Tips Melatih Anak Makan Sendiri...


Manja??? Memanglah Ash ni #anakmanjamommy... Tapi, tak lah pula bercadang nak memanjakan dia sampai dia "spoilt". Manja itu ada batasnya, manja itu ada sempadannya, manja itu ada caranya. Bukan manja sehingga kita sebagai ibu bapa menutup mata di atas segala perkara dan sanggup berkorban rasa dan mengalah atas semua perkara... Itu jadinya nanti bukan mendidik tetapi menyumbang kepada kerosakkan anak. Hu hu hu... Nauzubillahminzalik, moga-moga dijauhkan... 

Menyuap anak makan memanglah satu rutin tugas seorang ibu apabila seseorang anak kecil itu telah mula diperkenalkan dengan makanan... Tapiii...nak tanya sikitlah... agak-agak sampai bila tugas menyuap anak tu akan anda lakukan sebagai ibu? Atau sampai bila anda disuap oleh ibu anda? Tiada had masa yang ditetapkan, tiada garis panduan yang ditetapkan kerana ianya adalah subjektif. Betul tak? 

Sedikit pengakuan jujur dari Farah yer? Ha ha ha, buka rahsia terpendam diri sendiri... Farah ni kannn? Sebenarnya kannn... Ahaksss.. Farah disuap makan oleh Nek Ma Ash sehingga Farah berada di zaman kolej tau tak? Bha ha ha...Walaupun dah tau menyuap makanan dengan tangan sendiri, tetapi mengada nak Nek Ma Ash juga suap. Dia punya "feel" tu...lain macamlah bila ibu yang menyuap makan ni berbanding makan sendiri. Sama "feel" nya macam kita makan masakan ibu dan masakan dari air tangan sendiri... Kuang kuang kuang... 

Bukan tak boleh suap sendiri, tetapi kadang-kadang tu disebabkan masa... Akibat nak kejar masa punya pasal, nak siapkan "assignment", nak siapkan tugasan sekolah ataupun kolej... Takut tak sempat...Kadang-kadang tu sampai tak makan. Sudahnya, Nek Ma Ash, ambil pinggan, ambil nasi, datang dekat Farah dan sumbat mulut Farah dengan makanan sambil bekerja. Ho ho ho.... Tapi tu dululah...bukan sekarang... Dah kahwin, dah jadi mak orang ko buat perangai macam tu macam sesuatu sangattt...Muahahaha... 

Ash? Farah tak kisah pun selama mana Farah perlu suap Ash. Sesuatu di dalam perjalanan seorang ibu kann??? Memang jujur, tak kisah selama mana yang Ash mahu tangan Mommy dia ni menyuap dia makan... Tapiii... dalam tak kisah tak kisah untuk menyuap dia makan tu... Ash tetap perlu belajar untuk makan sendiri... Kenapa perlu tahu makan sendiri? Perlulah tahu untuk makan sendiri...Kalau pergi sekolah tak kanlah Mommy nak kena ke sekolah sewaktu rehat semata-mata nak suap Ash makan kan? Logik tak? Logik kann??? 

Sebenarnya sekarang ni pun, perlahan-lahan latih dia makan dengan menggunakan tangan sendiri. Kadang-kadang beri dia "finger food" untuk dia pegang, beri dia biskut... nasi belum lagi...Muahahaha... Sebab nanti lebih banyak yang berterabur dari yang masuk ke mulut... Kesian Ash... Elok-elok orang makan kenyang, dia pula tak cukup kenyang...Tak apalah, biarlah Mommy yang suapkan... Bukan pasal sepah tu yang Farah kisahkan tetapi sebab tak kenyang tu yang lebih Farah prihatin... Iyaaa betul... Kalau hal sepah tu... 

Sumber dari Google
Bentangkan ajer tikar jenis nih... Latih dia makan setempat...Lepas tu nak sepah pun sepah lerr... Lepas makan, ambil tikar tu, dan kebas di bilik air ataupun di kawasan yang bersesuaian. Mudah kan? Taklah susah mana punnn... Yang penting, dia makan di kawasan tikar tu jerlah...Itu pandai-pandai ibu bapa masing-masing ler nak pantau dan pastikan bagaimana mereka nak duduk di tikar tu dan tak bergerak-gerak... 

Siapa yang tak rasa bangga bila melihat anak-anak kecil boleh makan sendiri. Cara atau tips mudah yang dapat Farah kongsikan untuk diaplikasikan pada anak-anak kecil yang baru hendak didedahkan atau dididik cara makan sendiri... 

SEDIAKAN PERALATAN MAKAN KHUSUS UNTUK ANAK
Yang bergambar, yang berwarna-warni dan selesa buat anak-anak... BPA Free, Food Grade dan tidak mengandungi bahan kimia. 

BERIKAN FINGERFOOD DENGAN BENTUK MENARIK
Kena kreatif sikit ler, macam yang selalu kita tengok di laman web dan televisyen tu...Buat hiasan, cipta reka bentuk yang boleh menarik perhatian anak.

MINTA PENDAPAT ANAK
Minta pendapat anak tentang makanan apa yang ingin dia makan. Dengan cara ini secara tidak langsung anak rasa dihargai dan lebih teruja untuk makan, "mood" pun baik sikitlah kan kalau kita nak melatih dia makan sendiri.

MAKAN BERSAMA
Ash makan, Mommy pun makan. Jadi masing-masing ada tugas masing-masing nak suapkan makanan ke mulut masing-masing. Mungkin dengan cara ni anak menjadi lebih berselera dan seronok untuk makan. Bila kita lakukan di hadapan mereka, mereka akan cuba untuk menirunya.

Bukan sekelip mata dan dengan cara memaksa...tetapi secara perlahan-lahan di dalam melatih anak-anak untuk makan sendiri.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Melatih Anak Makan Sendiri... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, September 23, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Farah pun sampai sekarang masih suapkan Emir makan walaupun sebenarnya dia dah pandai makan sendiri dah.. saja nak manjakan dia sikit..hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni :) Budak budak memang suka warna warni, ceria gitu. Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas tips yg berguna nihh.. boleh lah try lepas nihh hehehe

    ReplyDelete
  4. mcm Arfan mmg dri setahun lbh lg dia dh stat mkn sendiri..dia mmg xsuka disuap..

    ReplyDelete
  5. Anak ambe yang sulung dulu pun dilatih perlahan-lahan...makan masa sikit tapi Alhamdulillah. Makin improve. Skrg fokus yang kedua pulak...hahah.

    ReplyDelete
  6. makin membesar anak² suka buat sendiri kan :)

    ReplyDelete
  7. teringin plak nak beli tikar camtu hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY