Home » , , , , , , , , , » Tarik Nafas Dalam-Dalam...Istighfar Banyak-Banyak...

Tarik Nafas Dalam-Dalam...Istighfar Banyak-Banyak...

Kisah Mommy dan Ash yang memang membuatkan Mommy PERLU tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar banyak-banyak. Biasalah kann? Ada hari-harinya memang anak-anak akan menduga kesabaran ibu bapa... Ha ha ha... Tapi bagi Farah, ini adalah kali pertama berhadapan dengan situasi yang paling errrr...paling sukar kot? Ha ha ha...  


Pagi semalam, bawa dia ke Klinik Kesihatan untuk "follow-up check-up" yang telah dijadualkan semasa suntikan imunisasi terakhir dulu. Suntikan imunisasi dah habis dah, lawatan kali ini sekadar untuk pemeriksaan seperti ketinggian, berat badan, perkembangan dan juga terutamanya perkembangan pertuturan serta percakapan. Cuma sebagai rekod. Bakal menginjak ke usia 2 tahun ni, perkembangan pertuturan tu adalah salah satu perkara yang perlu diambil berat dan dipantau. 

Owhhh, janganlah silap sangka yer... Ash setakat ini perkembangan pertuturannya masih positif dan masih berada di tahap yang sesuai untuk umur dia sekarang. Sekadar memantau. Gitchewss... Cumanya, ha ha ha, dia menangis sewaktu nak disukat timbang dan juga berat. 

Terpaksa Farah naik alat timbang tu dengan dia dan kemudiannya naik seorang. Dia punya ligat menangisnya...Ya ampunnn dengan desibel yang tinggi, satu Klinik Kesihatan semua dok perhati dia. Ok, Farah redha. Ha ha ha...Ingatkan berhenti sampai di situ, tapi kemudiannya masih lagi mengongoi walaupun air mata tak ada. Jururawat bertugas senyum jer kata, manja sangat ni dengan Mommu dia. Dia bukannya menangis pun...air mata tak ada. Ahaksss... Yang Farah dok berpujuk-pujukkanlah...Sayang Mommy, sayang... 

Manja!!! Jururawat kata, sebab dia sorang ni kak... Kalau berdua tak macam ni dia...#ehhh ha ha ha... Bila Mommy sebut pergi TESCO...terus senyap... Haaa...nampak permainannya di situ??? 


Selesai di Klinik Kesihatan... Dengan air mata berlinang-linang lagi, nak lah gerak balik kan? Abah telefon nak tanya perkembangan dia. Ceritalah dengan Abah dia tentang apa yang berlaku. Abah pun kata, manja sangat nih!!! Hu hu hu... Lepas tu Abah pun pujuk dia. Seronoklah dia kann? Dapat dengar suara Abah dia... Ash kalau sebut Abah mana yang pernah tak teruja? Teruja senantiasa... 

Mommy "start" enjin kereta dan nak teruskan perjalanan pulang... Lalulah melepasi TESCO tapi tak singgah... Ash kalau nampak TESCO teruja semacam...Sebutnya CO CO... Bila tak belok masuk ke TESCO dia menangis... Uhuksss dah janji kann??? Buat pusingan U dan belok ke TESCO... Tak sanggup Mommy nak tengok air mata yang berlinang-linang tu... Bawa jer lah...Apa yang dia nak beli pun Mommy tak tau... 

Senyap kooo...Masuk TESCO dialah orang yang paling girang sekali. Menuju ke tempat permainan. Dia tunjuk LEGO Duplo. Hurmmm Mommy pun pilihkanlah... Tak mau!!! Yang dia nak adalah dia pilih sendiri... Nangis lagi... Alihkan perhatian ke tempat lain. Nampak pula bola...Dia nak bola yang bola sepak Adidas tu...alahaiii, kat rumah banyak bola dah...ihiksss lagipun bola sepak tu tak sesuai untuk umur Ash... 

Farah buat tak layan dan muka dah mula cembeng... Uishhh, kesian tengok mukanya gittew... Pujuk dia dan pujuk keluar dari TESCO... Tak nangislah dalam tu... Tapiii tu diaaa... Masuk jer kereta hujan lebat kerana permintaan tidak dipenuhi... Sepanjang-panjang perjalanan balik dia menangis. Huh... Makin lama makin kuat, siap dengan tersedu-sedu lagi... 

Singgah 7-Eleven, nak belikan bola lah kan sebab dah tak kuasa dengar dia menangis dan kesian tengok dia tersedu-sedu... Bagi bola dia tepis... Amboiii, kemain merajuk sampai gittew... Kalau nak yang itu, itu jerlah yang dia nak, tak mau yang lain... Bagi lagi kali kedua... Sama juga, tapi kali ni lebih kasar dan tiba-tiba jadi lebih ekstrem... Uhukss... 

Pergi ke bahagian peti sejuk dan buka, baru dia senyap. Beri dia peluang ambil apa yang dia suka. Vitagen diambilnya... Ok... Sambil tersedu-sedu tu. Bola tu tetap Mommy belikan juga di 7-Eleven. Sedu-sedu sampai rumah. Sedih sangattt tuh... 

Ingatkan bola tu tak laku. Tapi sampai rumah "mood" ada baik sikit dan tiba-tiba elok jer dia gembira dan seronok main bola baru. Adoi doi doi, rumah dah jadi gudang bola dah Ashhh oiii... Memang kena tarik nafas dalam-dalam, istighfar banyak-banyak menghadapi situasi macam ni. Kalau ibu bapa yang jenis tak sabar memang ada yang dah tinggi suara dan ada yang kena "pak!!!" dah yer tak? 

Alhamdulillah setakat ni Farah masih berjaya mengawal diri dari he he he... Hamuk pada Ash... Cumanya suara tu ada tinggi sikitlah kannn??? Sabar...sabar... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tarik Nafas Dalam-Dalam...Istighfar Banyak-Banyak..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. hehehe..amboiii ash...dh pndi jln2 tesco ye....

    ReplyDelete
  2. semakin membesar semakin mencabar tugas ibu...sbb itulah Allah letakkan syurga dibawah tapak kaki ibu...:D

    ReplyDelete
  3. haha paling kuat volume 2...segan gak no

    ReplyDelete
  4. ash..ash..comel kan. p klinik kemain nangis..dpt jalan kt tesco kemain sonok..pandai ye :)

    ReplyDelete
  5. alolo..ash knapa buat mcm tu kat mummy..cian mummy..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..berjaya kawal marah..yes success tu mummy..

    ReplyDelete
  7. tak lama lagi mikhail pun pandai macam abg ash la.. mintak bawak ke alamanda hehehehee

    ReplyDelete
  8. Hehe.. Memang kena sabar... Blum capai tahap puncak punya ujian ni.. Hehe.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY