Selagi Jerebu Belum Pulih...

Farah Waheda Wahid
3

Yang dia tau... Nak naik "car"... Bila nampak jer muka Mommy dia di rumah, "car"... Selagi tak dapat kehendak dia selagi itulah akan berbunyi... "car" berulang-ulang kali sehingga diri sendiri dah tak mampu nak kata apa-apa...Ekekekeke... Iya, dia nak jalan-jalan... Nak naik kereta jer, macam sebelum jerebu dulu... Tetapi semenjak jerebu, sememangnya jarang-jarang sangat dia naik kereta. Sebabnya...Sebabnya dia kena kuarantin!!!

Lagi ketat kawalannya adalah bila mana dia tidak sihat sejak malam Rabu yang lalu... Cerita mengenai tahap kesihatan yang tidak memuaskan Ash ada di dalam entri-entri yang berikut:


Demamnya masih kejap kebah, kejap kembali, kejap kebah, kejap kembali. Tapi, Alhamdulillah, nampaknya hari ini nampak stabil bacaannya iaitu 36 darjah celcius berbanding sebelum-sebelum ini kannn? Sepertimana yang pernah Farah kongsikan... Hu hu hu... Buat apa yang termampu jer pun... Semua sudut Mommy dia pukul... Jaramkan dengan air ramasan daun bunga raya putih, jaramkan dengan air asam jawa, masukkan "suppository" bila dah cecah 39.6 darjah celcius malam semalam, bagi makan ubat setiap 4 jam sekali secara konsisten. Errrr... tapi kannn...bukan ada maksud tersirat ke apa...Ni nak mengomel sikit nih, Ash kalau ubat klinik biasa memang lambat kebahnya... Macam semalam dapat jer ubat dari KPJ Shah Alam Specialist Hospital, chootttttttt zasssss suhunya turun mendadak... Ha ha ha... Adehlahhh...Nasib pakai kad perubatan kannn? Kalau tidak? Memang nak kena siap sedia duit dalam poket tebal-tebal jer lah...Bukan apa...hakikatnya yuran perubatan sekarang memang mahal... :-). (psst...sebab tu orang kata, kad perubatan atau insurans perubatan ni perlu ada...faham tak?).

Bila badan tak sihat mulalah merengek lebih yer tak? Walaupun tak ada air mata, tetapi merengek tu tetap ada. Berdodoi dia dekat Mommy, minta nak naik kereta. Kalau nak sekadar suka-suka jalan-jalan tu, terus-terang Farah katakan, Farah memang tak berani nak bawa dia. Tak berani!!! "Children are prone to hazard!!! And they are very fragile". Tahap imunisasi mereka bukannya seperti kita yang dewasa. Sedangkan kita yang dewasa ni pun dah ya ampunnn, inikan pula kanak-kanak yer tak? Gelisah oiiii Iman Ash tak dapat keluar jalan-jalan hatta ambil angin di halaman rumah. Jerebu!!! Kuat sangat!!! Nanti elok-elok nak sihat, bertambah pula...Baik jangan!!! Tu pun tak keluar pun dah batuk dan selsema juga tu. 

Yang benarnya, demam, bila dapat naik kereta sebab pergi jumpa doktor, sampai klinik, terus segar bugar berlari sana-sini. Kalau di rumah...Ya ampunnn... Rengeh yang lebih... Suka dapat bebas dan keluar. Tapi kannn...pesanan untuk Ash, Mommy nak beritahu nih...selagi jerebu belum pulih, selagi tulah memang Ash kena kuarantin dan akan dibawa keluar sekiranya betul-betul perlu jer... "No car car if there is nothing important ok?"...Ha ha ha... 

Farah yang memandu ni merasakan walaupun tingkap kereta tertutup dan penghawa dingin kereta terpasang dan tidak ada unsur-unsur angin dari luar di situ... Sesekali masih terasa pedih-pedih mata juga. Tak taulah orang lain kannn? Mungkin Farah sorang jer terlalu sensitif kot? Tapi... itulah yang Farah rasa...Bayangkan kalau Farah sendiri boleh rasa macam tu? Apatah lagi Ash kannn??? Tahan jerlah telinga dia mengongoi "car" "car" "car" selagi keadaan tak betul-betul selamat untuk dedahkan anak pada udara terbuka... Tapi kesian juga tu tengok dia... Hurmm... Sekejap-sekejap mungkin bolehlah, tapi memang tak lamalah nak dedahkan dia pada udara di luar kan?  

*Indeks Pencemaran Udara kalau dok pakai alat canggih manggih seperti Singapura iaitu Particulate Matter tu... mesti tahap sangat-sangat berbahaya dah ni kot kat Malaysia? 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. buat sementara tahan lah tak bawah ash keluar. sye yg dh besar ni pon rasa lemas sesak nafas kalau tengok jerebu kuat sangat

    ReplyDelete
  2. tak kira tua dan muda..confirm sesak nafas..huhu

    ReplyDelete
  3. Kita yang dewasa ni pun tak tahan dengan jerebu, apatah lagi bebudak kan,

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !