Home » , , , , , , » Bibir Anda Lebam??? Cubalah Petua Merawat Bibir Lebam Ini...

Bibir Anda Lebam??? Cubalah Petua Merawat Bibir Lebam Ini...

Sumber dari Google
Bila gincu dicalitkan segalanya terlindung yer tak? Tak nampak pun lebam di bibir tu... Tapi bila tiada gincu dicalit... Pucatnya semacam, lebamnya semacam... Ramai wanita mengalami masalah ini agaknya di luar sana dan perihal bibir lebam ni adalah salah satu perkara yang Farah "concern" sebenarnya... Sebab...lain benar rupanya dan bezanya antara bibir bergincu dan tidak bergincu... Bila bergincu seperti di atas, bila tidak bergincu... 

Sumber dari Google+
Salah satu antara mimpi ngeri seseorang wanita... Hu hu hu... Anda suka ke jika bibir anda kelihatan lebam seperti gambar di atas ni? Farah tak suka... Untuk pengetahuan anda, bibir ni merupakan salah satu bahagian dari tubuh  yang cukup terdedah kepada cahaya matahari. Bibir tidak mempunyai melanin iaitu pigmen kulit yang berfungsi untuk menangkis sinar ultraviolet yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Jadi, sebab itulah bibir menjadi sangat terdedah jika terkena matahari. 

Dan!!! Tidak semestinya seseorang itu adalah perokok dan bibirnya hitam disebabkan merokok ok? Kadang-kala ianya disebabkan oleh penggunaan gincu bibir itu sendiri. Jadi jangan nak semberono salah sangka orang yang bibir hitam tu sebab kesan merokok... Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan... Bawa-bawa berfikir secara positif ok? 

Bagaimana nak rawat? Mungkin artikel dari SINI mampu menyelesaikan masalah anda...Jom kita lihat apa yang dikongsikan oleh artikel yang dimaksudkan... 

Cara Berkesan Merawat Bibir Hitam Akibat Kesan Penggunaan Gincu Yang Salah:

Sapukan Madu
Anda boleh cuba menyapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Kita mungkin akan merasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. He he he... 

Sapukan Ubat Gigi Ke Bibir 3 Minit Sebelum Mandi
Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ini juga boleh membuang semua kesan gincu pada bibir anda.

Limau Nipis Atau Lemon
Limau nipis atau lemon adalah agen pemutih semulajadi sekaligus membantu mengeluarkan sel-sel mati daripada tubuh. Gosokkan sepotong limau nipis atau lemon pada bibir dengan lembut selama dua minit. Biarkan selama 10 minit. Setelah itu, bersihkan dengan air suam. Lakukannya pada setiap hari untuk merawat bibir hitam.

Serbuk Kunyit
Campurkan sejemput serbuk kunyit dengan satu sudu teh susu. Sapukan pada bibir untuk merawat bibir hitam agar kembali berseri. Praktikkan tips ini pada setiap hari sebelum tidur untuk memperolehi hasil yang terbaik. :-) 

Bahan-bahan tidaklah susah nak jumpa kan? Paling senang sekali adalah ubat gigi...Sebelum mandi tu boleh jer kalau nak buat kan? Makanya...selamat merawat bibir semua... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bibir Anda Lebam??? Cubalah Petua Merawat Bibir Lebam Ini... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, October 15, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Wah..wah..blink..blink..bling..bling..boleh cuba ni.. (o)

    ReplyDelete
  2. As Salam Farah..wah boleh cuba petua utk elak bibir lebam,barang pun mudah mmg ada kat rumah dah kan..

    ReplyDelete
  3. ubat gigi tu , saya pernah buat dulu . memang merah bibir ...

    ReplyDelete
  4. Nice tips tp petua letak madu tu mmg bgus dan berkesan :)

    Jom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!

    ReplyDelete
  5. bgs ni... ada yg kata lps berus gigi, berus skali bibir tu utk buang sel2 kulit mati...

    ReplyDelete
  6. tq sharing dear... Kak Alycia guna lip mask produk Mary kay...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY