10 Taman Tema Yang Bakal Dibuka Di Malaysia...

Farah Waheda Wahid
20
Nampaknya Malaysia akan penuh dengan taman tema pada masa akan datang nih...Macam-macam taman tema yang bakal dibina dan bakal dibuka dan kelihatan daripada visual semuanya menarik perhatian jer... Ha ha ha, lepas ni dah boleh letak syarat dah pada anak-anak... Sebelum berangan atau bercita-cita nak bercuti di taman tema di luar negara, apa kata kita habiskan pusing semua taman tema di Malaysia dulu? Sebab memang banyak sangat dah ni taman tema yang bakal dibina dan dibuka... 

Berdasarkan sumber di SINI, sumber ni tau bukan Farah... 

20th Century Fox Theme Park, Genting Highlands


Taman tema ini akan dibuka pada tahun 2016. Ianya merupakan taman Fox pertama di dunia. 20th Century Fox World Theme adalah sebahagian daripada pengubahsuaian Resort World Genting yang merangkumi 1300 bilik hotel tambahan bersebelahan First World Hotel. Taman tema baru ini akan mempunyai permainan dan tarikan berdasarkan filem seperti Ice Age, Life of PI, Alien, Predator dan Night At The Museum. 

Upin & Ipin Theme Park, Sepang


Dikatakan kartun animasi kegemaran kanak-kanak di Malaysia akan membuka taman tema pada tahun 2015/2016 yang berkonsepkan Disneyland. 

Ubisoft Theme Park, Kuala Lumpur


Dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2020 di Kuala Lumpur, taman ini akan menjadi kompleks tertutup 10,000 meter persegi yang menampilkan permainan, pertunjukan dan tarikan lain. 

Movie Animation Parks Studios (MAPS), Ipoh


Movie Animation Park Studios (MAPS) ini adalah salah satu projek yang paling unik yang sedang dijalankan dengan landskap riadah dan pelancongan di Malaysia. Akan disiapkan pada 2016, MAPS menawarkan 40 tarikan dalam 6 zon bertemakan Dreamworks Adventure Zone yang menampilak Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper The Friendly Ghost, termasuklah The Smurfs Live Animation Attractions, Home of BoBoiBoy, Malaysia Tallest Drop Tower dan banyak lagi. 

Langkawi Eco Theme Park, Langkawi 


Akan dibuka pada 2015/2016 taman tema ini akan ada pusat membeli-belah dengan hotel butik di Gunung Machinchang. Satu tarikan utama di taman tema ini adalah penerbangan Omnidome 3D dengan kerjasama National Geographic dan dinamakan Flight Over Langkawi. 

Splash Park, Port Dickson


Taman tema yang akan dibuka ini merupakan taman tema terbesar di Negeri Sembilan.

Jurrasic Park, Melaka


Nampak seperti dinosaur dalam Jurassic Park datang ke Malaysia. Taman tema dinosaur di Dataran 1Malaysia Klebang ini akan menjadi Jurassic Park pertama di Asia. 

Sea World, Melaka


Sea World di Melaka ini dikatakan lebih besar daripada Underwater World di Langkawi. Ia juga akan menempatkan ikan lumba-lumba, jerung dan lain-lain haiwan laut dengan lebih dekat.

Eco Marine Theme Park, Melaka


Eco Marine Theme Park Water Fountain dan Laser Show ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada Disember 2015 ini. 

Ocean Quest Marine Theme Park dan Ocean Splash Water Park, Johor


Taman tema yang akan dibuka di Desaru ini adalah sebuah taman laut interaktif dan memberi tumpuan kepada spesies terancam. Ocean Splash akan menjadi taman air kualiti antarabangsa dan sangat berbeza daripada mana-mana taman air yang ada di Malaysia.

Sakannn, banyak betul taman tema di Malaysia ni nanti...Kena ada 12 buah taman tema baru sebulan 1 taman tema 1 keluarga nantinya... He he he... Wahhh, banyaknya tempat yang Ash nak kena pergi...Ihikss...LegoLand pun belum lepas lagi oiiii, bukan tak nak pergi tapi tunggu Ash besar sikit, baru boleh bawa dia ke sana, baru seronok main tu main ni kannn? 

Post a Comment

20Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. pergghh, memang banyak giler... yang kat genting tu, memang duk tunggu masuk 2016 ni baru nak jejak lagi sekali, tengok meriah sangat gituu.... :D

    ReplyDelete
  2. Ash..jangan lupa ajak aunty PC..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. byknye taman. semua nampak menarik.byk tempat yg dekat2 lak tu. Upin & Ipin Theme Park tu dah siap mesti terjah.

    ReplyDelete
  4. Untung anak2 kita nanti..banyak tempat boleh pi..tapi harap2 dengan lambakan taman tem ni akan buat tiket masuk tu dikurangkan lah siket..heheheh

    ReplyDelete
  5. Wah menariknya.. Semakin seronok lah nak ke Melaka lepas ini..

    ReplyDelete
  6. wow.. Nanti boleh bawak Akiff pergi Taman tema Upin ipin tuu...

    ReplyDelete
  7. Theme park Upin Ipin Sepang he he he nape tak tahu info ni ??? ketinggalan betullah

    ReplyDelete
  8. aih...semua tempat untuk tarik perhatian Dania...parah la...

    ReplyDelete
  9. Tak sabarrnya nak tunggu semuaa siap..haruss kena terjah ni esp yang genting tuu..hihih

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaa....kumpul duit je la nak p sini ...hihi

    ReplyDelete
  11. bestnya tapi mesti mahal...over RM100 tak mampu la dek non...

    ReplyDelete
  12. salam singgah sini farah....wahh....bnyknya taman tema nak buka yer...bila lah ada peluang ke sana....

    ReplyDelete
  13. Wahhh..mmg bestla cuti sek p jalan²..yg upin ipin tu mst penuh mak ayah mt bwk anak2..jurassic park pn mcm best

    ReplyDelete
  14. salam kak farahhhhh sorry lama tak singgah..dah bertambah tambah tambah baik blog akak yerrrrrr kipidappp

    ReplyDelete
  15. wow bestnya.. gud info dear.. yg upin ipin tu nmpak menarik lgpun dekat je.. yg kat langkawi tu pun menarik...

    ReplyDelete
  16. waaaww~ kena start kumpul duit ni. travel ke semua tempat. haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !