Home » , , , , , » #TodayIsHere 2 | Mini FAM Trip Ke Pulau Pinang...

#TodayIsHere 2 | Mini FAM Trip Ke Pulau Pinang...

Minggu yang sudah, Isnin yang lepas Farah dah berkongsi dengan anda semua yang Farah telah berpeluang untuk menaiki penerbangan pertama Malaysia Airlines Berhad dan dibawa ke Pulau Pinang. Tapi bukan sekadar naik pesawat ke Pulau Pinang dan kemudian segera kembali ke KLIA ok? Pihak Malaysia Airlines Berhad telah menaja Ben Ashaari, Evelyn, Pamela dan KY untuk "tour" Pulau Pinang sebelum kami berlepas semula ke KLIA.

Memang banyaklah aktiviti serta tempat-tempat menarik yang berjaya dilawati. Kali terakhir melawat Pulau Pinang adalah 5 tahun yang lepas. Haaa, bayangkan punyalah lama Farah tak jejak Pulau Pinang. 



Stesen pertama setelah "touch down"??? Kami telah dijemput menaiki MPV yang telah disewa dan diuruskan oleh pihak Malaysia Airlines Berhad ke kawasan Paya Terubong, Air Hitam, Pulau Pinang. Tujuan? Isi perut dulu sebelum memulakan aktiviti lawatan kami yang pertama. Di sini sebenarnya kami berpecah. Abang Ben dan Farah di Restoran Tunas menjamu roti telur banjir dan Teh O Ais Limau. Evelyn, KY dan Pamela, ke sebuah restoran bukan halal di kawasan yang berdekatan. Lepas tangki minyak dah isi barulah boleh memulakan perjalanan yer tak??? 

Penang Hill


Jujurnya ini pertama kali Farah sampai ke Penang Hill. Alaaa, janganlah gelakkan Farah. Tapi memang betul Farah mengaku ini kali pertama Farah jejakkan kaki ke sini. Semasa kecil, Farah memang tak pernah bercuti ke mana-mana dengan keluarga selain Port Dickson. Ngeh ngeh ngeh. Akhirnya sampai juga yer? Alhamdulillah... Dah jadi mak budak baru sampai... 



Naik keretapi...errr...keretapi lah kan? Dan akhirnya sampai ke puncak Penang Hill. 








Bila dapat naik ke puncak...Subhanallah, indahnya alam ciptaan Allah SWT. Cuma sayangnya tak dapat nak rakamkan "scenery view" dari atas yang sepenuhnya kerana cuaca agak berjerebu. Tapi memang indah pemandangan dari atas. Bermacam perkara serta pemandangan yang menarik yang dapat dilihat dari atas puncak. Bunga-bunga yang cantik, ada "sahabat" di atas yang setia menemani pengunjung, ada muzium burung hantu. Sejukkk jer cuaca nun di atas puncak tu. 

Kami berada beberapa ketika di atas untuk merakamkan "moment-moment" indah dan bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Tiba masa kami berkumpul untuk turun semula ke bawah. 

Kek Lok Si Temple


Basahkan tekak dulu dengan air kelapa muda asli tanpa sebarang campuran gula ataupun ais. Memang sedap!!! 



Selepas itu, isi perut dulu sebelum memulakan perjalanan yang seterusnya. Santapan tengah hari di gerai asam laksa yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Air Itam Laksa. 

Padang Kota Lama | Fort Cornwallis




Di Padang Kota Lama, Pulau Pinang kami melawat ke 2 tempat. Satunya, jumpa dulu dengan robot-robot Farah yang menetap di situ. Dan keduanya...






Ingat mata pelajaran Sejarah SPM, ingat Sir Francis Light. Masuk ke kawasan Fort Cornwallis ni kannn... Farah tak tau kenapa, ada satu perasaan yang lain macam sikit bila jejakkan kaki ke kawasan bersejarah ni. Lebih-lebih lagi bila melihat kawasan kurungan atau penjara dan juga bilik menyimpan serbuk bahan api meriam dulu-dulu. Lama juga kami menghabiskan masa di sini. Tiba-tiba terasa diri ibarat macam cerita di dalam "Back To The Future" dan membayangkan diri dalam suasana pada waktu dan ketika itu.

Farah ni memang peminat mata pelajaran Sejarah sewaktu sekolah dulu. Makanya, perasaan tu memang lain sedikit bila berada di tempat bersejarah ni. Kalau boleh nak tau lebih lagi. Ha ha ha...

Pinang Peranakan Mansion












Perghhh... Bagi Farah inilah tempat yang paling Farah berpuas hati dan "super duper awesome"... Di sini, segala genap segi kehidupan serta kebudayaan masyarakat Baba Nyonya dapat kami selusuri. Barang-barang lama dan antik yang terdapat di dalamnya memang menguja jiwa dan ada di antara perabot antik tu Farah tertarik sangat. Ini kalau dijual ni pasti berjuta-juta harganya ni. Ya ampunnn, seronoknya... Sekali lagi imaginasi "Back To The Future" itu menjelma di fikiran...Wakakaka.... Memang sangat-sangat menarik. Wallahhh!!!

Masjid Kapitan Keling



Masjid lama dan bersejarah. Kami singgah di sini sebentar dan kemudiannya makan lagi!!!


Pekena Nasi Kandar dan minum-minum serta berehat seketika untuk melepaskan lelah... Kalori dah banyak terbakar oiii... Ha ha ha... Jalan jauh tau... Jalan sana, jalan sini. Kaki pun dah mula digigit kasut baru. Ekekekeke... Jadi rehatlah dulu seketika. Semasa menikmati Nasi Kandar ni lah kami berbual dan beramah mesra di antara satu sama lain tentang pelbagai perkara.

Selepas itu??? Jeng jeng jeng... Paling seronoklah kannn??? Pergi ke stesen membasahkan tekak dengan sesuatu yang manis dan sejukkk...




Rojak buah, cendol dan ABC... Abang Ben yang cadangkan tempat ni. Memang betul menarik dan sedap. Kenalah percaya dan akui cadangan orang kampung kan??? Dah kampung Abang Ben, dia taulah apa yang menarik, apa yang sedap. Nyum nyum....

Clan Jetty



Lokasi terakhir kami kerana agak kesuntukkan masa sebelum bergerak menuju ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Dapatlah merasa angin tepi jeti seketika dan di sini jugalah Farah sempat membeli sedikit buah tangan untuk anakanda permata hati tercinta. Walau jauh di mata tetapi selalu dekat di hati tau! Ingatan pada anak mana mungkin pernah pudar dan lupa yer tak?

Selesailah sudah lawatan sehari kami di Pulau Pinang seadanya. Gembira, seronok, puas dan teruja. Sesekali bercuti kan? Walaupun singkat tetapi sangat bermakna serta berharga. Walaupun masih ada lagi tempat yang belum dilawati... Tak apa... In Shaa Allah, "there's always next time"... Mungkin selepas ni Farah bercuti dengan Ash pula???


Terima kasih Malaysia Airlines Berhad di atas pengalaman yang sangat berharga ini. Perkhidmatan penerbangan yang meyakinkan serta memuaskan hati. :-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel #TodayIsHere 2 | Mini FAM Trip Ke Pulau Pinang..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, September 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. wah,,seronoknya farah dapat melawat pulau pinang..

    ReplyDelete
  2. singgah pagi farah,
    wow ! bestnya dapat jalan2..zaza xpernah sampai lagi penang hahaha..

    ReplyDelete
  3. amboi seronoknya... bestkan kalau sesekali dapat reward mcm ni... tahniah Ben Ashaari and team ;)

    ReplyDelete
  4. Seronoknya...tak pernah lagi sampai ke sana

    ReplyDelete
  5. bestnyer!!! lama dah x pergi Pulau Pinang. mcamlah jauh sangat. Hahahaha

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya ... wlu sehari tp byk tpt juga farah dpt singgah :)

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa jalan jalan Penang. Dah lama kot tak pergi sana. Rojak buah tu menggoda :D

    ReplyDelete
  8. next trip boleh bawa ash ni mummy..

    ReplyDelete
  9. bestnya! robot transformers to mmg permanent kat situ ke farah?

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini farah....bestnya dapat jalan2 kat penang..makanana dan tempat yang farah kunjungi semua menarik...

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak jenjalan kat penang...

    ReplyDelete
  12. terbaik la entry ni farah.
    cuti skola ni aida ke sana.
    bleh rujuk sini :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY