Nalaaa Punya Kari Kepala Ikan Meletopss Di Restoran Kampong Pandan

Farah Waheda Wahid
10

Kehidupan malam... "Night life" sudah terlalu lama ditinggalkan semenjak Ash hadir di dalam bentuk janin di dalam perut Farah. Ahaksss...Ayattt... Puitis pulak... :-P... Memang lama gila kot tak keluar malam-malam, berkumpul dengan kawan-kawan, minum-minum di Mamak sambil bertukar-tukar cerita. Antara salah satu perkara yang ada masanya dirindukan. Sekarang masing-masing sudah sibuk dengan keluarga masing-masing... Itu tandanya usia telah beransur!!! Kannn??? 

Akhirnya, hari Sabtu malam minggu yang lepas suasana itu dapat dirasai kembali apabila berkesempatan berkumpul ramai-ramai bersama keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari di Restoran Kampong Pandan. Tujuannya? Nak merasa Kari Kepala Ikan yang dikatakan ohsem kebabom dan terkenal di Restoran Kampong Pandan tu lah. Sambil-sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kami. 


Bagi penggemar ikan ini memang sesuatu yang menguja. Penggemar Kari Kepala Ikan lagilah... Uhuksss tengok gambar ni sendiri yang terasa "juicy"nya Kari Kepala Ikan yang dinikmati pada malam minggu kelmarin. Alahaiiii... Ini sewaktu ikan masih lagi tidak disiram dengan kuah kari. Selepas disiram dengan kuah kari... 


Inilah hasilnya apabila telah tersedia sepenuhnya... Mau tak terliur? Bila bercakap tentang Kari Kepala Ikan, Farah ni ada bahagian-bahagian yang Farah gemar. Terutama bahagian mata tu. Eksotik tak minat Farah? Ha ha ha, tak adalah se-eksotik mana pun kannn??? 


Lihat??? Tinggal rangka jer lah pun kepala ikan ni... Agak-agaknya siapalah yang makan. Jujur juga, walaupun badan Farah ni bersaiz tembun...Muahahaha...Farah tak mampu nak makan sebumbung ataupun berbumbung-bumbung... Sikit jer cukup... Tu sebab kalau bawa Farah ke acara makan secara "buffet" agak kerugian di situ. Ha ha ha... Farah lebih suka rasa sana sikit, sini sikit. Dengan cara itu dapat kepuasan yang maksima. Semua boleh rasa "uolss"... 


Rasa semua cukup! Sampai jatuh cinta dan cium ikan tu. :-P... Sehinggakan dah basuh tangan pun bau kari tu masih melekat! Namun bukanlah kami sekadar dihidangkan dengan Kari Kepala Ikan yang merupakan "Signature Dish" di Restoran Kampong Pandan tersebut semata-mata. Ada juga hidangan sampingan yang lain seperti... 


Ayam ni Farah suka... Ayam panggang kot? "Marvellous" weiii rasa... He he he... Ingatkan setakat tu sahaja... Tapi bisa bikin perut meletopsss!!! Ada lagi hidangan lain... 




Satay Ayam dan Satay Daging, Char Kuey Teow dan juga Ayam Goreng ala Uncle Bob yang sedap. Memang puas makan!!! Bukan setakat bersandar kekenyangan jer, boleh jadi terus tersandar! He he he ... Tapi yang paling menariknya, tidaklah senyap sunyi sepi jer dan kekosongan jer malam kami pada hari tersebut. Kami juga dihiburkan oleh para "buskers" sambil-sambil menikmati hidangan. "So" terasa terimbau sewaktu usia awal remaja dulu suasananya... Muahahaha... 
Bunyi-bunyian halwa telinga di malam hari yang menghiburkan... Di manakah lokasinya? "At the heart of Kuala Lumpur" sahaja iaitu: 

Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan Sdn Bhd 
No.2, Lorong Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
24 Jam

Bukan sekadar makan-makan, santai-santai sahaja tetapi juga anda boleh menempah untuk acara keramaian atau meraikan sesuatu. Pasti meriah dan berpuas hati kerana makanan serta pakej hiburan "buskers" sememangnya ada kelainan dan lebih santai. 

Untuk Maklumat Lebih Terperinci Dan Lanjut: 

Telefon: 
+603 2161 2525 / +6018 325 2554 
(En. Hamid aka Papa Black)

Laman Facebook : 
Kari Kepala Ikan YKS

FB FanPage : 
karikepalaikan_yks 

Instagram : 
karikepalaikan_yks

Oh ya... Sebelum terlupa, harga bagi hidangan Kari Kepala Ikan adalah berbeza mengikut saiz yer? Saiz S : RM 65, Saiz M: RM 80 dan Saiz L: RM 90. Bagi malam tersebut kami berpeluang merasai kepala ikan bersaiz L... Alamak... Sediakan entri ni, tiba-tiba macam terhidu kari... Dannnn... Tentunya terliurrr.... Rasanya macam nak ulang lagi pada waktu terdekat ni... Nyummm.... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sesekali pekena kari kepala ikan memang syok kan farah..mau berpeluh-peluh makan tu

    ReplyDelete
  2. Dah pernah makan kari kepala ikan kat sini dgn Daus dulu... mmg thorbaek...

    ReplyDelete
  3. huarghh terus jadi lapar balik! mengancam nyerrrrrr kari naalllaaa~

    ReplyDelete
  4. telio sungguh dah ni .... kali ketiga tengok kepala ikan besar camni! haihhhh rosak diet gue haha :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya sateeee ! hahahaa.. sy tk makan kari.. tp kalau makan sate.. dap2

    ReplyDelete
  6. mummy jangan lupa PC..jangan tinggal daku..nampak tak macam pelakon fooofuuuleerr..hehehehe..elok juga harga ikut saiz..sebab ada sesetengan pukul rata je..dan ada juga cecah ratusan ringgit..

    ReplyDelete
  7. as'salam, serius kat sini memang terbaik !!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !