Pemilihan Transit Persekolahan Anak...

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Nak tanya ibu bapa yang sudah berpengalaman di dalam mengendalikan hal ni lah... Kebiasaanya bagaimanakah caranya ataupun apakah kriterianya sesuatu pasangan individu ibu bapa itu memilih transit untuk persekolahan anak-anak? Bukannya, walaupun Farah ni masih lagi sampai ke tahap itu, Ash masih kecil, satu "confession" Farah nak maklumkan, berkaitan dengan transit persekolahan ini, adalah salah satu perkara yang menjadi "my biggest concern as a Mommy" sebenarnya. Kalau orang tak faham mereka akan berkata, "over-react"...tetapi bagi yang faham pasti faham kenapa Farah berfikiran sebegini.

Memanglah orang kata jangan banyak fikir sangat. Ha ha ha, tapi nak buat macam mana? Farah memang jenisnya suka berfikir ke hadapan. Lepas tu sendiri yang risau, sendiri yang menggelabah, sendiri yang padan muka kan?Bukannya apa, dengan banyaknya timbul kes-kes kanak-kanak hilang sejak setahun dua ni tiba-tiba Farah jadi semakin cuak pula hendak membiarkan Ash bersendirian menaiki transit. Macam ada rasa tak percayaaaa jer... Muahahaha... 

Jawapan mudah, kalau tak percaya, sila uruskan sendiri...hantar sendiri, ambil pun sendiri...Hurmm... Itulah yang menjadi masalahnya sekarang ni. Mommy dia bekerja, macam mana nak hantar sendiri, ambil pun sendiri yer tak? Melainkan kalau Ash bersekolah berdekatan dengan tempat kerja Mommy. Dalam pemikiran tu memang dah terfikir dah perkara ni, bukannya tak terfikir. Bercadang nak sekolahkan dia berdekatan dengan tempat kerja Mommy supaya Mommy senang nak pantau dia, nak ambil dia, nak hantar dia. Tapi nak bertengek pakai alamat rumah siapa yer tak? Muahahaha...Biasanya sekolah anak-anak ni akan dihantar mengikut alamat rumah kan? Yang paling berdekatan dengan rumah...Kalau nak berdekatan dengan tempat kerja Mommy, kenalah nampak gayanya mencari sesiapa yang boleh pinjamkan alamat rumah. Tu salah satu cara yang kawan-kawan ajar Farah yer... Uhukss... 

Nak melepaskan Ash menaiki transit sendirian??? Macam oh tidak!!! Ha ha ha... "freaked out" sangat Mommy ni wehhh??? Taulah anak manja Mommy yer tak? Orang lain pun ada anak oiiii, lepaskan naik transit persekolahan ok jer? Farah pula yang risau terlebih-lebih yer tak? Adui dui dui dui dui.... 

Sebenarnya, transit persekolahan ni bagus sebab ianya membantu ibu bapa untuk jadi tak terkejar-kejar untuk menghantar serta mengambil anak setiap hari dari sekolah dan juga ianya memberikan ruang serta peluang kepada anak-anak untuk bersosial dan mendapat lebih ramai rakan. Tapi banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pihak ibu bapa sebelum memilih satu-satu perkhidmatan transit persekolahan ni sebenarnya. Antara perkara-perkara yang perlu diambil berat oleh ibu bapa adalah:

1. Siasat latar belakang perkhidmatan transit persekolahan tersebut serta pemandunya, pastikan bahawa pemandu perkhidmatan transit tersebut mempunyai reputasi yang baik berdasarkan rekomendasi dari pihak sekolah ataupun daripada pihak ibu bapa yang lain. Haaa...yang ini ibu bapa kena rajin bertanyalah yer kepada ibu bapa lain. Dah hantar anak bersekolah, kenalah mula berkawan-kawan sedikit dengan ibu bapa yang lain. Belajar bertanya dan belajar melalui pengalaman mereka yang lebih berpengalaman. Macam Farah tanya kepada anda yang mungkin berpengalaman melalui entri ini. Kena jadi penyiasat sikit, tak apa, biar kita banyak tanya demi keselamatan anak kita... Yang penting kalau boleh kena tau sekali nombor telefon pemandu transit, alamat rumah pemandu transit. 

2. Transit yang bakal anak kita naiki itu diselenggara dengan baik. Bukanlah bermaksud ko nak kena pergi semak bila dia servis atau ikut dia pergi servis kenderaan tersebut. Tetapi keadaan kenderaan tu, adakah baik atau terlalu uzur sampaikan enjin berbunyi, tempat duduk tercabut. Kita tak mahulah melihat anak kita bersesak-sesak dalam keadaan yang tidak selesa seperti gambar di bawah ini. 

Sumber dari Google
Kesian kat anak tu ok? 

3.Pemandu tu sendiri berada dalam keadaan yang sihat melalui apa yang kita lihat. Sihat di sini bermaksud sihat rohani dan juga jasmani. Tidak merokok di dalam kenderaan kalau boleh, menjaga kebersihan diri sendiri dan juga kenderaan, dan sentiasa dapat dihubungi melalui telefon bimbit. 

4. Pemandu transit menjalankan prosedur mengambil serta menghantar yang baik seperti menjemput anak anda dari rumah (bagi anak kecil dipimpin masuk ke kenderaan, pintu ditutupkan) dan menghantar anak pulang ke rumah dalam keadaan baik serta mengikut masa yang ditetapkan (bagi anak kecil, dihantar sehingga ke muka pintu, maksudnya turunkan anak kecil tu dari kenderaan, pimpin tangan dan hantar ke muka pintu sambil memberi salam atau memanggil ibu bapa anak itu). Sebelum meninggalkan anak, pemandu tu juga PERLU tunggu sehingga anak-anak masuk ke kawasan sekolah ataupun masuk ke rumah. Lepas tu barulah bergerak. 

5. Pemandu transit seharusnya mempunyai lesen yang berkaitan yang sah di sisi undang-undang Malaysia. 

Setakat nilah kot yang Farah terfikir dan boleh fikir. Ke ada apa-apa lagi yang Farah tertinggal? Kalau ada yang Farah tertinggal, tolong-tolonglah betul-betulkan yer... "I is" tak ada pengalaman lagi... Baru membayang-bayangkan ajer... 

Macam kes Ash ni nanti, kalau Atuk masih berkeringat, masih panjang umur, In Shaa Allah, Atuk akan uruskan hal transit Ash, kalau Atuk masih lagi memandu dan sihat. Jika tidak, nampak-nampak gayanya Farah terpaksa melihat kepada alternatif lain "such as"...memohon bantuan orang yang betul-betul Farah percayai sahaja untuk membantu mengendalikan urusan transit Ash ke sekolah... 

*Ishhh panjang betul imaginasi nihhh... Walhal lama lagi nak sekolahnya...Sekurang-kurangnya lebih kurang dalam 2 tahun lagi kot??? Agagagaga... Teruja jer lebih Mommy ni yer tak Ash? 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. farah.. btul tu... masalah lin pun transit gak. dlu bs duduk umah flat..klu bus hantr sampai bawah je. takkan nak biar anak naik lift sendiri.. mmg delima sangat masa tu

    ReplyDelete
  2. Tang lesen tu penting.. Review org pun kena ambil kisah juga..

    ReplyDelete
  3. sepupu CT buat bisness transit ni.. kedudukan rumah strategik sebab betul2 tepi sekolah rendah dan budak2 bila balik hanya makan mandi dan solat kemudian terus ke sek agama.. yang sesi pagi macam tu dan vice versa bila petang.. kena survey keadaan traffic jugak.. bahaya skarang ni mana2 kak.. logik parents freak out =)

    ReplyDelete
  4. Asslm

    Lagi dua tahun nak sekolah? hehehe...

    ReplyDelete
  5. kne pilih tp susah juga skrg ni kan nak cari

    ReplyDelete
  6. Huhu..sy pun tgh pening fikir ttg che mek 2 tahun lg.....rase nk amik htr anak sndiri...huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !