Kesan Berhenti "Workout!"...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Kalau dah mula bersenam di gimnasium ataupun kalau dah mula "workout" tu, fikirlah 20 - 30 kali sebelum berhenti. He he he...Sebab, diri sendiri pun pernah mengalami situasi itu di mana apabila aktiviti bersenam secara berkala di gimnasium dihentikan dan kesan-kesannya selepas itu. Setakat ponteng aktiviti gimnasium atau tidak melakukan senaman satu hari sememangnya tidak memberi kesan yang ketara tetapi jika dibiarkan, ia boleh merosakkan fizikal dan mental anda. Anda mungkinlah tidak perasan kesan yang dialami tetapi ini mungkin menyedarkan anda.

Menurut sumber artikel di SINI... apabila anda berhenti "workout"... 

Otot Menggeber
Anda mungkin beranggapan otot anda tidak akan bertukar kepada lemak apabila berhenti bersenam. Hakikatnya, otot anda akan mula mengecil dan menggeleber meskipun anda telah mengurangkan pengambilan kalori dan berhenti bersenam. Ada baiknya anda mengekalkan pengambilan makanan yang sihat supaya otot tidak "menghilang". 

Perubahan "Mood"
Para psikologis dan doktor percaya bahawa senaman boleh memberi kesan terhadap emosi. Bersenam boleh membantu tubuh anda melawan sebarang penghasilan bahan kimia yang menjadi punca depresi. Jika anda berhenti bersenam, anda akan kehilangan kebaikan ini. Akibatnya, anda mungkin merasa murung dan hilang keyakinan ekoran berat badan yang meningkat.

Tahap Kesihatan Menurun
Di saat otot anda mengecil dan tubuh menjadi lembik, tahap kesihatan dan fizikal anda juga akan jatuh. Anda akan mula kehilangan stamina dan tenaga dalam beberapa minggu anda hanya berehat di rumah. Untuk kembali mendapatkan tahap kesihatan yang baik, ia mungkin mengambil masa yang lama dan usaha yang lebih. Jangka masa ini pula bergantung kepada berat, umur dan disiplin.

Hilang Fokus
Jika anda seorang ahli sukan aktif dan secara tiba-tiba anda berhenti melakukan senaman, anda mungkin bakal berdepan dengan perubahan dalam hidup dari segi corak tidur, sukar untuk fokus, tubuh merasa sakit dan sering jatuh sakit. Lebih teruk, anda mungkin merasa lebih tertekan untuk meneruskan hidup. 

Penambahan Berat Keterlaluan - (huwaaaaaa....sesungguhnya betul!!!)
Ketika bersenam, tubuh badan anda memerlukan lebih banyak makanan untuk otot dan kalori untuk dibakar. Disebabkan itu, anda perlu kuat makan untuk memastikan badan anda membakar lebih kalori. Apabila anda berhenti bersenam, metabolisma akan menurun. Badan anda akan menyimpan kalori sebagai lemak. Hasilnya, anda bakal gemuk dan berat naik mendadak.

Tu sebab kataaaa, kalau nak berhenti bersenam fikir 20, 30 kali... Ahaksss... Banyak kesannya jika berhenti "workout" ni...Jadi jaga-jaga... Pesanan untuk orang lain, untuk diri sendiri dah terlambat dahhh, sebab dah rasa kesan...Nak "repair" pun makan masa nih... Hu hu hu... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kena konssisten tu Farah..
    Kalau tak memang gemuk balik kan..

    ReplyDelete
  2. sekarang kita tengah mengalami 'perubahan mood' bila 3 minggu tak work out, kaki dah bergetar2 nak tergedik2..hahahha. sungguh, bila work out, badan rasa cergas, tak workout, terus lesu...emosi pun terganggu bila keinginan disekat2 ;-))

    ReplyDelete
  3. singgah >http://jmbelog.blogspot.my/2015/10/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  4. betul sangat...badan jadi makin malas tau..bangun pagi badan jadi lemah..

    ReplyDelete
  5. Jika dah biasa tuh kena teruskan....

    ReplyDelete
  6. tp betol la...dulu eyda akrif sangat.. bile dh berhenti aktif.. mcm la dtg..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !