Home » , , , , , , , » Secara Jujurnya Berdasarkan Pengalaman Sendiri...

Secara Jujurnya Berdasarkan Pengalaman Sendiri...

Sumber dari Google
Ini bukanlah entri meluahkan rasa untuk mengeluh ataupun berkeluh kesah ataupun mengungkit ataupun apa-apa sahaja yang negatif. Ianya adalah sekadar perkongsian melalui pengalaman sendiri yang telah dilalui selama hampir 2 tahun ini sebagai ibu. Cerita tentang kos sara hidup khusus untuk anak sahaja dan tidak termasuk yang lain-lain. Sekurang-kurang anda yang merancang untuk mempunyai cahaya mata kerana belum berpengalaman sebelum ini boleh mendapat "the general ideas of the cost of a raising a child" pada zaman ini. He he he... Jangan salah sangka, bukanlah tujuan Farah ingin menakut-nakutkan yer... Jangan bimbang rezeki untuk setiap anak itu pasti ada dan Allah pasti akan bukakan jalan untuk rezeki itu untuk anak-anak anda. Yakinlah pada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. :-)

Ini bukannya cakap orang yer? Ataupun berniat nak bercerita tentang orang lain. Ini tentang apakah kosnya yang Farah laburkan untuk Ash. Khas untuk Ash. Ha ha ha, ayat tak menghingat... Laburkan... Wakakakaka.... Baiklah jom Farah kongsi satu persatu bukan dengan niat nak tunjuk Farah berduit ataupun mampu ataupun banyak duit ataupun apa-apa sahajalah yang negatif yang mungkin terlintas di fikiran anda. 

Kos Susu Formula Ash Sebulan 
Susu yang Ash minum adalah susu jenama Friso Gold 3. Haaa... Yang negatif pasti awal-awal dah bertanya, kenapa tak beralih kepada susu yang lebih murah? Jawapannya mudah, Ash tak nak, tak boleh terima dan akan termuntah kembali. Bagi Farah tak mengapa, kerja pun mencari rezeki untuk anak. Setin bersamaan RM60.40 dan sekotak bersamaan RM66.90 ataupun RM77.70. Bergantung kepada tempat pembelian. Selalunya akan mencari tempat yang lebih murahlah. Haishhh... Ni tak mahal lagi ni susu ni "uolss", ada susu formula yang lebih mahal dari itu. Nasiblah Friso Gold yer tak? Kalau Pediasure? Muahahaha... Menjawab. 

Sebulan jika yang jenis tin Ash boleh cecah penggunaan hampir 8 tin kerana semakin besar ni semakin rancak pula dia menyusu pula... Ha ha ha... Dah anak selera nak kata apa? Takkan nak sekat yer tak? Secara anggaran bajet untuk susu formula sahaja, sememangnya kena tolak tepi siap-siap RM 500.00. Tu diaaa... 

Kos Lampin Pakai Buang Ash
Sebulan Ash pakai lebih kurang 4 paket Huggies Ultra yang 40 keping sepaket tu. Harganya RM 36.60 sepaket. Kadang-kadang 5 paket, tapi selalunya Farah akan beli siap-siap 6 paket sebagai stok. Maknanya di situ sebulan tolak tepi siap-siap RM 220.00. 

Kos Penjagaan Ash Sebulan
Walaupun Iman Ash ni tidak duduk di rumah pengasuh ataupun nurseri tetapi masih tetap ada kos penjagaan atau pengasuhannya. Jaga budak ni penat oiii bukan tak penat. Lebih-lebih lagi jika ada hari-hari yang mana Farah lewat sampai ke rumah disebabkan kesesakkan lalu lintas, kerja lebih masa ataupun ada acara atau kerja yang melibatkan Bubblynotes.Com. Kita hidup ni kenalah bertimbang rasa yer tak? Tak bolehlah nak ikut sedap tekak kita jer... Mahu atau tidak, terima atau tidak, alokasi sebanyak RM 400.00 sebulan memang dah siap-siap tolak tepi. 

Kos Pakaian Ash Sebulan
Ini "variable cost" yang benarnya. Bergantung kepada jenis, jenama dan helai pakaian. Jadi mak-mak ni memang akan ada satu penyakit. Membeli baju anak setiap itu rutin . Tak kiralah sama ada baju pakai hari-hari, baju jalan ataupun baju tidur. Tapi tak adalah setiap bulan. Sebagaimana perangai Farah yang mudah bosan memakai satu pakaian tu berulang kali, begitu juga pandangan mata pada pakaian Ash. Mommy mudah bosan kalau nampak Ash asyik pakai baju yang sama jer. Namun bukanlah membazir yang benarnya. Pakai selagi boleh pakai. Cuma buat tambah-tambahan. Yang ini RM200.00 ke RM300.00 sebulan. 

Kos Makanan Ash
Cukup RM150.00 sebulan untuk KFC dia, untuk lauk pauk dia. Yang lain-lain masuk dalam kos barangan dapur serta riadah sebulan. 

Kos Riadah, Sekolah Main (Baru Jer Ni) Dan Lain-Lain
Peruntukkan untuk ini adalah RM350.00 sebulan. Tak semestinya cecah tetapi "to be safe". 

Kos Simpanan Dan Insurans
Ini wajib. Simpanan dan insurans buat Ash RM300.00 sebulan. Simpanan lain. Insurans lain. 

Kos "Toileteries" 
Sabun, syampu, losyen, minyak... Lebih kurang RM80.00 sebulan.

Secara kasarnya lebih kurang RM 2,300.00 sebulan hanya untuk Ash. Taklah semestinya cecah angka ini yer? Farah suka simpan stok. Jika tidak habis bulan ni boleh bawa ke bulan hadapan, makanya akan kuranglah sedikit perbelanjaan susu dan lampin pakai buang Ash. Perbelanjaan untuk Ash di antara lingkungan RM1500 - RM 2300. Banyak perkara yang boleh diminimakan serta dijimatkan lagi tapi kosnya tidak akan lari bawah RM1000.00 itu Farah pasti. Yang Farah perhabis adalah keperluan bukannya Farah suka-suka membazir atau tidak reti nak merangka kewangan. Hakikatnya, semua orang tahu, kos saraan anak sememangnya serba serbi mahal di zaman ini. Itu kalau nak cerita apa yang ditanggunglah kannn? 

Alhamdulillah, rezeki tu Allah beri dan ada untuk Ash. Walaupun ada masa-masa tu sudah hampir tergelincir kan? Jika Allah tak beri dengan cara ni, Allah akan beri dengan cara tu. Tidak semestinya Farah perlu mengeluarkan wang ringgit semata untukbkeperluan Ash...ada kalanya rezeki itu datang di dalam bentuk baucer untuk tugasan blog. Alhamdulillah, ada rezeki Ash di situ. :-) 

Motif cerita perbelanjaan Ash? Tak ada apa-apa motif pun... Sekadar berkongsi dan Farah harap sangat yang bakal bergelar ibu bapa tu jangan semput atau gementar membaca yer? Jika Farah boleh melalui pasti anda juga boleh. Percaya kepada rezeki Allah SWT. Realitinya kos menghidupkan serta membesarkan anak-anak bukannya murah di zaman ini, lebih-lebih lagi bila kita jenis yang mahu memastikan kelengkapan buat anak kita cukup serba-serbi dan tidak ada satu kekurangan pun. Itu cabaran dan seperti yang Farah nyatakan berulang-ulang... Rezeki itu dari Allah SWT, ada jalannya dan ada caranya... Yakinlah... In Shaa Allah, tidak akan pernah putus rezeki buat anak-anak... Segalanya dengan izin Allah SWT bukannya dengan penilaian manusia dan juga apa yang manusia cakap-cakapkan... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Secara Jujurnya Berdasarkan Pengalaman Sendiri..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY