#TodayisHere... Penerbangan Pertama MALAYSIA AIRLINES BERHAD

Farah Waheda Wahid
13

Semalam, 1 September 2015, seawal jam 3 pagi Farah telah memulakan perjalanan menuju ke KLIA, Sepang untuk turut menjadi sebahagian daripada sejarah MALAYSIA AIRLINES BERHAD (MAB) bersama-sama dengan beberapa orang rakan blogger yang lain iaitu Ben Ashaari, Evelyn, Pamela dan juga KY sebagai "INFLUENCER". Setelah menerima Sijil Pengendali Udara atau "Air Operator Certificate" (AOC) selepas berbulan lamanya melalui proses audit termasuk dari segi kelayakan operasi, penyelenggaraan pesawat dan kesesuaian kawal selia, akhirnya secara rasminya MAB telah memulakan operasi di bawah entiti yang baru semalam.


Sejarah tercipta dan Farah serta rakan-rakan blogger yang lain telah diberikan peluang untuk menyertai "Mini FAM Trip to the Pearl of Orient" iaitu Pulau Pinang sempena penjenamaan baru MAB ini. Apa yang boleh Farah katakan, tentulah perasaan teruja itu ada di dalam diri kan? :-)... Petugas-petugas yang peramah dan murah dengan senyuman menjadikan Farah selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MAB.


Untuk pengetahuan umum, menurut sumber di SINI, bermula dari semalam, MAB beroperasi sebagai entiti komersial dan bukan lagi entiti kerajaan. Dan ada juga di antara para penumpang yang Farah dapati tidak menyedari perkara ini. :-)... Sehinggalah, kakak yang cantik ni, menyorong troli yang berisi dengan patung beruang memakai baju seragam juruterbang dan memaklumkan kepada para penumpang bahawasanya, semalam adalah hari pertama penerbangan MAB dan pihak MAB berbesar hati untuk memberikan sedikit cenderamata kepada para penumpang yang bakal menaiki pesawat pertama MAB semalam.


Cakkk!!! Comel kannn patung beruang yang berbaju seragam juruterbang nih? Farah pun dapat lerrr... Hu hu hu, tetapi dah boleh agak dah, balik rumah nanti, mesti akan jadi hak milik orang lain iaitu Ash. Mak dengan anak kan sama jer? Minat dengan "plush toys"... Ha ha ha...


Kami dah bersedia untuk menaiki penerbangan pertama MAB!!! Terima kasih MAB berikan patung beruang tu, suka sangat hakak tau!!! Ha ha ha... Dan keterujaan itu dikongsi di dalam gambar "wefie" bersama Abang Long kami di Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari. Evelyn, Pamela dan KY sibuk berborak tentang "planning" mereka, apa yang nak dilakukan di Pulau Pinang kemudiannya...Makanya, "wefie" dulu dengan Abang Long. ;-)

Penerbangan kami akan berlepas pada jam 9.15 pagi ke Pulau Pinang...Bila pengumuman dilakukan bahawasanya kami telah boleh mula menaiki penerbangan...Makanya, beratur ler ramai-ramai sepanjang-panjang alam untuk menaiki kapal terbang. Tetapi ada sesuatu yang menarik!!! Kelihatan kelibat Ketua Pegawai Eksekutif MAB iaitu Mr. Mueller di pintu masuk "bridge" pesawat yang dengan mesranya menyambut dan mengucapkan selamat jalan kepada para penumpang penerbangan pertama MAB semalam.

Memang kaya dengan senyuman, memang peramah serta tidak sombong orangnya. Beliau adalah seorang yang rajin turun padang dengar khabarnya untuk melihat sendiri operasi MAB. Pada mulanya, Farah dah berjalan suku perjalanan di atas "bridge" ke pesawat...tetapi boleh pula patah balik...Ha ha ha... Semata-mata nak ber"selfie" dengan Mr. Mueller... Sangat "sporting"...Sanggup tundukkan dan rendahkan badan semata-mata nak penuhi permintaan Farah... :-)

A photo posted by Malaysia Airlines Berhad (@malaysiaairlines) on
Errrr...memang tindakan berani mati jer nih tau tak? "Aprroach" Mr. Mueller dan minta bergambar... Tapi tak sangka pula aksi spontan Farah ni dirakamkan oleh pihak MAB...Terima kasih MAB kerana sudi merakamkan gambar Farah ni...


Dah ambil tempat duduk masing-masing... bersedia untuk ke udara... Sambil-sambil tu sempat juga Farah merakamkan gambar pemandangan dari sudut sisi tingkap tempat duduk Farah di dalam pesawat. Seronok dapat duduk di tepi tingkap. Dah jadi tempat kegemaran pula jadinya... Dann... 


Mulalah kami terbang tinggi di udara melalui awan-awan yang cantik dan indah sungguh ciptaan Allah SWT... Di atas ketinggian setinggi 26,000 kaki di udara dari bawah... Kalau tak silap Farah lah pengumuman yang Farah dengar yang diumumkan oleh juruterbang semalam... Bermulalah perjalanan kami ke "Pearl of The Orient"... Sepanjang berada di dalam pesawat, pihak pramugari dan pramugara yang bertugas memberikan layanan yang terbaik kepada para penumpang dengan sentiasa cuba memenuhi kehendak para penumpang. Sambil-sambil tu Farah ni sibuk merakamkan gambar dari udara, di udara ... 


Farah rasa gambar nilah yang paling Farah suka kerana awannya cantik... dan gambar ni juga buatkan Farah rasa puas hati juga sebab berjaya rakam dari sisi yang menarik...Heee...terima kasih MAB kerana memberikan posisi tempat duduk kami-kami yang diamanahkan sebagai "INFLUENCER" semalam di tepi tingkap, ini memudahkan lagi kerja kami sebenarnya. Sepanjang perjalanan juga, kami sibuk merakamkan semua pemandangan yang menarik dan selagi mana yang boleh dirakamkan... 

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 40 minit... Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dan sangat-sangat selesa dengan perkhidmatan dari MAB... Ke mana kami selepas itu? Nantikan entri yang seterusnya #TodayisHere... Penerbangan Pertama MALAYSIA AIRLINES BERHAD Bahagian Ke-2 nanti yer? ;-) 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bestnya Farah.. jadi sebahagian drpd sejarah ni :-)
    Moga MAB akan terus berjaya, Aminn

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnya..bertuah Farah dpt join :)

    ReplyDelete
  3. salut dengan sis farah. congrats sebab menjadi sebahagian daripada sejarah bersama MAB :)

    ReplyDelete
  4. Ai pun turut teruja baca entry ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. Oo patutlah mummy ash ni keletihan..berbaloi baloi..hehe...PC pun suka tengok gambar awan tu..entah..tenang..

    ReplyDelete
  6. Satu pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, syabas farah dan ben...naik nama KBBA yeyyyyyyy

    ReplyDelete
  7. Wah syiokknyer tengok KEGEMBIRAAN di wajah Farah..Nampak excited no tuuu hehehe..Tahniah ya Farah

    ReplyDelete
  8. bila dapat naik kapal terbang ni..bestnya kak farah dapat pergi naik mas ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !