Latihan Motorik Halus Yang Seterusnya...


Mari kita mula berjinak-jinak dengan aktiviti mewarna pula! Semakin membesar bukan tiket untuk Mommy goyang kaki yer? Uhuksss tiba-tiba sudah semakin terasa kompetitifnya pendidikan sekarang berbanding zaman-zaman Farah dahulu. Bukanlah terlalu mengharapkan kesempurnaan hasil (tipulah tak harap kan?) tetapi berharap agar Ash mampu turut bersaing untuk menjadi salah seorang yang terbaik di antara yang terbaik. Besar harapan Mommy pada Ash ni sebenarnya. Ngeee... Al-maklumlah satu-satunya cahaya hidup. Tentu mahukan segalanya yang terbaik buat dia dan dari dia. Bukan untuk Mommy tetapi untuk masa hadapan dia juga. Anak lelaki oiiii... Besar tanggungjawab kannn??? 

Oleh itu, keperluan dan perkembangan pendidikan memang seharusnya dipantau dengan rapat dan ketat. Hu ha hu ha juga... Tapi Ash perlu serius bila melibatkan pelajaran dunia dan juga akhirat. Itu syarat Mommy. "You can have whatever you wish to have as long as it's relevant to Mommy, you can play whatever you want to play as long as it is relevant to Mommy"... Tapi pelajaran dunia akhirat jangan diabaikan. Harapan Mommy pada Ash. 

Dah tiba masa ada sedikit waktu terluang untuk Ash belajar bagaimana cara memegang pensel atau warna dan belajar untuk mewarna. Bukanlah terlalu serius di usia 2 tahun tetapi secara santai agar minat untuk bermain dengan pensel atau warna semakin tertarik. Bagaimana nak mulakan? Bagaimana nak menarik minat? Kenalah pandai memikat anak. Belajar dari pemerhatian...

Lakukan aktiviti sederhana tetapi mampu mengasyikkan dia. Aktiviti untuk melatih ketrampilan motorik halus anak kecil. Otot tangan dan jemari yang kuat serta lentur yang membuatnya anak-anak pintar menulis dan mewarna. Kanak-kanak memerlukan persediaan sebelum bersekolah. Perlu diperkenalkan dan dilatih melalui permainan yang mengikut kemampuan usia yang sedikit sebanyak berbentuk akademik. Banyak sebenarnya yang boleh dilakukan tetapi haruslah secara berperingkat-peringkat. 

Apa yang tergaris di dalam perancangan pendedahan kepada Ash adalah seperti: 

Mewarna
Tarik perhatian dia pada gambar-gambar yang dia suka. Sediakan masa untuk latihan mewarna supaya lembut sikit tangan tu memegang pensel. Ihikss... Takkanlah ajar menulis terus kan? Perlahan-lahan berikan dia biasa bermain dengan warna terlebih dahulu.

Menggunting Kertas
Bukan sekarang tetapi bila dah besar-besar sikit. Takut pulak nak bagi pegang gunting sekarang. Bahaya oiii... Tak naklah dedahkan pada risiko terlalu awal. Kegiatan memegang dan menggerakkan gunting melatih otot-otot yang sama akan digunakan untuk menulis. 

Melipat Kertas
Origami yang dirancang untuk diperkenalkan kepada Ash sewaktu berusia 3 tahun nanti. Nak ajar Ash bergembira dengan lipatan rapi origami. Kekuatan bahagian tapak tangan dan jari diperlukan untuk memegang dan menggerakkan pensel. Tapinya cakap jer 3 tahun sekarang ni pun dah mula sikit-sikit. 

Memutarkan Syiling
Memegang wang syiling pada posisi berdiri kemudian memutarkan wang syiling. Untuk? Melatih kelenturan otot pada jari tangan seperti yang digunakan ketika membuat huruf-huruf menggunakan pensil.

Menyambung Titik-Titik
Latih motorik anak dengan menyambung titik-titik untuk membentuk sebuah gambar. 

Melukis Watak Kartun Kegemaran
Yang ini, Mommy kena belajar melukis kartun yang dia suka dan tarik minat dia untuk mengikuti apa yang Mommy lakukan. Latih imaginasi anak juga dalam masa yang sama. 

Main Tampal-Tampal Pelekat
Untuk kemampuan visual, imaginasi dan motorik halus. Ha ha ha... Kalau boleh latih main tampal-tampal pada buku aktiviti pelekat. Harapnya tak tampal kat dinding ler.

Latihan-latihan ini perlu dilakukan berulang-ulang sehingga anak betul-betul mahir. Ash ni tak duduk di nurseri atau "playschool" lagi, jadi segalanya bermula dari Farah. Farah perlu memastikan Ash mendapat pendedahan yang sewajarnya dari awal dan ianya bermula dari Farah. Lagipun, memang Farah nak Ash belajar dan mengenal bermula dari Farah berbanding dari guru kerana kononnya berpegang pada prinsip ibu bapa adalah guru pertama anak-anak di dalam kehidupan mereka. Tak nak bergantung pada orang lain pada permulaan untuk mengenalkan sesuatu pada Ash kaedahnya. Kalau boleh biarlah bermula dari Farah dahulu. 

Juga atas nasihat rakan-rakan... Jangan harapkan guru untuk melatih anak-anak bagaimana mengajar anak kita untuk memegang pensel dan mewarna atau menulis. Kita perlukan memulakan dahulu. Sekurang-kurangnya Ash telah bersedia dari awal. 

Owhhh, kucing tu... Mau mau dia tu, "what do you expect at his age?"... Dia main warna jer ikut suka hati dia... Tapi pandai pula tu arah Mommy warna mata warna apa, stokin kucing warna apa, hidung warna apa, ekor warna apa... Hu hu hu... Layankan ajer... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Latihan Motorik Halus Yang Seterusnya..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, October 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY