"Maaaa.... Meeee... Kit...Kit..."


Lihat bibir Ash di bahagian atas tu... Itupun dah surut sedikit bengkaknya...Kalau sebelum ini agak meneneng juga bengkaknya disebabkan ulser pada bibir atas dia. Allahu... Mommy yang tengok pun kesian pada dia dan tak menyampai hati... Disebabkan itu jugalah dia kurang nak makan, kurang nak minum susu dan juga air suam. Selalunya dialah orang yang paling berhantu dengan air suam. Sehari tak cukup 2-3 botol tetapi berbotol-botol.

Sekejap-sekejap, "Maaaa...Meeee...Kit...Kit..." sambil menunjuk-nunjukkan mulut dia. Maksudnya... "Mommy, sakit..."...Iya sayang, Mommy tau sakit... Tapi Mommy boleh buat apa? Habis-habis tinggi letakkan Oral Aid yang dibekalkan oleh doktor dan juga marjerin... Selepas letakkan Oral Aid dan sapukan marjerin barulah bengkak tu surut dan baru dia nak minum susu serta minum air suam yang banyak. Makan masih tak berani lagi nampak gayanya. Walaupun masakkan nasi selembik mana pun, dia tetap tak mahu. Ulser mulut dia... Abah kata... "Ada juga yang mengikut..."... Sebab Abah dia macam tu... Hu hu hu... 

Nak merawat ulser mulut ni banyak petua juga sebenarnya... Antaranya yang dapat Farah kompilasikan dari SINI yang boleh digunakan oleh para ibu bapa adalah:

AIR GARAM
Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Anda boleh memujuk anak-anak (bagi yang pandai berkumur) untuk berkumur dengan air garam selama 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut. 

Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut tersebut sembuh dengan cepat, namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan mulut.

AIR "BAKING SODA"
Anda boleh mencampurkan air dan "baking soda" dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.

AIR KELAPA
Keadaan persekitaran yang bahang dan juga berjerebu boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan. Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menajdi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan. 

MARJERIN
Mungkin anda tidak tahu bahawa marjerin mampu mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.

Perut tu lapar, mulut tu sakit, badan tak selesa, sekejap suhu tinggi, sekejap suhu rendah...Mana tak meragam dan merengeknya? "Clinging" jer dia, tak boleh silap sikit dan asyik mengongoi, itu tak kena ini tak kena. Walaupun Farah ke pejabat, bila Farah telefon, perkataan yang sama tetap diulang iaitu sakit. Di situ nampak perkembangannya, bila sakit dia sudah pandai mengadu sakit. Hurmm... 

Yang menjadikan keadaan bertambah tak berapa nak syok lagi ke atas kesihatan Ash adalah... Gusi atas dia membengkak di kiri dan kanan. Sekali tumbuh 2 batang gigi geraham daaa...Phewww... #ehhh belum tumbuh, dalam proses nak tumbuh... Agagagaga...Baru keluar sikit jer gigi geraham tu... Apa orang kata...Nak pecah daging...Hu hu hu... 

Nek Ma dia kata..."Ash kena tahan sikit sakit...Ash orang lelaki, orang lelaki kena kuat..."... Uhuksss... Tapi sakit kottt Nek Ma??? Iya semua orang tau yang ianya sakit... Nek Ma tau, Atuk tau, Mommy terlebih tau dan Abah pun tau...Sampaikan jadinya Abah dia sekejap-sekejap What's App bertanyakan dia... Ayatnya... "Firash macam mana? Rindu kat Firash, Abah sayang kat Firash..."... Yer Abah...ekekekeke... Firash pun sayang kat Abah juga... Hu hu hu... Abah dia pesan, pujuklah dia kalau dia asyik menangis jer...Pujuk dah...Sakit tetap sakit... Dia tak tahan sakit tu... 

Rindu nak tengok senyuman ceria dan mulut becok dia...Semenjak tak sihat bermula dari 30 September 2015 yang lepas sehingga semalam... Tak ada "mood" dia nak senyum...Muncung jer mukanya... Jenuh nak suruh senyum...Bergurau pun kurang...Kalau main tu bolehlah lagi dia dayakan... Hu hu hu... Nak menitik pula air mata bila lama tak tengok senyuman dia... Akhirnya semalam lebih kurang pukul 10 - 11 macam tu...


Akhirnya senyuman serta gelak-gelak kecil yang Mommy rindu sangat tu muncul kembali dari Ash... Alhamdulillah...Mungkin rasa sakit itu sudah berkurangan agaknya... Hari ini pun, sewaktu Farah telefon untuk bertanya khabar dia...nampaknya suhu sudah mula stabil dan dia sudah mula nak makan walaupun sedikit...Sudah mula bermain sendiri seperti biasa juga... Alhamdulillah, semoga cepat sembuh dengan sepenuhnya ya Ash...Mommy hari-hari doakan... Tak mampu dah Mommy tengok Ash tak sihat... 

Sekali ini agak teruk juga demam Iman Ash berbanding demam-demam biasa sebelum ini... Tempoh masa yang agak panjang... Dan sepanjang itulah hati Mommy tak keruan memikirkan arjuna beta Mommy nih... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Maaaa.... Meeee... Kit...Kit...", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. sian dia...harap terus sihat ye ash.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Ash dan sihat. anak2 demam memang mak-mak susah hati..huhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah sembuh.. Bagus tips Farah ni. Boleh dipraktikkan. :)

    ReplyDelete
  4. Orang dewasa kena ulser pun nampak cicak berkejaran cicak kena marah..inikan pulak budak kecil..adoi. la..kesian ash..moga senyum banyak semula lepas ni ye..

    ReplyDelete
  5. makin sexy lah bibir mungil tu kannn....ramai awek cairrr nanti..hehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..dah baik dah ash...kite pun klu kna ulser rasa nak sepak terajang org je..heheh

    ReplyDelete
  7. moga cepat sembuh dan ceria... Ash...

    ReplyDelete
  8. Dugaan untuk semakin membesar...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY