Stok Lampin Pakai Buang!!!

Farah Waheda Wahid
19

Bila tiba hujung bulan, memang sudah menjadi rutin Farah semenjak bergelar ibu untuk membeli stok lampin pakai buang Ash secara pukal. Farah ni sikapnya suka membeli secara pukal dari sekejap-sekejap bila sudah kehabisan stok baru nak pergi ke kedai. Selepas itu, kedai juga sudah kehabisan stok melilau mencari stok lampin pakai buang untuk dibeli di pasar raya yang berhampiran. Membeli bila tiada pilihan ni kadang-kadang boleh mengoyak rabakkan poket. Betul tak? Ada masa-masanya harga boleh menjadi mahal!!!

Apa yang Farah lakukan kebiasaannya adalah pengiraan bajet... Bajet kuantiti namanya. Ini langkah pertama. Bajet kuantiti ini bermaksud, mengira berapa pek kah lampin pakai buang yang dipakai oleh Ash di dalam tempoh sebulan? Kemudiannya, barulah boleh dikira berapakah bajet kewangannya...Ekekekeke.... Dari situ Farah boleh ketepikan siap-siap duit lampin pakai buang untuk Ash supaya tidak keputusan bekalan. 

Sekarang ni bukan macam dulu, ibu bapa lebih suka memakaikan anak-anak dengan lampin pakai buang berbanding lampin biasa. Farah adalah salah seorang dari golongan itu. Kalau tidak jenuh setiap hari ampaian pakaian penuh dengan deretan lampin yang dibasuh yer tak? Masa juga mencemburui bagi ibu bekerja seperti Farah ni...Kerja rumah memang dah sedia ada banyak, nak tambah lagi? Kenapa pilih cara sukar? Lampin pakai buang menjadi pilihan hati seorang ibu bekerja seperti Farah...Cuma satulah, bila memakaikan anak-anak dengan lampin pakai buang ni, kos akan menjadi lebih tinggi. Lampin pakai buang pun bukannya murah sangat yer tak?

Penting lampin pakai buang pada Farah, tetapi yang paling tak sukanya bila rak lampin pakai buang tu kosong atau kehabisan stok! Phewww, kadang-kadang boleh jadi sakit hati tau tak? Farah tak berapa nak gemar pergi ke sesuatu tempat, nak dapatkan stok lampin pakai buang lepas tu nan hado! Iyalah, mula-mula jadi seorang ibu ni baru nak mengenal dunia ibu katakan. Dan sepanjang menjadi seorang ibu ni, macam-macam pasar raya, macam-macam "hypermarket", Farah dah keluar masuk demi nak mendapatkan bekalan stok lampin pakai buang untuk Ash. 



Dan daripada pengalaman pelbagai itu jugalah, Farah sebenarnya lebih gemar mendapatkan bekalan lampin pakai buang Ash di TESCO. Bukannya apa, di TESCO, setiap kali ke sana untuk mendapatkan bekalan lampin pakai buang Ash, Farah tak pernah hampa. Sebab bekalannya sentiasa ada dan tidak pernah putus. Kalau pergi jauh-jauh pun kos petrol juga yer tak? Jadi lebih baik ke TESCO yang berhampiran jer dengan kawasan taman perumahan Farah. Owhhh, sedikit tips untuk semua ibu bapa di luar sana...Setiap kali pada hujung minggu, harga lampin pakai buang adalah jauh lebih rendah dari hari bekerja. Memang, jujur Farah sarankan, untuk pilihan yang lebih banyak, variasi yang lebih banyak, hujung minggu adalah waktu terbaik untuk membeli-belah barangan keperluan anak di TESCO. Terutamanya lampin pakai buanglah kann? 


Sempat lagi rakamkan gambar tu, sambil-sambil membeli-belah untuk Ash kannn??? Demi nak tunjukkan betapa banyaknya pilihan dan stok lampin pakai buang yang ada. Hujung minggu di TESCO memang ohsem!!! Haaa... Lagi satu perkara atau tips penjimatan yang boleh dikongsikan untuk ibu bapa dari pengalaman sendiri. Hendak meminimakan perbelanjaan bagi lampin pakai buang anak anda mudah sahaja. Mungkin ada di kalangan ibu bapa di luar sana yang turut mengamalkan petua ini...He he he... 


Pakaikan lampin pakai buang yang lebih murah di waktu siangnya dan lampin pakai buang yang anda pilih jenamanya untuk anak anda di waktu malam dan juga sewaktu bersiar-siar. Apa yang Farah lakukan selama 2 tahun ini, Ash memakai lampin pakai buang jenama TESCO di siang hari dan di malam hari serta untuk bersiar-siar adalah dari jenama Huggies. Dengan cara ini dapatlah Farah meminimakan perbelanjaan lampin pakai buang Ash kannn??? 

Farah rasalah melalui perbelanjaan Farah selama ini, memang Farah berpuas hati sangat kerana dapat meminimakan perbelanjaan dan rasakan ibarat satu kepuasan di dalam membeli-belah stok lampin pakai buang Ash. Sebab dapat berjimat kannn??? Yang penting nak dapatkan stok lampin pakai buang Ash, memang selalunya hujung minggu di TESCO sebab murah.

Selain dari itu, semuanya memang serba lengkaplah di TESCO. Senang, mudah, tak perlu ke sana ke mari demi nak mendapatkan sesuatu baranga kerana semuanya terletak di kawasan yang sama. Banyak pilihan dan variasi terutamanya barangan Ash. Serba-serbi lengkap...








Pakaian, susu formula, mandian, sabun serta kelengkapan bayi dan anak kecil yang lain semuanya boleh didapati di TESCO dengan harga yang jauh lebih murah dari kebiasaanya terutamanya di waktu hujung minggu dan ketika ada promosi sedang berlangsung. Yang penting ibu bapa memang kena "alert". Hamper barangan bayi juga terdapat banyak pilihan di TESCO. 

Perkongsian pengalaman sebagai ibu dan stok lampin pakai yang benarnya dan sedikit panduan yang tidak seberapa buat anda semua yang bergelar ibu bapa beranak kecil di luar sana. Nak rasa berbaloi membeli-belah barangan anak anda, Farah syorkan untuk ke TESCO...Ibarat syurga barangan anak kecil ...:-)... Owhh... Farah juga suka "survey" harga di TESCO melalui laman web mereka iaitu www.tesco.com.my. Bila ada promosi jer, cepat-cepat Farah melakukan pembelian secara atas talian juga!!! :-) 

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. syoknya shopping.... item wajib setiap bulan jugaa ni

    ReplyDelete
  2. Boleh la nnti g shopping utk bg hadiah kat ank kwan2..ank sendiri xtau bile laa..hikk

    ReplyDelete
  3. Wow.. Bestnye dapat beli banyak camtu.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. Tak da anak ag..hehe tp leh sugest kat akk

    ReplyDelete
  5. info yang bagus farah,akak pun dapat stock dari tesco dan pasaraya yang buat sale.lagi best..beli banyak2..

    ReplyDelete
  6. sama lah farah..suka beli banyak2 buat stok..huhu.. semua barang pon memg suka beli banyak2 termasuk laa sabun cuci pinggan..hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Akak pun dulu buat cam farah. Pakaikan pampers jenama berlainan utk siang & malam utk jimat. Akak suka tesco sbb luas, susunan kemas & barangan berkualiti.

    ReplyDelete
  8. TESCO lengkap! Anim pun kalau beli mesti beli pukal dan tengok pada harga hehe

    ReplyDelete
  9. Kak Sue pun suka beli barang secara pukal,di tesco semua barangan ada..mudahkan keje kita kan..

    ReplyDelete
  10. wahhh kawan pun ramai beli bny2 terus..

    ReplyDelete
  11. Hehe masa Akif kecik dlu ginilaaa Lta .kena siap bajet siap2 utk lampin Akif..Tapi sekarang ni untunglaaa Farah boleh berjimat di TESCO..beli jgn tk beli

    ReplyDelete
  12. PC suka juga beli hamper untuk baby di tesco..

    ReplyDelete
  13. Kitorg pn suka beli pukal. ..bab anak2 ni..xleh last minit

    ReplyDelete
  14. bila abang Adam dah 5 tahun dah tak beli dah pampers ni. tapi bila adik zhafran ada kena beli berpek2 balik hehe...

    ReplyDelete
  15. Selalu beli online kat TESCO barangan dapur. Diapers PETPET pernah beli sekali untuk persediaan baby newborn. Biasanya beli diapers secara pukal online di 11street dan Lazada. Jimat bila ada offer dan kupon diskaun.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !