Amy Shahira Shop - Beauty | Health | Tips

Farah Waheda Wahid
3

Bila ada masa lapang selain dari "blogwalking" dan juga "update" blog dan media sosial kepunyaan Farah, Farah juga suka "browsing" sana sini sinun terutamanya yang melibatkan produk-produk kecantikan dan "maintenance" diri. Kalau bab cantik mantik dan "maintenance" ni, Farah suka buat perbandingan satu kedai atas talian di antara kedai atas talian yang lain. Dan kalau boleh, Farah suka kedai atas talian yang bila kita buka jer laman web tu, nah hamik semua terpampang di situ. Nak produk apa? Nak cari apa? Untuk apa? Semua ada di satu laman web kedai atas talian. Lebih mudah begitu kannn? Senang nak buat pilihan, senang nak membeli. Tetapi sebelum apa-apa haruslah membuat perbandingan di antara laman web kedai atas talian yang ada kerana sekarang ni memang banyak dan melambak-lambak laman web kedai atas talian. 

Tidak bermakna kita membeli atas talian, kita tidak ada pilihan untuk melakukan perbandingan harga dan barangan yang ditawarkan. Konsepnya sama ajer seperti kita "survey" barangan dari satu kedai ke kedai yang lain di alam realiti. Bezanya... bila membuat perbandingan laman web kedai atas talian ianya tidak mengkonsumsi petrol anda, wang tol anda (uhukss...tol pun baru naik kannn? elok sangatlah tu kita semua berjimat)... Yang sama, adalah masa...Masa diperlukan untuk membuat perbezaan atau perbandingan. 

Dahulunya Farah pernah berkongsi dengan anda tentang satu laman web kedai atas talian untuk produk-produk kecantikan iaitu HCube Shop - "Your Halal & Healthy Hub!!!", yang mana kedai atas talian tersebut menyediakan perkhidmatan jualan produk kecantikan kesihatan terkini dan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dan kali ini, sukalah kiranya Farah untuk berkongsi satu lagi kedai atas talian untuk menvariasikan pilihan anda iaitu Amy Shahira Shop - Beauty | Health | Tips.

Apakah Yang Ditawarkan Oleh Amy Shahira Shop?

Di Amy Shahira Shop anda mempunyai kelebihan untuk memilih atau membeli pelbagai produk kecantikan dari hanya satu laman web e-dagang di mana mereka menyediakan produk kecantikan kesihatan terkini seperti produk mencerah, memutih, melembab, merawat wajah, produk menghilangkan jerawat, parut, kurus, pembesaran payudara, penjagaan kulit, set bersalin, set solekan, set rawatan resdung dan banyak lagi. Apa yang ditawarkan semuanya adalah merupakan harga yang murah, asli dan berkualiti. Yang menariknya lagi... ada jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati.


Di antara jenama-jenama di bawah Amy Shahira Shop yang boleh anda dapatkan adalah (sila klik pada nama produk untuk maklumat lanjut mengenai sesuatu produk):

PRODUK "SUPPLEMENT" (KAPSUL/TABLET)


PRODUK "SUPPLEMENT" (SERBUK/MINUM)


PRODUK KOSMETIK / SOLEKAN


PRODUK PENJAGAAN KULIT & WAJAH (SET LENGKAP)


PRODUK PENJAGAAN KULIT & WAJAH (SET "SINGLE")



PRODUK KURUS / "SLIMMING" / DETOX




PRODUK INTIM WANITA


PRODUK SABUN / "MASK"


PRODUK KESIHATAN


Panjang senarai produknya, sampai ke bawah-bawah ni ha... Banyak pilihan produk-produk yang ditawarkan dan bila membeli di atas talian di satu pusat yang banyak pilihan ni, kerja kita pun jadi lebih mudah yer tak? Menurut pemilik Amy Shahira Shop mereka amat menitikberatkan kualiti dan juga keselesaan pelanggan ketika berurusan. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka. 

Penghantaran adalah ke SELURUH MALAYSIA yer dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran oleh POSLAJU.

Isnin - Jumaat : Tengah Malam
Membalas e-mel, membungkus "parcel" dan mengepos barang yang mana bayaran telah dilakukan.

Sabtu & Ahad : Cuti
Penghantaran akan dibuat pada hari Isnin berikutnya.

Masa Penghantaran
Sehari selepas anda membuat pembayaran produk yang dipesan. 

Untuk Maklumat Lanjut Bagi Sebarang Pertanyaan / Tempahan Sila Hubungi:

Najihah
013 | 368 9046




E-mail:
hcubeshop@gmail.com

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !