Masa Untuk Ke Sekolah!!!

Farah Waheda Wahid
7

Ba ba cak!!! Pejam celik pejam celik bulan November 2015 bakal tiba tak lama lagi... Ini bermakna Iman Ash akan berusia 2 tahun. Sememangnya di dalam perancangan garis rancang perkembangan Ash yang telah Farah sediakan sewaktu Ash di dalam perut lagi dan berbentuk janin. Muahahaha... Suka sangat guna perkataan berbentuk janin tu sejak kebelakangan nih... Memang telah ada perancangan khusus untuk Ash dari semasa ke semasa. Perancangan untuk perkembangan yang positif mengikut kesesuaian usia. Jika diizinkan Allah SWT jadi, maka jadilah ia, kita sebagai manusia hanya mampu merancang kan? 

Tidak duduk di nurseri? Tidak bergaul dengan rakan sebaya? Itu tidak menjadi satu masalah yang besar bagi Farah dan bukannya tiket untuk merendah diri atau direndahkan diri ini hanya kerana semata-mata dikatakan anak tu tidak berkembang dengan sebaiknya atau tidak reti bersosial. Salah tanggapan tu. "Don't simply judge and don't be narrowed minded ok?". Kanak-kanak yang tidak dihantar ke nurseri juga ada caranya yang tersendiri untuk bersosial. 

Memandangkan tidak lama lagi dah nak cecah 2 tahun. Tibalah masa untuk ke sekolah di hujung minggu. Iya, tugasan Mommy bertambah lagi. Dan nak menghantar pun haruslah ke tempat yang bersesuaian dengan usianya. Untuk akhir 2015 dan sepanjang 2016, In Shaa Allah, jika diizinkan Allah SWT, Ash bakal sibuk di hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. Farah juga seperti ibu bapa lain... Memandang kepentingan pendidikan awal kepada anak-anak. 

Salah satu darinya adalah Farah bercadang dan sudah mula bertanya-tanya serta mencari-cari beberapa tempat yang mungkin bersesuaian dan Farah akan alih-alihkan satu persatu mengikut pusingannya. Maksudnya... Mula-mula daftar untuk kelas yang ini di satu tempat, kemudiannya bila sudah tamat tempoh pembelajaran akan hantar ke pusat perkembangan kanak-kanak yang lain. :-)... Agar Ash dapat "maximum exposure" dan juga tidak bosan hanya terikat di satu-satu tempat. 

Antara tempat yang ada di fikiran Farah adalah BabyTots @ Bukit Jalil yang mana dulu Farah pernah kongsikan di dalam entri Farah di Bubblynotes.Com iaitu Baby Tots @ Play: OPEN DAY & FREE DEMO CLASS. Seakan menarik perhatian Farah. 

Sumber dari Google

Owhhh janganlah nak negatif sangat ok? Pendidikan akhirat pun Farah ada "in line" dan telahpun memilih tempat untuk Ash. Itupun Farah akan laksanakan juga. Jangan fikir Farah nampak keduniaan sahaja hanya semata-mata Farah tidak sering berbicara mengenai agama di Bubblynotes.Com... Berbicara tentang agama ni jujur Farah akui Farah tak berani sangat kerana Farah bukanlah orang yang arif untuk membicarakan. Namun, sekadar yang Farah tahu dan pengetahuan yang Farah dapat, In Shaa Allah boleh dikongsikan bersama. 

Dalam pendedahan dan juga eksplorasi Ash, Farah mahu Ash belajar dari kecil untuk memahami yang Malaysia ni ada pelbagai kaum dan juga agama serta budaya dan bangsa. Tidak terhad kepada Melayu sahaja dan juga Islam sahaja. Farah mahu sedari kecil Ash belajar bercampur gaul dengan pelbagai bangsa dan agama sekaligus belajar menghormati agama serta kepercayaan agama lain. :-). Mungkin cara Farah bukan yang terbaik. Tetapi inilah yang manpu Farah lakukan sebagai ibu di dalam memberikan yang terbaik buat Ash. Samping-samping itu, jujur diakui sasaran Farah untuk Ash fasih bertutur di dalam bahasa ibunda, Bahasa Inggeris dan mungkin di dalam bahasa ketiga dan keeempat? ;-) 

Cabaran kehidupan akan datang adalah terlalu kompetitif yang Farah nampak dari sekarang. Sedangkan kita sekarang yang sedang melaluinya pun nampak kompetitif. Mana ada ibu bapa nak tengok anak-anak ketinggalan? Benarlah kata, perkembangan anak-anak itu berbeza-beza tetapi di dalam masa yang sama tidak salah kita berusaha dan melaburkan sedikit wang ringgit untuk anak. Farah rasa itu bukanlah satu pembaziran ataupun kerugian. Biar kita tidak merasa senang atau hidup mewah atau berkorban untuk bercuti ke sana ke mari seketika, sekurang-kurangnya kita dapat lakukan satu perkara yang lebih baik untuk anak-anak kita. Jika ada wang lebihan tak salah pun nak bercuti tu. Janganlah salah anggap pula. 

Ini Farah katakan Farah. Farah lebih rela menghabiskan atau melaburkan wang ringgit demi kesihatan serta pendidikan anak. 


Kelas apa yang bersesuaian buat Ash? Mungkin buat peringkat permulaan kelas Happy Tots yang mana ianya khas buat kanak-kanak berusia 18 bulan sehingga ke 2.5 tahun. Alamakkkk... Mommy dia yang teruja lebih-lebih ni... 


Sudah memulakan langkah pertama pun... Menanti jawapan dan tindakan yang seterusnya. In Shaa Allah, bakal ada rezeki Ash untuk jumpa kawan-kawan dan berkembang. Lihat dia bermain seorang diri, bercakap sendiri dan asyik ajak Mommy main jer pun kasihan kann? Jadi Mommy kena cari jalan penyelesaian yang sebaiknya dan bermanfaat buat Ash. 


Tak sabar untuk memulakan dan tak sabar untuk melihat perkembangan positif Ash. Biar miskin harta, biar hidup tidak semewah mana, asalkan pendidikan, kesihatan serta keselamatan anak itu dipastikan dengan sebaiknya. In Shaa Allah, Amin. Farah tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memastikan Ash cukup serba serbi dan tidak merasa kekurangan. 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah..amin...mesti Ash suka nak pegi school kan...kan...

    ReplyDelete
  2. wahhh..menarik ni..tapi tu la, mcm kami ni bz on weekend..so, nak hantar anak ke tempat mcmni, kena planning betul2..zayyan pun sama jugak mcm ash, stay kt rumah..rasa mcm perlu jugak hantar ke tempat mcmni..mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..amin

    ReplyDelete
  3. buat yang terbaik untuk anak-anak..

    ReplyDelete
  4. elok juga bg dia pendedahan awal pasal sekolah ni...nanti takde la dia terkejut ke kan

    ReplyDelete
  5. Moga-moga jadi anak pandai dan berbakti kepada agama dan kedua2 ibu bapanya.

    ReplyDelete
  6. mesti Ash suka laa sekolah macam tuu. hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !