Home » , , , , » Kisah Sambal Tumbuk Goreng

Kisah Sambal Tumbuk Goreng


Semakin hari semuanya semakin naik, semakin tinggi... Ko bebel lah macam mana sekali pun, ko luahkanlah macam mana sekali pun, ko keluhlah macam mana sekali pun. Yang naik tetap naik, yang menjadi tinggi tetap menjadi tinggi, ibarat usia kita di dalam hidup ini yang semakin hari semakin meningkat dan bukannya semakin menurun yer tak? Jadi apa boleh buat? Terima sahajalah cabaran hidup yang mendatang. Gaji bulanan 4 angka bukan satu jaminan untuk hidup senang lenang da ada duit lebihan untuk disimpan sampai berkepuk-kepuk lagi dah. Banyak cabang yang nak disalurkan demi meneruskan kehidupan seharian dan mendatang demi meneruskan kelangsungan hidup. Bukan mudah oiiii! Tapi inilah yang terpaksa kita semua hadap berbeza mereka yang sangat berkepuk-kepuk tebalnya poket. 

Bukanlah manusia itu wajib menjadi tangkai jering tetapi manusia itu terpaksa lebih menjadi teliti di dalam perbelanjaan harian. Kalau boleh jimat, kita jimat lagi. Segala-gala kos menjadi tinggi. Salah satu yang boleh dilakukan secara senyap adalah pemakanan seharian bagi mengisi perut. Muahahaha... Makan sedap, masak lauk pauk berjenis-jenis itu tiada salahnya tapi zaman sekarang ni dah macam kena selalu ingatkan diri sendiri supaya berpada-pada tanpa mengabaikan pemakanan sihat. :-)... Setiap kelakuan, setiap perbuatan adanya aliran duit. 

Bukan memohon simpati, jauh sekali meraih kasihan orang lain. Ha ha ha... Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri... Tetapi sekadar insipirasi masakan yang boleh digunapakai di saat-saat genting ketika terputus "bekalan" bagi mengisi perut yang berbunyi. ;-). 

Sambal Tumbuk Goreng yang mudah dan selera masih terbuka ketika dimakan tidak kira bersama nasi panas atau nasi sejuk. Mampu mengisi perut dan sekurang-kurangnya tidak berlapar sepanjang hari. Sangat mudah disediakan dan tidak renyeh. Bahan-bahannya segenggam ikan bilis, bawang putih dan juga cili kering yang telah siap dikisar. Tumbuk ikan bilis dan bawang putih sehingga hampir lumat dan gaulkan sehingga sebati bersama cili kering yang telah dikisar tadi. Jika ada kemalasan melanda anda gunakanlah cili boh biasa. Kemudiannya, masak sepertimana anda menyediakan sambal goreng sehingga keluar minyak. Siap sila hidangkan dan makan... Perghhh... Nikmat bagi Farah. 

Cukuplah sekadar Sambal Tumbuk Goreng sebagai regu nasi. Untuk Ash, seharusnya dihidangkan makanan berkhasiat buat dia seperti sayur, ayam atau daging atau ikan di dalam "portion" kecil untuk dia. Janji anak mendapat khasiat yang diperlukan. Memang perlu jaga pemakanan diri sendiri agar seimbang dan kesihatan terjaga akan tetapi khasiat pemakanan anak yang paling penting dijaga. Ada kala sebagai ibu kita terpaksa mengenepikan keinginan tekak. Bukan selamanya, ada kalanya. Ada masa kita makan sedap dan mahal, ada masa kita terpaksa berpuasa dari makanan sedap dan mahal. 

Zaman kos sara hidup yang semakin tinggi di sana sini sinun, melangkahnya kaki keluar aliran duit akan mula mengalir dengan deras kerana nilai ringgit yang ibaratnya terlalu kecil... RM 100.00 sekelip mata boleh habis... Percaturan duit perlu kemas dan teliti agar tak ada "breakdown" di tengah-tengah perjalanan untuk menyampaikan perjalanan yang seterusnya. 

Mungkin ini idea masakan yang mungkin berguna bagi anda juga... ;-) di saat-saat kerisauan serta kebimbangan mula bertapak di hati bagaimana untuk "survive". Mungkin ada yang mencela... Alahaiii teruknya sampai nak makan pun tak mampu... Tapi apa yang mencela itu tahu apa yang dihadapi oleh seseorang individu kan? Hidup kalau hendak ambil pusing apa yang diperkatakan orang sendiri merana... Jadi buatlah apa yang sebaiknya anda rasa untuk diri anda bukannya kerana apa yang orang perkatakan... Tidak perlu melawan sesiapa yang mencela tetapi teruskan kehidupan untuk kehidupan diri serta keluarga sendiri yang ada... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kisah Sambal Tumbuk Goreng, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, October 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. Bertabahlah kita ye Farah dalam menghadapi ekonomi negara yg semakin menghimpit kehidupan kita..

    Weiiii sedap pulak akak tengok sambal tumbuk goreng farah tu... boleh lah utk jimat belanja kan :D

    ReplyDelete
  2. Bertabahlah kita ye Farah dalam menghadapi ekonomi negara yg semakin menghimpit kehidupan kita..

    Weiiii sedap pulak akak tengok sambal tumbuk goreng farah tu... boleh lah utk jimat belanja kan :D

    ReplyDelete
  3. Adikkk.....ajar macam mana nak buat sambal goreng....pleaseeeeee

    ReplyDelete
  4. Untuk kelangsungan hidup sekarang..banyak yang wajar di korbankan.,*jujur*..betul,,kita buat apa pun..seolah tiada yang mendengar..Allahu..*sakit*..dan terkadang kesabaran itu seakan tercabar..tarbiah diri terus redha..

    ReplyDelete
  5. sedap betul sambal tumbuk tu.. berselera

    ReplyDelete
  6. UUUU....kenapa u luahkan isi hat i?huwaa..sama isi hati kita! bukan kedekut tapi perlu penjimatan ke tahap maksima! biar anak makan sihat takpe asalkan kita makan cukup2 je prinsip ku skrg nie!

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa sambal tumbuk tu. Nak try buat lah :)

    ReplyDelete
  8. yessss tak perlu amik pusing apa kata org,selagi kudrat ada ,usaha dan serahkan pada Allah,abaikan yang bukan keperluan.

    ReplyDelete
  9. bertambah nasi kalo dapat sambal ketuk..
    nasib baik la zee gi keje takde tol kak..
    sekarang dapat gaji macam tak sempat nak pegang..terus lesap jer..

    ReplyDelete
  10. Pcl dulu juga pernah lalui saat genting, bila mana zaman gawat melanda.. apa yg penting makan tak mis utk diri dan famili, bukan masanya utk memilih menu sedap lazat, cuma fikir makan untuk hidup , cari rezeki dan beribadah kepadaNya. masa tu lah menu sambal ini lah yg selalu menjadi santapan, dan bila terkenangkan dugaan "susah-susah aku dulu , makan tetap makan jugak" Syukuralhamdulillah !

    ReplyDelete
  11. sedapnya....tba2 perut rasa lapar..:)

    ReplyDelete
  12. tak tau nak luahkan kat sape.. yg tinggal kat bandar ni faham dah kan dengan kadar kenaikan kos hidup yg semakin tinggi ;(

    ReplyDelete
  13. ok...dah tau macam mana nak buat dah....thanks adik...

    ReplyDelete
  14. Nmpk sedap...same2 la kite brdoa smoga dmurahkn rezeki kite dlm mnghadapi dugaan ekonomi skrg..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY