Jaga Malam??? Biasalah Tu...

Farah Waheda Wahid
10

Berjaga malam??? Biasalah tu kann? Bila bergelar ibu atau bapa yang beranak kecil ni, hatta anak dah besar sekalipun, kalau anak tidak sihat tu, kita-kita ni memang tak akan boleh lena nak tidur punya. :-). Ash demam buat kesekian kalinya setelah lama tak demam betul-betul punya demam. Aikkk, demam yang lain tak betul ke? 

Bukanlah macam tu maksud Farah. Maksud Farah adalah demam dengan suhu yang tinggi seperti sewaktu dia kena "fits" dulu. Ho ho ho... Bila Ash demam dengan suhu yang terlalu tinggi, orang yang jadi seriau seseriau seriaunya adalah Mommy dia lah siapa lagi? Sebab jujur diakui masih trauma dengan insiden di bulan Februari 2015 yang lalu. Hu hu hu... Dalam hati memang berdoa banyak-banyak agar insiden itu tidak akan pernah berulang lagi dalam kamus hidup kami anak-beranak. 

Bermula dengan bacaan pertama... 


Bacaan pertama 39.2 pada lebih kurang jam 11.00 malam, memang tindakan segera apa yang patut dilakukan oleh Farah. Basahkan tuala dan tekap di badan serta dahi Ash. Kepala dia terasa bahang sangat. Bahagian perut dan badan juga panas. Tangan dan kaki sejuk macam air batu. Beri makan ubat demam yang memang sedia ada di dalam peti ais yang masih belum sampai tarikh luputnya ok? Dengan harapan suhu badan Ash turun. Nak dimandikan dah malam. Tapi dalam hati, kalau dah terpaksa, mandikan juga ni nanti. 

Ok tak apa, kita sabar dulu... Bacaan kedua diambil pada jam 11.35 malam... 


Alhamdulillah, ada menunjukkan penurunan suhu sedikit. Dalam hati, moga-moga terus turunlah hendaknya suhu panas tu. 

6 jam yang lepas dia muntah. Dan 6 jam yang lepas juga bacaannya menjadi...


37.1... Mengerang dia tidur... Mommy hilang sekejap pun dia mencari. Terpaksa ganti dengan Nek Ma sebab hari ni hari pertama Mommy bekerja semula setelah berehat selama beberapa ketika dari kerja. Tidak boleh tidak, tanggungjawab yang satu ini menanti Farah. Kalau ada pilihan memang tidak mahu meninggalkan dia hari ini. Tapi terpaksa...sebab tu semalam berusaha apa yang boleh untuk menurunkan suhu badan dia. Cuma nak anak cepat sembuh. Macam tulah... 

Penyakit biasa semua ibu-ibu, berat nak tinggalkan anak bila anak tidak sihat. Berat tak berat, tetap perlu bekerja. Tapi kalau teruk sangat dah, memang tak kerjalah kan? Pesanan ditinggalkan supaya memberikan ubat demam setiap 4 jam sekali, dimandikan setiap 2 jam sekali, jangan pakaikan baju tebal kalau boleh biarkan tidak berbaju kalai nak berbaju sangat pakaikan baju lubang-lubang dan semestinya jika keadaan bertambah serius Farah perlu dihubungi tak kira apa pun. Hu hu hu, banyak pesanan khidmat masyarakat tau tak? 

Semestinya sedari 7.00 pagi tadi, setiap sejam Farah telefon bertanyakan keadaan Ash. Di pejabat pun tetap masih pantau. Uhuksss, cepatlah pukul 5.00 petang oiiii... Apasal terasa macam lambat jer jarum tu berputar ek? Wakakaka... Ubat "Voltaren Suppository" tu memang ada jer "standby" dalam peti ais tu, tapi seboleh-boleh kalau tak perlu tak nak sumbat di punggung dia. 

Masih memantau keadaan Ash sehingga kini dan pukul 5.00 petang ni, memang nak terus "shoot" balik dan bawa dia ke klinik kalau tak kebah lagi... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mesti tak senang duduk kan Farah?semoga panas nya turun hari ni..demam nak pandai tu..saya kalau anak demam pun macam tu jugak.Tak tidur malam..menagntuk memang mengantuk tapi bila nak paksa mata ni tidur pun tak boleh dah sebab hati tak senang..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah moga Ash cepat sembuh ye sayang.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Farah, walaupun anak dah besar tapi kalau tak sihat, memang berjaga malam dibuatnya,
    risau sangat bila demam ni, smlm akak pun bawa anak ke klinik sebab demam, selsema, batuk.. kebanykan nya kerana jerebu lah ..

    ReplyDelete
  4. Bila dah jadi mommy dan ada experience mestilah takut hal yg sama terjadi lagi kan Farah
    Tapi rasa kakak sekarang Nekma yg jaga taklah bimbang sangat..

    ReplyDelete
  5. btul2 tu farah, risau kalau anak2 tak sihat... get well soon ash.. sayang ash..

    ReplyDelete
  6. Kita geng ash...moga ash segera sihat ye...

    ReplyDelete
  7. Betul kak Farah..lelama dah jadi biaasa walau tak cukup tidur janji dapat jaga anak time dia sakit..semoga Ash cepat sembuh dan sihat macam biasa..Amin..

    ReplyDelete
  8. Mmg mencabar mnjaga anak yg x sihat...x cukup tidur tu mmg dh biase tp kite puas hati dpt pantau anak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !