Anak Sebagai Tempat Pelepas Kemarahan???

Sumber dari Google
Konsepnya sama ibarat, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Anda marahkan sesuatu perkara atau anda marahkan seseorang yang lain namun orang lain yang menjadi mangsa kemarahan anda. Yang mana, perkara ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku. Lebih-lebih lagi anak -anak. Itu tandanya jiwa anda sakit dan anda tidak mampu "align" pemikiran anda serta mengawal emosi serta amarah yang meluap-luap. 

Sumber dari Google

Fikirkan sejenak, hadam dalam-dalam... Adakah wajar anak-anak anda menjadi mangsa atas masalah anda yang lain? Ketika marah mungkin emosi membatasi akal waras anda tetapi bila sudah di dalam tempoh bertenang dan kesedaran telah sampai semula? Anda merasa sesal dan kesal di atas perkara yang telah berlaku serta tidak boleh ditarik kembali??? Kemudiannya teruskan hari-hari anda seperti biasa dengan membiarkan sesal dan kesal itu berlalu atau tinggal berbekas di dalam hati anda sepanjang hayat? 

Sumber dari Google
Lebih teruk jika ada tangan anda yang hinggap pada tubuh anak. Kesannya? Kita mungkin rasa lega kerana marah yang kita pendam itu telahpun dilepaskan tetapi kesannya makan dalam pada anak. Ia akan memberi kesan kepada emosi dan juga psikologi si anak. Adakah anda mahu perkara ini berlaku kepada anak anda? Mungkin anak-anak kelihatan seperti biasa selepas itu, tetapi percayalah mereka ingat apa yang telah mereka alami. Lebih-lebih lagi jika ianya terlalu kerap berlaku. 

Sumber dari Google
Kasihan wajah comel itu, kasihan kepada amanah Allah SWT itu dan ketahuilah anak-anak tidak terlibat dan tidak mengetahui apa-apa pun serta tidak perlu dipersalahkan pun di dalam masalah anda. Itu amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai ibu bapa. 

Ada satu perkongsian yang ingin Farah kongsikan kepada semua ibu bapa di luar sana yang mungkin bermanfaat buat anda semua yang dipetik dari artikel di SINI

Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tetapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini disebabkan oleh fakto dalaman dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga akan meningkat. Oleh hal yang demikian, jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. 

Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut: 

Bertenang
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati', ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imaginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. 

Susun Semula Pemikiran
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian. Bagi mengelakkan ini berlaku, kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "is sungguh mengecewakan", "ia memang teruk" atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal". Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda. 

Selesaikan Masalah
Kadang kala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat memenuhi perancangan anda. 

Komunikasi Yang Baik
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secara tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan. 

Bertukar Angin
Kadang kala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyan akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu, anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri. Pergilah melancong untuk memperbaharui "mood". 

Marahlah Secara Sihat
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu, luahkan agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya kaunselor. 

Bayangkan Sesuatu Yang Seronok
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda. 

Gunakan Teknik Pernafasan Yang Betul
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan-lahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengar bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.

Mengucapkan Ta'awuz
Iaitu membaca: A'uzu billahiminassyaithanirrajim. Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.

Lakukan Sesuatu Untuk Mengawal Marah
Hendaklah duduk jika sedang beriru, berbaringlah jika dia sedang duduk. Jika tidak hilang juga kemaragan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhu' (air sembahyang) sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu mrah, maka ambillah wudhu',(air sembahyang) hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasulullah SAW "Ketahuilah sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yang demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi" meletakkan semulia-mulia anggota pada tubuh manusia kepada sehina-hina tempat supaya terhapus takkabur (ego) nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu. Sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kepada tanah ia dikembalikan. Tidak wajar baginya merasa takabbur, angkuh dan sombong. 

Menahan diri daripada marah adalah sifat yang baik dan terpuji, justeru Allah ada menyebut dalam kitabNya Al Quranul Karim tentang orang yang menahan diri daripada marah, Al kaadzimiinal ghaizd. Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu Daud. 

Jangan jadikan anak sebagai mangsa dan tempat melepaskan kemarahan anda atas sesuatu perkara yang lain. Lihat wajah comel mereka, lihat anak mata mereka serta tenung sedalamnya dan ingat kembali bagaimana kita dianugerahkan oleh Allah SWT anak itu. Tekanan bukan tiket melepaskan marah kepada anak. Itu bukanlah cara yang betul. Semoga kita semua sebagai ibu bapa dapat berfikir dan dapat memuhasabah diri kita masing-masing. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Sebagai Tempat Pelepas Kemarahan???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, October 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Info yang menarik. Sebaik-baiknya kita pandai mengawal emosi geram dengan banyak beristighfar. Perangai melepas geram boleh membuatkan anak kita bersikap introvert seperti tidak suka bergaul, tidak suka mencuba dan bersikap penakut. Ia boleh membantutkan proses pembelajaran.

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulilah, perkongsian yg sgt baik ni farah, garang dengan marah nampak mcm sama kan, garang mcm julia sebab tegas, marah biar bertempat tapi jgn malukan anak depan public...maruah dia kan, kdg2 marah tu perlu tp dengan cara tertib dan last sekali peluklah anak lepas marah...apa sebab kita marah kan...

    ReplyDelete
  3. Nani biasanya kalau marah Nani kena duduk sorang2 tak pun pergi minum air sejuk. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Selalu menyesal lepas marah anak huhu

    ReplyDelete
  5. memang ibu bapa kena byk2 bersabar....lagi2 ibu. suka point marah yang terkawal. kalau tak menyesal tak sudah
    Mengawal Kencing Manis Semasa Hamil

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY