"Tired Is Just A State Of Mind..."

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Kalau tanya jujur, memanglah masih terasa letih lagi ni haa...Ha ha ha, pagi tadi rasa macam nak sambung tidur balik jerrr... Tapiii...tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya melawan godaan syaitan nir rojim yang berbisik-bisik halus jer suruh sambung tidur kembali. Kalau tidur ada penghawa dingin ada selimut, ada tilam dan bantal yang sangat "cosy"... Nyahhh ko di sana... Alhamdulillah, berjaya menguatkan semangat untuk bangun dan bergerak bagi menyelesaikan apa-apa yang patut diselesaikan pada hari ini. 

Makanya, inilah jadinya... kini menghadap telefon pintar ni seketika untuk semak e-mel, semak apa-apa yang perlu diselesaikan dan dilangsaikan segalanya dengan segigih mungkin. Tapi tak taulah setakat mana gigih kan? Muahahahaha...Penat semalam tak hilang lagi oiiii...Tapi penat tu seakan hilang apabila dapat melakukan apa yang Farah suka dan "passion" Farah... Alhamdulillah, selesai sudah semalam yang indah dan apakah ia, sabar ek sabar... Adoiiii...nak kena selesaikan satu-satu ni... 

Sumber dari Google
Bukan mengeluh tau...Saja nak dijadikan cerita, nak main cak-cak dengan anda pagi ni...Ihikss...Rindu katanya pada Bubblynotes.Com setelah ditinggalkan sepi seharian semalam. Farah tak nafikan, bila kita penat, kita akan kurang melakukan sesuatu aktiviti, badan menjadi semakin lemah, kita cuba melakukan sesuatu tapi satu apa pun tak menjadi. Cumanya, bagi Farah selalunya Farah tawakal jer "uolss".... Sebab Farah ni jenis suka paksa diri sendiri walaupun badan tu letih atau lemah...Bila sesuatu tugas perlu diselesaikan Farah akan paksa diri untuk mendayakan gerakan dan pemikiran sampailah padan muka diri sendiri bila betul-betul "knocked down"...Bha ha ha.... Selalu jer macam tu.... 

Dah terlanjur bercerita tentang penat ni kannn... Ha ha ha, meh meh meh... entri "appetizer" hakak kongsi serba sedikit tips menghilangkan rasa penat pada tubuh anda dari bacaan ringkas pagi ini di SINI

BIASAKAN DIRI UNTUK SARAPAN PAGI
Ramai orang yang tidak mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan pada waktu pagi, tetapi sarapan sebenarnya sangat penting untuk memberi tenaga kepada kita seawal pagi untuk melakukan aktiviti seharian. Kita juga boleh menghilangkan rasa lapar dengan bersarapan pagi. Jika kita rasa lapar, badan kita akan mudah rasa letih dan menyebabkan kita mengantuk dan boleh tertidur.

MAKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI SERAT
Makanlah makanan yang mengandungi serat. Ini kerana dengan memperbanyakkan makanan yang berserat akan memberikan tenaga yang lebih kepada tubuh kita. Sehingga kita tidak mudah penat dalam segala aktiviti kita. 

MINUM AIR
Minumlah air yang sesuai dengan keperluan tubuh kita. Paling baik iaitu 8 gelas sehari atau lebih. Ini keranai air akan mempermudahkan darah di dalam badan mengalir ke seluruh sel dan organ tubuh kita. Apabila peredaran darah lancar, rasa penat akan berkurangan. 

MENDENGAR MUZIK
Mendengar muzik yang anda suka adalah merupakan salah satu cara efektiv untuk menghilangkan rasa letih/penat yang ada di dalam tubuh anda. Jadi setelah selesai segala aktiviti tidak ada salahnya mendengar muzik yang anda sukai dengan duduk santai.

MENONTON KOMEDI
Sila gelak-gelak dengan diri anda dengan menonton rancangan komedi. Ia mampu menghilangkan rasa letih/penat yang anda alami. Dengan ketawa ianya dapat melepaskan semua beban fikiran dan keletihan atau kepenatan pada tubuh anda akan keluar tanpa disedari. 

BASUH WAJAH DENGAN AIR SEJUK
Sebelum mandi basuh wajah anda dengan air sejuk terlebih dahulu. Ia mampu menghilangkan rasa letih/penat yang dihadapi oleh tubuh dan fikiran anda.

Itu seperti yang dikatakan oleh artikel yang berkenaan... :-) ... Cara Farah hilangkan rasa penat??? Tidur sepuas-puasnya... Agagagaga... Tidurlah selama mana nak tidur lepas tu bangun bila mata sendiri rasa nak bangun...Melampau cara tu sebenarnya dan kalau nak buat memang kena ada sesiapa tolong jagakan Ash tau tak...Ha ha ha... Alamatnya, kalau nak buat macam tu...Memang tak makan, tak mandilah anak "I is"... Jadi, memang tak pernah  punnnn... Apa yang boleh dilakukan... rehat di waktu malam dengan tidur terlebih awal dari kebiasaan dan bangun seperti biasa. Gunakan peluang tu jer... Kena belajar mengadaptasi diri...bersyukur dengan apa yang ada dan ruang serta peluang yang boleh digunakan...Ekekekeke... 

*Perlahan-lahan kayuh nak cergaskan diri nih...;-) 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kita tahu kemampuan diri..boleh pergi sampai tahap mana..hehehehe..tu yang paksa pun bolen on lagi sebenarnya semangat itu masih ada..malas..letih itu campur tangan syaton nirajim..

    ReplyDelete
  2. singgah rabu
    hari ni anum bz sangat2
    x sempat BW

    ReplyDelete
  3. selalu niat nak paksa diri tidur lewat buat kerja, tapi selalu fail! huwaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !