Home » , , , , , , , , » Susahnyaaa Nak Tentukan Tema Sambutan Hari Lahir Si Kecil!!! Baca SINI...

Susahnyaaa Nak Tentukan Tema Sambutan Hari Lahir Si Kecil!!! Baca SINI...

Sumber dari Google
Bagi yang berpengalaman, ianya mungkin bukan satu masalah yang besar untuk difikirkan tetapi bagi yang belum pernah lagi mempunyai pengalaman menganjurkan majlis sambutan hari lahir anak tentunya ada pelbagai rasa dan pelbagai pengalaman pertama berhadapan dengan situasi ini. Owhhh, Farah sendiri pun tak pernah ada pengalaman lagi nih di dalam penganjuran sambutan majlis hari lahir Ash. Hurmm...bukan tidak mahu menganjurkan tetapi kekangan waktu dan juga bajet menjadi pertaruhan. Alaaa...Kita cakap jujurlah kan? Buat apa nak selindung-selindung dan mengaku yang kita ni orang yang ada-ada tetapi sebenarnya nan hado. 

Tahun lepas, sambutan hari lahir kami "berdua"...Ahakss...Iyalah, Mommy lahir pada 24 November dan Ash lahir pada 26 November, makanya kami sambut sekali lah... Haaa, tahun lepas sambutannya adalah secara bersederhana sahaja. "#throwback" sedikit sambutan hari lahir kami pada tahun 2014... 



Sambutan secara sederhana yang pernah dikongsikan di dalam entri "Happy Birthday" Ash & Mommy???, cuma masak-masak dan hantar ke jiran tetangga serta masjid dan surau yang berdekatan. Itulah pengalaman di tahun pertama kami menyambut hari lahir bersama-sama. Hajat hati tu memanglah nak anjurkan majlis sambutan hari lahir khas buat Ash. Hurmm...Ibu mana yang tak teringinkannn??? In Shaa Allah...Jika ada rezeki lebih sedikit, mungkin akan terlaksana juga hajat tu. 

Bila menyebut tentang penganjuran sambutan hari lahir, zaman sekarang ni dah bertema-tema yer tak? Zaman dulu tak pernah pun bertema...Sambut jer cara macam mana pun, janji ada kek, ada lilin, ada "goodies", ada makan-makan dah jalan dah majlis sambutan hari lahir tu. Cumanya, zaman sekarang ni dengan perkembangan semasa dah ada bertema-tema pula...Bukannya, "it is some sort of a way to make all the children happy especially your own". Makanya, ibu bapa zaman ni dah jadi terlebih kreatif dengan mencipta tema majlis sambutan hari lahir mengikut apa yang disukai oleh anak-anak. 

Apa yang harus dilakukan bila pertama kali ingin menganjurkan majlis sambutan hari lahir si manja anda? Ha ha ha, mula-mula dah tentu-tentulah bajet yer...Bajet kawan bajet...Bukan kedekut, bukan berkira... Kenalah ukur baju di badan sendiri dulu sebelum orang lain suruh kita ukur baju di badan sendiri. Ahaksss... Tips mudah yang boleh Farah kongsikan...

TENTUKAN TEMA 
Jangan sampai anda berselisih faham dengan anak anda hanya kerana idea tema majlis sambutan hari lahir yer? Dengarkan keinginan anak mengenai tema majlis sambutan hari lahir mereka, kemudian baru fokus pada diri anda dengan persiapan yang bersesuaian dengan tema. Tentu-tentu sahaja mengikut kesesuaian bajet ibu bapa. Selepas itu, cepat-cepatlah buat kajian sana sini untuk idea dekorasi majlis itu nanti. 

PILIH LOKASI MAJLIS
Terpulanglah sama ada nak lakukan sambutan di rumah ataupun di tempat lain. Yang penting kena cari lokasi yang sesuai. Ada orang tak nak rumah bersepah, tak nak rumah berkecah, lebih selesa menganjurkan majlis di tempat lain selain rumah. Ada orang lebih selesa menganjurkan majlis di rumah sendiri. Ikut masing-masing. Pemilihan lokasi juga menjadi penentu sama ada bajet besar atau tidak ok? Pilihlah yang sebaiknya untuk anda dan juga anak.

UNDANGAN
Rekabentuk undangan bergantung kepada tahap kerajinan dan juga kreativiti ibu bapa masing-masing. Zaman sekarang yang mudahnya semua menggunakan komputer, undangan secara realiti dan juga undangan secara maya. Kalau betul-betul nak bajet...haruslah adakan "reservation concept" untuk undangan anda tu. Bukannya kedekut tetapi lebih kepada tidak mahu membazir. 

PEMILIHAN KEK HARI LAHIR
Ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar. Apa yang boleh dilakukan sama ada anda sendiri membakar kek khas buat anak anda serta para tetamu ataupun tempah ataupun dengan cara yang lebih mudah beli jer...Muahahaha.... Kalau boleh kek haruslah mengikut tema yer tak? 

TENTUKAN MENU MAKANAN
Apa yang ingin anda hidangkan? Berbincanglah dengan pihak katerer ataupun kalau masak sendiri fikirlah menu yang paling bersesuaian. Kalau masak sendiri ni, kena betul-betul rancang "timing"... Tak nak nanti, majlis dah bermula makanan tak siap lagi...Muahahaha... 

TENTUKAN DEKORASI
Nak buat dekorasi ni, kalau gigih boleh buat sorang oiii...Kalau buat di tempat selain rumah, dah tentu-tentu mudah... Pihak yang menyediakan tempat harus masukkan sekali dalam pakej mereka... Suruh mereka jer siapkan semuanya, yang kita ni bagi jer arahan nak buat macam mana, nak buat macam mana... Dekorasi "again" haruslah mengikut tema juga. Jangan lupa, sekarang ni "trending" "photo booth"... Buatlah yang bersederhana dan tidak semestinya perlu mengeluarkan bajet yang banyak.

AGENDA MAJLIS
Bolehlah rancang-rancang macam mana "event flow" sewaktu majlis sambutan hari lahir tu  nanti... Pukul berapa acara sambutan memotong kek bermula, pukul  berapa tetamu sepatutnya tiba, apa aktiviti yang akan dilakukan segala bagai lah... Takkanlah kita nak jadikan sambutan hari lahir tu hambar kann?

"GOODIES BAG" UNTUK KANAK-KANAK
Ini wajib, jadi fikir-fikirkanlah apa yang nak diisi di dalam "goodies bag" buat kanak-kanak lain yang hadir. Kebiasaannya... gula-gula, coklat, agar-agar dan sedikit permainan yang berkonsepkan hari lahir seperti topeng, wisel dan sebagainya.   

Menganjurkan majlis tak pernah adanya yang mudah... pasti banyak perkara yang perlu difikirkan, dirancang serta diuruskan. Yang penting, bajet kena ada, selepas itu kena belajar bagaimana caranya untuk menguruskan majlis dengan tenang supaya menjadi. Jangan "clumsy" sangat, takut nanti jadi kelam kelibut majlisnya...Ha ha ha...

Cerita-cerita ni, bercadang ke? Tak ada kata putus lagi yang benarnya... Masih berfikir-fikir walaupun masa tak berapa nak banyak lagi. Hajat hati tu memanglah nakkk... Tapi, tengoklah nanti macam mana... He he he... In Shaa Allah, jika ada rezekinya tidak ke mana  yer tak? Kalau iya pun Farah anjurkan, bukannya berniat ingin menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada hendak menghiburkan hati arjuna beta tuh... Nak beri dia gembira dan nak beri dia merasa bagaimana rasanya menyambut hari lahir secara ber-majlis gitchewss... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Susahnyaaa Nak Tentukan Tema Sambutan Hari Lahir Si Kecil!!! Baca SINI... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Yes.. betul tu.. kalau takda bajet yg cukup tak perlu nak sambut terlalu meriah. Just simple but nice pn dah ckup. Tahun nie kite sambut sesama eh kak. Eh? Hahahaha

    ReplyDelete
  2. biarlah bersederhana. asalkan meriah kan.. best kalau dpt sambut besday ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Biasanya nak buat majlis besar kalo camni..
    Kalo saya,beli kek 1 slice udah..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Sejahtera ............
    we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining in a GREAT setting table!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY