Kenal ke? Wajah siapa di dalam gambar di atas? He he he...Apa punya soalanlah ni kan? Pagi-pagi Jumaat ni ting tong pula sikit kepala ni. Dalam Bubblynotes.Com ni memang penuh cerita dia, memang penuh gambar dia. Siapa lagi, tak lain tak bukan Iman Firash lerrr...
Wajib ada??? Sebenarnya tak pernah pun dengar sesiapa meletakkan peraturan ataupun syarat bahawasanya setiap anak kecil yang dilahirkan wajib dipakaikan baju lubang-lubang seperti yang kelihatan di dalam gambar Ash di atas. Kalau nak ikut-ikutkan fesyen baju lubang-lubang ni memang "trend legend". Dari zaman-zaman Farah kecil dan mungkin zaman anda juga, baju lubang-lubang ni dah wujud kann? Ikut ibu bapa secara individulah, sama ada nak memakaikan anak-anak masing-masing dengan baju lubang-lubang ni ke tak nak... Citarasa masing-masing kan berbeza?
Tapi, bagi Nek Ma Ash, wajib ada!!! Dia lebih suka bayi dan kanak-kanak kecil memakai baju lubang-lubang begini. "Preference" dia, tak boleh nak kata apa. Dia ada sebabnya yang tersendiri, Farah tau dan Farah pun faham apa dia tu. Memang di dalam rumpun keluarga Farah, setiap bayi dan kanak-kanak pasti memiliki koleksi baju lubang-lubang nih.
Secara umumnya, baju lubang-lubang ni tak panas, tak berkuwap. Makanya, anak-anak kecil akan merasa lebih selesa kerana angin juga boleh masuk melalui lubang-lubang kecil itu. Perpeluhan juga boleh diminimakan dan risiko ruam juga boleh dikurangkan. Yerlah, sebab bajunya berlubang-lubang kann??? Ihikss...Sejukkk...
Dari pengalaman sendiri pula, selain dari perkara yang dinyatakan di atas, sebenarnya kalau anak-anak kecil demam panas...Elok sangatlahhh dipakaikan baju jenis lubang-lubang ni kalau tak nak dibiarkan tidak berbaju. Bila anak-anak demam panas apa yang perlu kita lakukan adalah menurunkan suhu badan mereka secepat mungkin. Selain dari "sponge" keseluruhan badan mereka, beri mereka ubat... Badan mereka juga tidak boleh dibiarkan berkuwap dan tiada pengaliran udara. Bimbang nanti kalau-kalau terjadi sawan demam atau sawan tarik.
Tu yang Farah nampak lah kenapa baju lubang-lubang ni diperkenalkan dan direkacipta. Ihiksss... Tapi rasanya boleh diterima pakai kan apa yang Farah bebelkan di dalam entri ni?
*Baju lubang-lubang Ash memang banyak... Lepas ni semua simpan buat tukun... Muahaha...
buju lubang-luba ng tu baju bebek kan. HEHeh
ReplyDeleteKannn, baju lubang lubang ni memang baby2 selalu pakai. Hikhik :D
ReplyDeleteingat lagi anak ena lama pakai baju lubang2 ni terutama mlm
ReplyDeletesimpan utk adik no 2 la...buat tukun watpe kan ash....hehehee...memang baju ni sangat-sagat nostalgia...11 thun dah x beli..ahaks...
ReplyDeletebaju lubang-lubang...hahaha..comel je nama kannnn
ReplyDeletetapi best kan bila tengok baby pakai baju lubang-lubang ni. tengok rasa selesa ja sebab tak panas. hehe
ReplyDeleteMV pun wajib beli baju lubang-lubang ni sebab takut baby panas...hihi
ReplyDeleteawfiyah sampai sekarang ummi dia belikan baju lubang2..x panas,,
ReplyDelete