Ahad, 25 Oktober 2015 - hari pertama Iman Firash akan menjejakkan kaki ke sekolah main... "playschool"... Ahaksss, walaupun sekolah main tetapi Mommy dia tetap lebih-lebih fikir macam-macam dan berdebar-debar. Berdegup laju pula jantung ni "uolsss". Iyalah perkara baru untuk anak kan? Pastilah terbayang-bayang bagaimanakah penerimaan dia. Sebab selama ini tidak pernah dihantar ke mana-mana pun pusat perkembangan minda.
Awal sangat? Baru 2 tahun dah sibuk hantar ke sekolah? Alaaa... Sekolah main jer pun... Pusat perkembangan minda bagi melatih skil serta memperkembangkan minda. Beri dia ruang untuk bersosial dan bergembira sikit. Tak salah kan? Lagipun ianya dibahagikan secara khusus mengikut kesesuaian peringkat umur.
Buku dan beg sekolah dah siap ke? Wakakakaka... Tak perlu... Cuma perlu bawa susu, air suam, lampin pakai buang, baju persalinan jika perlu dan juga 2 pasang stokin iaitu stokin Mommy dan Ash. Mommy pun nak beraktiviti sama ok? "Our way of doing things together". Sekurang-kurangnya taklah Ash rasa bosan kan? Adaaaa juga aktivitinya...
Hurmmm...agaknya macam manalah esok yer Ash di dalam kelas yang pertama? In Shaa Allah, nanti Farah bakal kongsikan juga pengalaman baru bersama kami ini di Bubblynotes.Com.
wah... bgus ash...
ReplyDeleteAlhamdulillah..moment pertama di sekolah..langkah pertama..bissmillah..
ReplyDeleteAdoi..kita pulak yang berdebar..nanti update tentang ni ye farah..
ReplyDeletesemoga baik-baik saja ash.. :)
ReplyDelete