tak sampai seminggu dah memandu sendiri. Semua orang risau kalau-kalau bentan. Ahaksss... Tetapi Farah? "Chillex" lah... Kalau tak pergi membeli stok masakan sendiri siapa nak diharapkan? Nek Ma Ash tidak pandai memandu. Mahu ataupun tidak, diri kena kuat dan gigih memandu sendiri. Alhamdulillah segalanya ok dan tidak mendatangkan kesan atau kesakitan apa-apa pun. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya perjalanan kami berdua beranak. 

Rasa selepas bersalin tu sebab dibedah??? Haaa.. Ni yang ramai tanya kakak ni... Macam mana rasanya setelah bersalin melalui pembedahan??? Ni kakak nak ceritalah yer pengalaman kakak sendiri... Hew hew hew... Rasanya pedih pedih pisau "uolsss"... Nak kata tenaga Badang ataupun kebal tu tak adalah hebat sangat... Tapi di dalam tempoh seminggu tu, memang tak pernah sekalipun tertinggal makan ubat-ubatan terutamanya ubat tahan sakit bagi nak kekal macam tak ada apa-apa... 

Bila nak mandi... Muahahaha... Adoiii, bercinta... Kena tunduk untuk pastikan aliran air tidak terkena pada bahagian luka pembedahan yang panjang tu walaupun doktor dah tampalkan dengan penekap luka dan tampalan kalis air. Seminggu jer, sebab lepas seminggu kena buka penekap luka tu. Masa tu lagilah... Nak mandi bercinta, tak mandi tak selesa. Sudahnya mandi dengan menekap kain batik tebal-tebal kemudian tunduk bagi tak nak kena aliran air di bahagian luka yang belum sembuh. Dahlah pakai "spray" jer kannn? Gila tak trauma kalau-kalau terbuka??? Bha ha ha... Kalau nak repair tak ada bius oiiii... Mau menjerit sakan oiii... 

Selama tempoh itulah akan cuba tak mengangkat barang berat, tapi kalau dah terpaksa, doa banyak-banyak oiii... Supaya taklah terbuka bahagian tu kan??? Selama tempoh itulah kalau batuk pegang perut, bersin pegang perut. Alhamdulillah kesan pembedahan tu cantik dan kemas. Tak tengok sendiri, tapi ramai yang cakap ianya hanyalah satu garisan halus yang seakan-akan tak nampak. Eheeeee... Bangga sekejap sebab taklah huduh rupanya... Terima kasih Dr.Niraj... Patutlah dia kata, kalau pakai bikini sekalipun tak ada hal... Muahahaha... Taklah kakak nak pakai bikini kan? 

Mekanisme pembedahannya... Kulit dicantumkan melalui "spray" tetapi lapisan kedua di dalam, dijahit bermula dari arah kanan kemudiannya dimatikan di arah kiri. Di hujungnya, benang disimpulkan kemas sebelum di "spray". Yelah kot? Kakak rasa macam tulah kot? Bha ha ha... Ke perasaan sendiri jer? Tapi yer kot, lepas seminggu pergi ke hospital semula untuk buka "dressing" dan tarik benang tu. Denggg... 

Itu ceritanya... Dan setelah hampir 2 tahun pembedahan itu berlalu... Ada masa dan ketika... Rasa pedih di hujing simpulan benang di sebelah kiri tu ada kalanya terasa juga. Bila dah jadi gittew... Muahahaha... Duduk statik mengerengkot satu tempat nak hilangkan rasa sakit. Kalau sedang memandu... Pegang jer bahagian perut tu. Tapi bukanlah selalu. Ada masa-masanya sekali sekala apabila ianya menyerang. Alaaaa... Kulit masih muda... Ambil masa untuk pulih sepenuhnya kannn??? 

Berpantang tu tetap berpantang. Yang menariknya... Sehingga sekarang ni, di kawasan sekitar pembedahan tu masih terasa "numb"... Fuyooo dahsyat betul urat saraf yang putus tu... Ahaksss... Tapi sungguh rasa "numb"... Getus hati, luar dah pulih, tetapi dalam tu masih di dalam proses pemulihan lagi kot? 

Setelah hampir 2 tahun... Masih belum ada keyakinan yang luka tu pulih sepenuhnya. Paling tangkas memberi maklum balas kalau si kecil tu bergurau dan nak henyak sekitar kawasan pembedahan tu... Hua hua hua... Biarlah orang nak kata Farah terikut-ikut sangat atau phobia ke trauma ke... Bha ha ha... Jujurnya "I is" tak trauma punnn... Ok jer... Cuma "concern" jer tentang dalaman dan luaran kulit perut yang dah pernah terbelah tu. #ehhh "of course" lah... Sayang diri kannn??? 

Jika terpaksa merasa sekali lagi takut ke? Ahaksss walaupun hakikatnya tak mungkin kan? Sebab komplikasi yang berkemungkinan besar menjadi lebih serius atau tahap yang seterusnya. Haaa... Ni nak habaq mai ni... Kalau ada siapa-siapa yang tak sayang mulut kata "I is" takut nak melalui sekali lagi... "I slap you"... Bha ha ha... Kemain nak "slap slap" orang kannn??? Jujur tak takut sepertimana kali pertama dulu sebab dah ada pengalaman itu kan??? Bagi Farah keseluruhan proses adalah ok jer... 

Cuma setelah hampir 2 tahun, Farah masih berhati-hati menjaga... Bukan paranoid juga... Cuma "concern"... Ekekeke... 

*Ash ingat ni tau... Susah payah Mommy untuk Ash macam mana... Sebab Mommy sayang Ash... Apa pun Mommy redah... 

Berapa lama luka pembedahan bersalin sembuh sebenarnya? Boleh rujuk entri lama Farah bertajuk Berapa Lama Sembuh Dari Luka Bersalin C-Section??? Ramai dah mengalami dan ramai juga yang berkongsi komen... 4-5 tahun pun belum tentu sembuh dan masih terasa kebas di kawasan luka bersalin tu... Jadi tak hairanlah jika Farah rasa "numb" di sekitar kawasan tu kannn??? ;-) dan tak oerlulah nak persoalkan Farah kenapa rasa macam tu kan? 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ya Allah. honestly, muja baca awal hingga akhir. seriously, baca pun dah gerun. tahniah kak sebab berjaya mengharunginya. salute you! :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !