Sumber dari Google |
Bayi dan anak-anak kecil ni kalau dah selesema, bukan sekadar mereka jer yang tak selesa. Dengan kita-kita sekali naik rimas dan risau dibuatnya. Hingus meleleh, hidung tersumbat... Jika Ash dulu sehingga kini, pasti berkunyit hidup hidung tu yang mana Farah pernah kongsikan petua kunyit hidup tu di dalam entri Kunyit Hidup & Selesema Bayi... Bagi lega sikit "and it works". Ubat dari klinik dan hospital pun seiring diberikan juga mengikut dos yang telah dipreskripsikan.
Sebenarnya kannn... Tak perlu bersihkan hidung bayi ataupun anak kecil setiap hari. Cukup bersihkan bila hingus di dalam hidung banyak atau mungkin waktu bayi dan anak kecil selesema. Hingus boleh dibersihkan dengan menggunakan alat penyedut hidung. Tapi kalau terumbat sebab lendir, menurut artikel di SINI ada beberapa cara mudah untuk bersihkan lendir dan kotoran hidung...
Lakukan:
Gunakan putik kapas dan air suam. Masukkan putik kapas perlahan-lahan, jangan terlalu dalam. Bersihkan dengan melakukan gerakan memutar ke kiri dan ke kanan.
Ibu atau Bapa, Jangan Sesekali:
1. Keluarkan kotoran hidung menggunakan tisu atau jari anda kerana akan mendorong kotoran lebih dalam atau menggores membran pembatas hidung yang peka.
2. Bersihkan cuping hidung terlalu keras. Cuping bayi masih sangat lembut sehingga mudah terluka.
3. Sedut kedua-dua lubang sekaligus. Ini berbahaya kerana lendir boleh naik ke telinga tengah hingga menyebabkan jangkitan.
Setiap yang berkaitan dengan kesihatan anak memang kita perlu senantiasa ambil tahu dan tak boleh memandang ringan... Semoga bermanfaat buat kita semua...
Good Sharing..Thank you.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian fakta ni mommy..
ReplyDeleteGood sharing, Farah. Linda pun risau kalau anak selsema dan hidung tersumbat
ReplyDelete