Home » , , , , , , , » Jangan Alpa Beberapa Perkara Di Dapur Ini Jika Anda Beranak Kecil...

Jangan Alpa Beberapa Perkara Di Dapur Ini Jika Anda Beranak Kecil...

Sumber dari Google
Dapur bukanlah ruang untuk bermain anak-anak kecil yang Farah gemari. Dapur tu tak sesuai langsung untuk anak kecil bermain tetapi setakat mana kita sebagai ibu mampu menahan anak untuk masuk ke ruang dapur bermain serta turut sibuk sama ingin bekerja di dapur ketika kita sedang sibuk menyediakan makanan untuk dijamu oleh seisi keluarga? 

Kalau sudah pandai menjengket-jengketkan badan demi untuk mencapai sesuatu barangan tu, itu sudah sampai tahap berisiko untuk mengundang bahaya. Maklumlah anak bereksplorasi dan pemikiran sedang berkembang. Memang macam-macam sahaja ceritanya. Ada-ada sahaja kisahnya. Mula-mula mungkin terjengket-jengket hendak mencapai sesuatu. Akan tetapi lama kelamaan tidak mustahil kita akan melihat keadaan sebegini pula... 

Sumber dari Google

Lepas menjengket, memanjat... Yer tak? Dah dapat panjat sedap jer duduk atas meja atau kaunter kabinet dapur serta mencapai apa-apa sahaja yang dapat dicapai untuk dijadikan permainan disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal. Kalau keadaan begini pula... 

Sumber dari Google
Ini memang dah lama berlaku. Makanya terpaksa dikunci kabinet bawah kaunter dapur menggunakan pengunci yang dibeli khas dari Daiso... Atau lebih sinonim dengan kedai harga RM 5.00. :-) ngeee... 

Tanpa sedar, dapur bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Risiko anak memegang cerek panas, terjatuh di lantai yang licin malah bermain-main dengan pisau memotong cukup dekat dengan mereka. Jadi, sila jangan abaikan beberapa perkara seperti yang disenaraikan oleh artikel di SINI sebelum kita menangis tidak berlagu...

Didik Anak Ikut Usia
Didik anak tentang bahaya ketika di dapur mengikut kesesuaian usia kanak-kanak. Jika masih belum mengerti maka sebaiknya awasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa juga perlu mementingkan kekemasan kebersihan dan keselamatan peralatan di dapur. 

Kedudukan Alatan Di Dapur
Ibu bapa perlu sentiasa memastikan keadaan dapur sentiasa bersih, kemas, tersusun dan selamat untuk seisi keluarga. Kenal pasti barang-barang berbahaya seperti pisau, gunting, pinggan mangkuk dan gelas berada di tempat yang sepatutnya agar tidak mudah dicapai anak-anak yang belum faham tentang bahaya di dapur.

Bahan-Bahan Dalam Peti Ais
Ibu bapa perlu memastikan bahan-bahan serta makanan yang disimpan di dalam peti ais masih boleh digunakan dan tidak luput serta basi. Ini bagi mengelakkan kes keracunan kanak-kanak yang mempunyai tabiat suka menyelongkar barang-barang di dalam peti ais. Dikhuatiri mereka akan makan sesuatu yang sudah luput dan membahayakan kesihatan. 

Pastikan Keadaan Lantai
Keadaan lantai di bahagian dapur perlu sentiasa kering. Jika perlu setiap meja dan kabinet di dapur tidak mempunyai bahagian tepi yang tajam dan berbahaya. Ini bagi mengelakkan kemalangan dalam rumah seperti terhantuk dan berdarah.

Maksimumkan Ruang
Maksimumkan penggunaan ruang di dapur seperti mengurangkan keghairahan menghias dapur dengan pelbagai barangan yang tidak perlu sehingga dapur kelihatan padat. Hiasan yang melampau mampu menarik minat anak-anak untuk mencapainya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Kaedah Simpan Barang
Simpan rempah ratus atau bahan-bahan masakan di tempat yang sesuai menggunakan bekas yang tidak mudah pecah. Antara rempah ratus yang boleh mendatangkan bahaya seperti serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan sebagainya. Kanak-kanak mudah tertarik dengan aktiviti 'main masak-masak'. Salah letak anak anda boleh ambil barang masak anda. 

Terlanjur bercerita ni, baru-baru ni Ash dalam diam-diam ada buat kerja. Huh... Dituangnya minyak masak ke lantai sampai separuh botol. Bukan kerugian minyak masak yang dipedulikan. Itu lantaklah... Tapi keselamatan Ash dari jatuh tergelicik dan kepala terhentak ke lantai yang lebih dikisahkan. Tangan agak cepat juga Farah sewaktu insiden berlaku. Haaaa... Kannn dah kena babab dengan Mommy dan kena marah dengan Mommy tak pasal-pasal. Biarkan dia menangis kena babab dan marah dari Mommy menangis tak berlagu. Tapi taklah kuat bababnya, marah yang lebih. Menangis tersedu-sedu dia. Lepas marah cepat-cepat pujuk balik. Kejap jer menangis. Selepas itu terangkan kepada dia secara perlahan-lahan bahaya kelakuan dia agar tidak berulang. 

Walaupun mungkin tidak faham tetapi perlu diajar dengan sebaik mungkin. Mujur Farah perasan cepat. Ambil Ash bersihkan dia dan kemudian hantar ke ruang tamu dan lekakan dia dengan permainan dan kartun kegemaran dia. Bila dia dah leka, cepat-cepat ke dapur lap minyak yang tumpah dan mop dengan air sabun lantai yang panas untuk memastikan betul-betul bersih dan tidak licin sehingga boleh mengakibatkan sesiapa sahaja di dalam rumah tergelicik. 

Silap sendiri pun ada, Farah akui cuai... Minyak masak yang telah digunakan diletakkan di kabinet dapur bahagian bawah dan terlupa kunci. Sejak dari hari tu terus alihkan letak di kabinet atas. Kecuaian yang mungkin berlaku tanpa sedar yang mana kita bukanlah manusia yang sempurna. Pasti ada khilafnya. 

Hati-hatilah kita semua sebagai ibu bapa tentang keadaan di dapur dan anak-anak kita. Pesanan ni merangkum sebagai ingatan kepada diri sendiri juga. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jangan Alpa Beberapa Perkara Di Dapur Ini Jika Anda Beranak Kecil..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, October 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Betul, bahaya kalau kanak-kanak masuk dapur. Ada Lissa pernah dengar, baby tertumpah air panas mendidih.. habis melecur satu badan.. huuu ngeri ;-(

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY