Home » , , , , , , , , » Bagaimana Menghadkan Masa Menonton TV Anak-Anak...

Bagaimana Menghadkan Masa Menonton TV Anak-Anak...

Sumber dari Google
Nak kata tak terdedah langsung pada televisyen tu memang tipulah kan? Hari-hari kebanyakkan pada masa saluran pilihan adalah saluran Disney Junior. Tipulah kalau Farah kata Farah tak ada kebimbangan jika Ash terlalu asyik atau ketagihan televisyen kan? Ianya belum berlaku tetapi tidak mustahil untuk berlaku. Maka? Dah jadi tanggungjawab dan tugas Farah lah untuk bersiap sedia cari jalan penyelesaian sekiranya ia berlaku. Moga-moga taklah kannn? 

Menurut satu kajian yang pernah dijalankan sepertimana yang Farah baca, didapati kanak-kanak berumur 2-5 tahun menghabiskan masa sehingga 32 jam seminggu menonton televisyen, dan kanak-kanak yang berumur 6 -11 tahun pula menghabiskan kira-kira 28 jam masa mereka dengan menonton televisyen.

Kenapa Farah memandang berat tentang perlunya ada had menonton televisyen buat anak? Farah rasa mungkin bukan Farah seorang, ada lagi ibu bapa di luar sana yang berpendapat yang hampir sama tetapi tidak serupa. Terlalu banyak menonton televisyen boleh menyebabkan masalah di dalam menumpukan perhatian, masalah dalam pergaulan dan masalah kesihatan yang lain seperti rabun. Perlu menghadkanmasa menonton televisyen anak-anak ni demi perkembangan fizikal dan juga sosialnya.

Bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh menghadkan masa menonton televisyen di kalangan anak-anak? Mungkin ianya dirasakan agak sukar tetapi sebenarnya ada beberapa tips yang boleh diusahakan dan dicuba seperti yang dikongsikan oleh artikel di SINI...

Tempatkan Televisyen Di Tempat Khas Yang Utama Di Dalam Rumah Seperti Ruang Tamu
Jika televisyen berada di ruang yang terbatas dari penglihatan kita, anak-anak mungkin menonton televisyen tanpa pengetahuan kita. Pastikan televisyen dikelilingi barangan lain seperti buku-buku atau rak-rak yang menyimpan barangan lain seperti permainan kanak-kanak. Ini dapat mengalih tumpuan anak-anak dari melihat televisyen adalah hiburan utama (malah satu-satunya) di dalam rumah. Ooo...kiranya apa yang Farah buat selama ni betul lah... Ihiksss

Tetapkan Peraturan Khas Menonton Televisyen
Memang dah ada perancangan dah untuk perkara ini. Menonton televisyen adalah dilarang semasa menyiapkan kerja rumah, masa makan bersama keluarga dan apabila anak-anak melakukan kerja mengemas rumah atau kerja penting lain. Benarkan anak-anak menonton televisyen pada waktu yang telah ditetapkan beberapa jam sehari, dan kuatkuasakan peraturan dengan menutup televisyen setelah waktubyang ditetapkan tamat. Kiranya jika ada rancangan yang anak minat kita boleh rakamkan terlebih dahulu agar mereka tidak terlepas menonton. Astro PVR kan ada... 

Galakkan Anak-Anak Menyertai Aktiviti Rekreasi Sebagai Alternatif
Apa tu orang kata? Sibukkan masa anak tu sampai tak ada masa nak habiskan terlalu banyak di hadapan televisyen. Daftarkan anak kita untuk menyertai aktiviti yang menyihatkan dan memberi faedah bagi mengisi masa mereka seperti kelas taekwondo, silat, kelas seni dan muzik dan kelas agama. Aktiviti yang membawa mereka keluar dari rumah. 

Jika ini bukan suatu pilihan bagi anda atas sebab tertentu, maka kita perlu berusaha untuk meluanfkan sedikit masa dengan anak-anak kita supaya mereka tidak menonton televisyen. Contoh aktiviti yang bolehbdilakukan adalah bermain catur, "jogging" dan berenang atau meluang masa di taman rekreasi bersama keluarga beberapa jam dalam seminggu.

Beri Contoh Yang Baik Daripada Diri Kita Sendiri
Anak-anak akan mengikut cara apa yang dilihat pada ibu bapa mereka. Oleh itu, kita sendiri sebenarnya harus menghad masa menonton televisyen dan lebihkan masa dengan melakukan aktiviti lain. Membaca buku beramai-ramai bersama keluarga adalah satu aktiviti yang baik. 

Jika ada kelapangan masa yang panjang seperti hujung minggu, anda boleh melakukan aktiviti rekreasi yang melibatkan anak-anak seperti memancing di luar kota. Jika tidak, cukuplah sekadar aktiviti di rumah seperti berkebun dan memasak. 

Jadikan Menonton Televisyen Sebagai Aktiviti Bersama 
Tetap masa khusus untuk menonton televisyen beramai-ramai seperti hujung minggu dan awal malam, apabila tiada kerja lain yang perlu dibuat. Ibu bapa boleh mengulas dengan anak-anak mengenai rancangan yangbtelah mereka tonton, supaya keadaan tidak terlalu pasif dan kita bolehbterlibat dengan kehidupan anak-anak. Ia juga membolehkan kita mengawal rancangan yang bersesuaian dan menukar saluran jika kita merasakan anak kita tidak harus menonton rancangan itu.

Boleh Menonton Tetapi Bersyarat
Tambahan sendiri dari Farah, khusus untuk yang telah bersekolah... Siapkan kerja sekolah dan harus ulangkaji pelajaran terlebih dahulu. Jika tidak??? "No TV". 

Tidak sukar sebenarnya untuk mengawal anak-anak kita dari terus menerus menjadi hamba televisyen. Yang penting kita harus konsisten dan tegas dengan peraturan kita. In Shaa Allah, segala usaha kita untuk mendidik anak-anak ini akan terbalas dengan anak yang baik soleh. Anak-anak mungkin akan protes pada mulanya tetapi lama-kelamaan mereka akan akur dan mengikut kemahuan kita. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bagaimana Menghadkan Masa Menonton TV Anak-Anak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Betul tu Farah...bukan nak bangga diri...akak latih anak akak since umur 5 tahun..tengok tv ada timing..waktu tidur pun sama, masuk bilik waktu yg ditetapkan walaupun tak terus lelap, golek2 dulu atas katil pun takpe...at least dia ikut jadual..alhamdulillah dia boleh ikut sampai skrg ...tak terlalu fanatik dgn tv..:)

    ReplyDelete
  2. Boleh tengok tv tapi bersyarat..itu yang makcik makcik PC buat pada anak anak mereka..hehe..

    ReplyDelete
  3. mikhail sekarang ni asyik tengok youtube kat tepon.. balik rumah, mintak tepon dia..nak marah anak pun tak boleh, sebab ibunya pun pegang tepon update blog, fb, ig..hahhahaa

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY