Home » , , , , » Antara Ubat Farmasi Dan Ubat Klinik...

Antara Ubat Farmasi Dan Ubat Klinik...


Akhirnya antibodi diri ini tewas juga tatkala Malaysia dilanda jerebu teruk. Ni semua salah pembakar-pembakar hutan di negara jiran kita lah ni. Kadang-kadang terbayang kita di Malaysia ni dah teruk begini, agaknya di negara jiran tu yang paling dekat dengan tempat kejadian entah bagaimanalah menderitanya mereka kan? Si pelaku tu tak fikir pakai akal yang waras gamaknya kesan dan impak yang bakal berlaku dari aktiviti pembakaran hutan tu. 

Kerana? Kos pembakaran hutan lebih murah dari menebang? Tanah lebih subur jika dibakar berbanding ditebang? Nak bunuh umat manusia di Malaysia, Indonesia dan Singapura ke apa? Susah bila tak berfikir panjang ni. Ozon pun semakin menipislah kalau setiap tahun ada acara tahunan begini. Yang kasihannya bayi, kanak-kanak dan warga emas lah. Tolonglag cintai bumi dan alam yang dah tua ni. Hurmmm... Membebel panjang-panjang pun bukannya sampai pada pelaku yer tak? Kalau sampai pun mungkin buat dek jer... Yang penting keuntungan... Duit duit duit... 

Akhirnya tewas tapi belum rebah. He he he... Demam, selesema, batuk, sakit tekak... Risau juga sebenarnya sebab Ash pun belum stabil sangat lagi. Dahlah dia "clinging"... Takut baru nak sembuh, jangkit balik dengan Mommy... Hati meronta-ronta nak cium dia. Tapi seboleh-boleh elak "contact" mulut ke mulut. Cium tempat lain jer. Ha ha ha... Ash suka cium mulut Mommy. 

Nak pergi ke klinik panel jauh benar... Malas pula nak pergi jauh-jauh... Sudahnya ke farmasi kerana masa juga mencemburui. Lagipun hari Ahad kalau tak penting dalam keadaan berjerebu macam ni, eloklah duduk diam-diam jer di rumah. Farmasi pun ok apa? Lagipun ahli farmasi terlatih mengetahui preskripsi ubat. Bukan semberono jer beli ubat. Yang penting tetap boleh "claim" kembali... Ha ha ha... Tu penting tu... 

Tak ada istilah berehat walau tak berapa nak sihat dalam dunia keibuan nih... Tugas tetap perlu diteruskan dan tak boleh dibiarkan terhenti... Untuk semua, kurangkan aktiviti luar dan jaga kesihatan yer... "We are all prone to health issues during this critical time of haze..."... 
Terimakasih telah membaca artikel Antara Ubat Farmasi Dan Ubat Klinik.... Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

2 komentar:

  1. Kite dah sebulannnn batukkk...seksaaaa oiiii

    ReplyDelete
  2. Semput kita pun masih bersisa lagi ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.