Penawar Tekanan Bersama Anak...

Dalam hidup ni, manusia mana yang tak pernah tertekan? Tak banyak, sedikit pasti ada tekanan perasaan tu... Tekanan tempat kerja, tekanan kehidupan, tekanan persekitaran. Bermacam jenis tekanan yang setiap individu akan alami, cuma cara melepaskan tekanan itu mungkin berbeza-beza bagi setiap individu yang berbeza. Mungkin ada yang suka melepaskan tekanan dengan berkaraoke, mungkin ada yang suka melepaskan tekanan dengan membaca, mungkin ada yang suka melepaskan tekanan dengan menonton wayang, bergantung... 

Dululah sewaktu sebelum ada Iman Ash, cara Farah melepaskan tekanan ada banyak sebenarnya...Kalau nak disenaraikan memang panjang dan tak cukup satu entri ni...Muahahaha... Tapi yang paling ketara sangat adalah "window shopping"... Seronok weiiii cuci-cuci mata... Tapi semenjak lahirnya Iman Ash...tekanan itu dapat dihilangkan dengan cara meluangkan masa serta fokus hanya kepada dia... Sesuatu perkara yang menyeronokkan... 

Semakin Ash meningkat usia, semakin banyak kepelbagaian aktiviti merangsang minda untuk dia dan juga "Farah"...He he he, sebab tiba-tiba rasa teruja pula melakukan aktiviti bersama-sama Ash... Errrr... Ini Mommy yang lebih ke? Ash yang lebih ni? 


Cara Farah menghilangkan tekanan kini telah jauh berbeza dari sewaktu sebelum kelahiran Ash. Lebih-lebih lagi apabila usia Ash semakin meningkat dan Ash sudah mula perlu diberikan supplemen minda untuk merangsang perkembangan mindanya dengan lebih giat. Melihat daripada satu perspektif yang lain, apa yang diperlukan Ash ini sebenarnya adalah dalam masa yang sama membantu Farah "in a way" untuk menghilangkan tekanan. 

Aikkk, hidup Farah ni hari-hari tertekan ke? Wakakakaka... Tak adalah hari-hari tertekan... tetapi minda juga perlu berehat setiap hari... Letih minda dengan letih badan ni kan, pada Farah lebih letih minda. Dalam sehari, minda ni terlalu banyak dipergunakan untuk pelbagai perkara... Untuk kerja, untuk pengurusan hal ehwal rumah tangga, untuk Ash, untuk Nek Ma Ash, untuk Abah Ash, untuk kerja blog...Theee he he.... Jadi minda yang banyak berfikir ini perlu dirawat... Kesihatan minda juga perlu dijaga seiring dengan kesihatan tubuh badan yer tak? Badan sihat tapi minda tak sihat pun tak boleh juga.... 



Selain dari membaca buku bersama-sama, bermain tablet, menyanyi, menari dan menonton televisyen bersama-sama... setiap hari selepas pulang dari pejabat, pasti ada aktiviti bermain bersama-sama kami sekurang-kurangnya 30 minit. Sewaktu itu, tiada gajet, tiada televisyen, tiada gangguan... Hanya kami berdua menikmati saat-saat "bonding" bersama itu... Salah-satunya seperti aktiviti malam semalam... Kami bermain "Mix & Match Multi-Colored Art Puzzle"... Cara permainannya mudah tetapi dapat merangsang kreativiti, skil sensorik motor dan juga pengenalan kepada warna-warna. Paku-paku plastik yang berwarna yang perlu disusun supaya membentuk sesuatu bentuk mengikut apa yang terlintas di fikiran. 

Bila melayan anak bermain ni, kita yang menjadi ibu bapa ni memang kena masuk ke dunia mereka dan sebenarnya kan... ha ha ha... "It makes you feel young at heart" juga "at least"... #ehhh tapi kakak memang sentiasa rasa muda di jiwa dan di hati...Bha ha ha... Ash seronok main tekan-tekan paku berwarna tu, Mommy pula teruja memikirkan bentuk apa nak dibuat untuk "impress" Ash...Ha ha ha...Saja kan nak bagi "impression" pada anak tu supaya dalam hati dia rasa "Wahhhh, pandainya Mommy...." :-P.... Secara halus melatih anak untuk belajar berbangga dengan ibu bapa masing-masing kannn???

Fikir punya fikir punya fikir... 


Akhirnya terbentuklah seekor "dakkk" mengikut sebutan Ash... yang bermaksud "duck"... Bila dah siap dia punya teruja dan becok mulutnya... Yang tepi-tepi bawah tu dialah yang sibuk dok buat hiasan tu... Seronok kemain dia... Memang penawar betul dua perkara ni, bermain bersama dan anak itu sendiri. Memang rasa macam hilang segala tekanan, kepenatan dan juga keletihan... 

Tak semua tekanan itu buruk. Mengejar "dateline", menyiapkan tugasan, mendidik anak dan sebagainya akan sentiasa membuatkan kita tertekan. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi...Betul tak? Walaubagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau "stress" setiap masa. Kita semua manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur dari segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan "burn out"... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penawar Tekanan Bersama Anak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. bestnya games ni...nak cari jugaklah boleh main ngan thaqif

    ReplyDelete
  2. kan...dalam kesibukkan kene ingt yg tersayang jugak. :)

    ReplyDelete
  3. kreatif ! bagus utk minda jugaa...

    ReplyDelete
  4. eh..ni kalau main ni..mak yang terlebih2 seronok dari anak..heheh

    ReplyDelete
  5. mcm best jea.nanti boleh beli untuk anak saudara lak. skarang ni kalau beli confirm dia telan jea benda kecik tu.haha

    ReplyDelete
  6. Good activity and exciting too..akak beli kat mana eh?nak beli jugakk..thank u kak Farah..

    ReplyDelete
  7. Dok terfikir nak beli juag... Tapi tak terbeli lagi..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY